AKSI HARIMAU MALAYA

AKSI HARIMAU MALAYA :
PERSAHABATAN ; -
KELAYAKAN PIALA ASIA : 26

AKSI HARIMAU MUDA :

26 July 2011

SOKONG - Ayuh Harimau Malaya!!


Ayuh Skuad Harimau Malaya kasi gegar Bukit Jalil (SNBJ) bagi mengharungi perlawanan kedua menentang Singapura. Lupakan kekalahan 3-5 minggu lalu, kita kasi gegar dengan jaringan yang banyak untuk mara ke pusingan ke-3 kelayakan Piala Dunia bagi Zon Asia. Skuad bola sepak kebangsaan Malaysia ini mampu mengaum, jangan mengaku kalah sebelum berjuang!!
Kepada pemain ke-12 negara, iaitu penyokong-penyokong ayuh le beri sokongan yang padu (jangan bila menang je nak beri sokongan).. Marilah bersama-sama kita ke Stadium Bukit Jalil pada malam Khamis ini (28 Julai 2011) kasik penuh itu stadium, kepada yang tidak berkesempatan, moh kita tengok kat depan tv (siarang langsung @ rtm & astro arena) dengan memakai jersi biru @ kuning/hitam.. auuummmm!!

04 July 2011

SYABAS - Harimau Malaya


SYABAS!! Harimau Malaya mengaum lagi. Malaysia mara ke pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014 berdasarkan peraturan kelebihan gol di tempat lawan sekalipun tewas 2-3 kepada Taiwan, semalam. Dengan agregat yang terikat 4-4, dua gol yang dijaringkan di Stadium Perbandaran Taipei sudah cukup untuk meletakkan skuad Harimau Malaya menempah pertemuan seterusnya dengan Singapura pada 23 Julai ini. Syabas dan tahniah juga kepada skuad Harimau Muda, untuk kelayakan Olimpik juga telah mara ke peringkat seterusnya. Kedua-dua skuad ini telah menempa sejarah layak ke peringkat seterusnya sejak bertahun-tahun gagal. Semoga terus Sukses dan  Semangat Sentiasa. 
Saksikan kedua-dua gol jaringan yang disifatkan jaringan terbaeeek.. Jaringan pertama oleh Aidil Zafuan:
Jaringan ke-2 oleh Ketua Pasukan : Safiq Rahim