AKSI HARIMAU MALAYA

AKSI HARIMAU MALAYA :
PERSAHABATAN ; -
KELAYAKAN PIALA ASIA : 26

AKSI HARIMAU MUDA :

11 April 2012

KOSMO - Kim Swee Belum Panik

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE



KATA orang, setiap musibah yang berlaku itu ada rahmatnya.Disebabkan pengendali Harimau Muda, Ong Kim Swee (gambar) enggan tergesa-gesa menekan butang panik meskipun rekod tanpa kalah mereka dalam saingan Liga Singapura (Liga S) lebur di tangan Home United malam kelmarin.
Dalam aksi di Stadium Yishun itu, Harimau Muda tewas 1-2 hasil jaringan Shotaro Ihata dan Frederic Mendy (ke-13, 61), manakala gol sagu hati skuad muda negara diledak Ahmad Hazwan Bakri pada minit ke-51.
Menurut Kim Swee, beliau percaya kekalahan itu bakal mematangkan pemainnya pada perlawanan akan datang sekiranya berhasrat mahu memastikan sasaran menamatkan saingan liga di tempat kelima musim ini tercapai.
“Saya akui, pengalaman memisahkan pasukan saya dengan Home United yang jelas lebih bijak menguasai permainan, terutamanya apabila dibarisi tujuh pemain import, termasuk tiga pemain natura- lisasi pada perlawanan tersebut.
“Kecewa memanglah kecewa apabila gagal mengekalkan rekod tanpa kalah, namun masih terlalu awal untuk saya berasa bimbang dengan kekalahan tersebut kerana saingan liga masih panjang,” katanya kepada Kosmo! semalam.
Dengan keputusan itu, Harimau Muda yang telah mencatat empat kemenangan dan dua seri sebelum ini kini tergelincir di tangga kelima liga dengan 14 mata, kurang satu mata di belakang Home United yang melonjak ke tangga kedua. Home United begitupun beraksi lebih satu perlawanan.
Mengulas lanjut kata Kim Swee, barisan pertahanannya yang diterajui Affizie Faizal Mamat, Shahrul Saad, Mohamad Amer Saidin dan Mohd. Fadhli Shas juga dilihat agak gugup ketika menentang Home United kelmarin.
“Barisan pertahanan skuad saya dilihat mudah hilang konsentrasi setiap kali diasak penyerang lawan.
“Justeru, saya harap pemain perlu bertambah matang ketika berdepan Woodlands Wellington di Stadium Yishun, Ahad depan,” katanya optimis.

No comments:

Post a Comment