AKSI HARIMAU MALAYA

AKSI HARIMAU MALAYA :
PERSAHABATAN ; -
KELAYAKAN PIALA ASIA : 26

AKSI HARIMAU MUDA :

24 April 2012

SINAR - Harimau Malay Perlu Temu Pasukan Terbaik Baiki Ranking

                   
Tengku Abdullah
SKUAD bola sepak kebangsaan mampu memperbaiki ranking dalam Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (Fifa) sekiranya dapat menentang pasukan yang berkedudukan ranking lebih tinggi.

Namun, Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah, perkara itu tidak berlaku kerana pasukan yang lebih baik daripada skuad Harimau Malaya lebih berminat menentang pasukan lain yang
lebih baik untuk meningkatkan ranking mereka sendiri.

"Begitu juga dengan pasukan yang (ranking) lebih rendah daripada kita ingin bermain dengan pasukan kebangsaan itu disebabkan alasan sama. Itu caranya sekarang dan suka tidak suka, kita mesti beraksi dengan pasukan lebih baik daripada kita dan menang," titah baginda.
Tengku Abdullah bertitah demikian kepada pemberita selepas melancarkan produk terbaru syarikat pengimport peralatan kecergasan, UFL Sdn Bhd, iaitu Power Plate My7 di sini, hari ini.
Baginda diminta mengulas kemerosotan ranking skuad Harimau Malaya ketika ini yang semakin merudum selepas menduduki tangga ke-156 dunia berdasarkan ranking terbaru yang dikeluarkan Fifa awal bulan ini.
Kedudukan itu merupakan antara yang terburuk dalam sejarah bola sepak negara tahun ini selepas mereka menduduki tangga ke-148 pada Januari, ke-150 pada Februari dan ke-152 bulan lepas.
Baginda bertitah semua pemain serta pihak pengurusan perlu mengetahui kepentingan ranking bagi sesebuah negara untuk memastikan mereka sentiasa berusaha meningkatkan kedudukan.
"Kalau pemain dan pihak pengurusan tidak mengetahui implikasi kedudukan ranking ini, khususnya pemain sendiri, maka ia akan memberi kesan kepada maruah negara.
"Sekiranya kita tidak berada dalam kedudukan 100 pasukan teratas (pada masa depan), mungkin pemain kita tidak berpeluang beraksi di Eropah," titah baginda.
Tengku Abdullah bertitah skuad kebangsaan harus menetapkan sasaran lebih tinggi dan tidak hanya memberi tumpuan kepada kejohanan bolasepak serantau sekiranya ingin melangkah jauh dalam sukan bola sepak.
"Kita perlu tetapkan kedudukan kita contohnya 10 pasukan terhebat di Asia dahulu, baru boleh bersaing dengan negara lain," titah baginda. - Bernama

No comments:

Post a Comment