AKSI HARIMAU MALAYA

AKSI HARIMAU MALAYA :
PERSAHABATAN ; -
KELAYAKAN PIALA ASIA : 26

AKSI HARIMAU MUDA :

18 June 2013

SINAR - Harimau Muda A alami kekalahan kali ke-8

 17 Jun 2013 
Harimau Muda

KUALA LUMPUR - Kemarau kemenangan kembali menghantui skuad Harimau Muda A pada siri Jelajah Eropah apabila mereka kalah 5-1 kepada kelab liga Slovakia, MFK Ružomberok, pada perlawanan persahabatan di Slovakia, semalam.

Ia merupakan kekalahan kelapan daripada 11 perlawanan yang diharungi oleh skuad berkenaan yang berkampung selama lima bulan di Slovakia sebagai persiapan awal mempertahankan pingat emas Sukan SEA 2013 di Myanmar, Disember ini.

10 June 2013

METRO - Siapa pilih Australia?




 Kuala Lumpur: “Bukan soal menang atau kalah, tapi siapa sebenarnya yang ada kaitan dalam FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia) menguruskan latihan dan perlawanan persahabatan ke Australia.

“Apakah ada individu atau pihak tertentu yang mendapat keuntungan daripada program itu?” Demikian kenyataan wakil bagi kumpulan yang meng gelarkan diri mereka Presiden FAM Sila Letak Jawatan (PFSLJ) Alfadli Awaludin percaya ada individu meraih habuan dalam mengatur perlawanan ke Australia sehingga menyaksikan anak buah Datuk K Rajagobal dimalukan kelab yang diwakili pemain sambilan, Canberra FC pada perlawanan persahabatan baru-baru ini.

07 June 2013

KOSMO - Harimau Malaya tewas di Australia



PENYERANG Harimau Malaya, Norshahrul Idlan Talaha (tengah) diasak pemain Canberra FC pada perlawanan persahabatan di Stadium Deakin, Canberra, Australia semalam.




SKUAD Harimau Malaya bermula langkah sumbang untuk aksi perlawanan persahabatan pertama selepas tewas tipis 2-3 kepada kelab Australia, Canberra FC di Stadium Deakin semalam.
Beraksi di babak pertama perlawanan, pasukan tuan rumah terlebih dahulu membuka jaringan menerusi pemain Alex Oloriegbe pada minit ke-28.
Skuad kendalian Datuk K. Rajagobal kembali mengatur serangan namun pasukan berstatus kelab divisyen dua Australia itu sekali lagi menghukum kerapuhan benteng pertahanan skuad bola sepak negara dengan meledak gol kedua menerusi Ryan Keir pada minit ke-34.
Bersambung separuh masa kedua, percaturan Rajagobal bertindak mengeluarkan 10 pemain yang beraksi di babak pertama perlawanan dan mengekalkan Mohd. Aidil Zafuan Adha Abd. Radzak, memasukkan Muhammad Nazmi Faiz Mansor dan Safee Sali memberikan impak kepada corak permainan Harimau Malaya.

04 June 2013

KOSMO_Rajagobal enggan mengaku kalah

SKUAD Harimau Malaya berangkat ke Australia semalam untuk memulakan latihan pendedahan di negara kanggaru itu.
Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my

PENGENDALI Harimau Malaya, Datuk K. Rajagobal enggan 'mengibarkan bendera putih', malah optimis anak-anak buahnya masih mampu menyambar slot ke pusingan akhir Piala Asia 2015 di Australia nanti.

Ketika ini, skuad negara menduduki tempat ketiga Kumpulan D selepas tumpas 0-2 kepada Qatar (6 Februari) sebelum kembali bangkit menumpaskan Yemen 2-1 di laman sendiri pada 22 Mac lalu.

"Atas kertas, skuad negara merupakan pasukan terbaik Asia Tenggara (dalam kempen kelayakan Piala Asia) setakat ini apabila berjaya mengutip tiga mata.

"Sebab itu saya mahu berdepan pasukan yang kuat di Australia sebagai persiapan skuad kebangsaan.

"Jadi, saya ada masa membentuk pasukan sebelum berdepan Bahrain pada Oktober depan," kata Rajagobal baru-baru ini.

Malam tadi, skuad negara telah berlepas ke Australia sebagai persiapan awal mengharungi baki aksi kelayakan Piala Asia dan hanya kembali ke tanah air pada 15 Jun ini.