AKSI HARIMAU MALAYA

AKSI HARIMAU MALAYA :
PERSAHABATAN ; -
KELAYAKAN PIALA ASIA : 26

AKSI HARIMAU MUDA :

21 February 2014

JADUAL HARIMAU MALAYA - Mac 2013

Liga M direhatkan. Berikut ialah jadual perlawanan peringkat antarabangsa yang melibatkan Kelab dan Negara.

25 February: Selangor vs Arema Indonesia (AFC Cup)

26 February: Yangoon Utd vs Kelantan (AFC Cup)

1 Mac: Malaysia vs Filipina (Friendly)

5 Mac: Yemen vs Malaysia (Kelayakan Piala Asia)

14 February 2014

2014 :Harimau Malaya lonjak ranking

Kuala Lumpur: Skuad bola sepak negara melonjak empat anak tangga ke kedudukan 150 berbanding bulan lepas dalam ranking terbaru yang dikeluarkan oleh Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA) semalam.

Kedudukan terkini itu menyaksikan Malaysia yang dikendalikan sementara Datuk Ong Kim Swee berkongsi tempat bersama Singapura dan Liechtenstein selain turut setanding dengan beberapa negara lain seperti Guyana dan India (kedua-duanya 154) serta Puerto Rico (157).

Di kalangan negara Asia Tenggara, Malaysia naik satu anak tangga untuk berada pada kedudukan keenam di belakang Filipina (127), Myanmar (130), Vietnam (143), Thailand (147) serta Singapura (150).

Di peringkat Asia, Malaysia turut naik satu anak tangga untuk berada pada kedudukan ke-29 daripada 46 negara. 
SKUAD negara kini di tangga ke-150 dunia.


Skuad Harimau Malaya dijangka menentang Filipina dalam aksi persahabatan, 1 Mac ini di Stadium Majlis Perbandaran Selayang sebelum berdepan Yaman pada perlawanan terakhir kumpulan D, kelayakan Piala Asia 2015 di UAE, empat hari kemudian.

 Sementara itu, naib juara Piala Konfederasi 2013, Sepanyol terus mengekalkan status selaku pasukan terbaik dunia dengan mengumpul 1,506 mata manakala Jerman dan Argentina masing-masing mengekalkan kedudukan kedua dan ketiga terbaik dunia.

Jerman dan Agentina mengumpul 1,314 mata dan 1,255 mata.

Kedudukan ranking FIFA itu melibatkan 209 negara. - BERNAMA

13 January 2014

APEK BAKAL BERGELAR BAPA -AKHIR JANUARI 2014


Apek bakal bergelar bapa akhir bulan ini

Pasir Puteh: Penjaga gol kebangsaan Khairul Fahmi Che Mat atau Apek teruja untuk bergelar bapa untuk kali pertama apabila dijangka menimang cahaya mata bersama pasangannya Leuniey Natasha Nazri, 22, pada akhir Januari ini.

Apek berkata, dia sudah melakukan pelbagai persiapan bersama Leuniey untuk menyambut kehadiran orang baru itu tidak lama lagi.

“Insya-Allah, kalau tidak ada apa-apa dan aral melintang, Leuniey akan bersalin pada akhir bulan ini di Hospital Pakar Perdana di Kota Bharu.

“Kami gembira dan teruja menanti kehadiran anak sulung dengan segala persiapan termasuk persalinan dan pakaian bayi yang bakal digunakan pun sudah dibeli,” katanya.

Dia ditemui ketika sesi rehat minda bersama rakan sepasukan The Red Warriors (TRW) di Tok Aman Bali Resort, di sini, semalam.

SUMBER : MyMetro 13.01.2014

12 December 2013

SUKAN SEA : Tugas Getir Harimau Muda

Nay Pyi Taw: Tugas lebih mencabar buat barisan penyerang negara pada pertemuan menentang Laos, esok dengan pengendali negara Datuk Ong Kim Swee membayangkan untuk menggunakan penyerang tunggal dengan misi mengutip tiga mata.

Penjaring gol pertama negara di Sukan SEA 2013, Rozaimi Abd Rahman dijangka kembali ke bangku simpanan dengan tiga pemain bakal menjadi pilihan mengetuai jentera serangan iaitu A Thamil Arasu, Izzaq Faris Ramlan dan Ahmad Hazwan Bakri.

Thamil dan Izzaq diturunkan pada pertemuan menentang Brunei kelmarin namun mereka belum menemui rentak apabila mensia-siakan beberapa peluang keemasan dengan Ahmad Hazwan memanaskan bangku simpanan.

“Saya akui perlu beraksi lebih baik lagi pada perlawanan menentang Laos namun kemenangan semalam memuaskan walaupun kami terlepas banyak peluang,” kata Thamil.
KIM Swee (dua dari kanan) bersama pemain pada sesi latihan di Stadium Paung Laung.

Dia gagal meletakkan namanya dalam senarai penjaring apabila mensia-siakan empat peluang keemasan sepanjang perlawanan.

“Saya kurang agresif semalam (kelmarin). Perlawanan menentang Laos kami perlu lebih fokus selain menurut arahan jurulatih.

“Laos adalah pasukan yang tidak boleh dipandang rendah kerana ketika bermain 10 pemain menentang Singapura, mereka mampu menjaringkan gol dan mencatatkan keputusan seri,” tambahnya.

15 November 2013

Kelayakan Piala Asia 2015 : BAHRAIN vs MALAYSIA

Misi sukar Harimau

Skuad Raja tempang, 6 tonggak utama cedera pada aksi kedua bertemu Bahrain, malam ini

Kuala Lumpur: Adakah aksi sama mampu dijelmakan barisan pemain Harimau Malaya ketika bertindak cemerlang dalam perlawanan pertama Kelayakan Piala Asia 2015 apabila mengikat Bahrain 1-1 di Stadium Shah Alam, bulan lalu pada perhitungan kedua di Manama, malam ini?

Di atas kertas mungkin tidak kerana ketika perlawanan pertama itu pengendali skuad kebangsaan, Datuk K Rajagobal memiliki barisan terbaik, tetapi kali ini enam pemain tonggaknya, Aidil Zafuan Abdul Radzak, Safiq Rahim, S Kunanlan, Amirizwan Taj Tajudin, Fadhli Shas dan Mohd Razman Roslan, mengalami kecederaan.

Cabaran sukar
Kunanlan dan Razman cedera buku lali manakala yang lain dihimpit masalah kecederaan lutut. Harimau Malaya pula terpaksa beraksi di gelanggang lawan - Stadium Nasional Manama yang tentunya cabarannya lebih menyukarkan. Dengan menduduki tangga ketiga Kumpulan D selepas mengumpul empat mata, pastinya memberi lebih tekanan kepada pemain lebih-lebih lagi perlawanan itu menjadi aksi ‘hidup mati’ buat skuad negara.

Apapun jika berjaya meraih tiga mata - ia mampu mengekalkan skuad negara di landasan terbaik untuk merebut satu slot ke pusingan akhir Piala Asia 2015 di Australia.

30 October 2013

PIALA BIDC - 22 pergi, empat kena tinggal

Petaling Jaya: Daripada senarai 26 pemain dikeluarkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kelmarin, hanya 22 pemain akan dibawa untuk mempamerkan kemampuan sebenar pada Kejohanan Piala BIDC di Kemboja dari 2 hingga 10 November ini.

Empat pemain – Zubir Azmi (Terengganu), S Sivanesan (Negeri Sembilan), Safwan Hashim (ATM) dan Amer Saidin (Harimau Muda A) – terpaksa ditinggalkan kerana masih cedera.

Dua pemain Harimau Muda A yang kini bersama pasukan kebangsaan, Fadhli Shas dan Syahrul Azwari Ibrahim juga tidak dibawa ke kejohanan berkenaan.

Pengendali skuad B-23 negara, Datuk Ong Kim Swee yang mengesahkannya semalam, berkata beliau hanya membawa 22 pemain termasuk Nazirul Naim Che Hashim yang tiba dari Jepun esok (hari ini) ke kejohanan itu.

Medan terbaik

“Ini juga adalah medan terbaik untuk Izzaq Faris Ramlan dan Ashri Chuchu (Sarawak) memburu tempat dalam skuad utama ke Sukan SEA nanti. Walaupun lama tidak beraksi bersama pasukan, saya yakin mereka masih mampu bersaing dengan pemain sedia ada.

“Tiada sasaran ditetapkan tetapi secara peribadi saya rasa kita seharusnya mampu mara sekurang-kurangnya hingga ke separuh akhir,” katanya yang akan bertolak ke Kemboja, esok.
Malaysia diletakkan dalam Kumpulan B bersama tuan rumah, Kemboja dan Laos, manakala Kumpulan A dibarisi Thailand, Vietnam dan Myanmar.

Beliau berkata, kejohanan membabitkan enam negara Asia Tenggara adalah medan terbaik menguji pasukan lawan sebelum misi mempertahankan emas Sukan SEA di Myanmar, Disember ini.
 
Sumber : Bharian

10 October 2013

PERSAHABATAN : HM 1- 3 UAE

Kuala Lumpur: Skuad negara bukan tandingan Emiriah Arab Bersatu (UAE) apabila tewas 1-3 dalam aksi persahabatan di Shenzhen, China, semalam.

Keputusan itu tidak menghadirkan impak positif menjelang pertemuan menentang Bahrain di Stadium Shah Alam dalam aksi kelayakan Piala Asia 2015 pada Selasa.

Skuad negara jelas tempang sebelum perlawanan berkenaan berlangsung kerana sebahagian besar tonggak pasukan dibayangi kecederaan sekali gus merencatkan perancangan ketua jurulatih Datuk K Rajagobal untuk menampilkan aksi terbaik menentang UAE. Gol tunggal Malaysia dijaringkan Safiq Rahim.

Kemenangan ini membolehkan UAE melebarkan rekod tanpa kalah kepada 14 perlawanan selepas menewaskan Laos dalam satu lagi aksi persahabatan.

Skuad negara akan kembali ke tanah air bagi menggandakan persiapan menghadapi Bahrain di Shah Alam dengan harapan beberapa tonggak utama mampu pulih untuk pertemuan getir itu dengan beberapa pemain dalam senarai menunggu mungkin dipanggil.