AKSI HARIMAU MALAYA

AKSI HARIMAU MALAYA :
PERSAHABATAN ; -
KELAYAKAN PIALA ASIA : 26

AKSI HARIMAU MUDA :

27 December 2012

BHARIAN : Singa Bukan Punca

2012/12/27 - 03:20:27 AM



Kuala Lumpur: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) semalam menegaskan kejayaan Singapura dan kegagalan skuad Harimau Malaya di Piala Suzuki AFF 2012 baru-baru ini bukan berpunca daripada keputusan membenarkan Lions XII beraksi dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) bermula musim ini.

Naib Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin (gambar), merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM berkata, perkara itu tidak sepatutnya dipersoalkan dan dijadikan alasan kerana kedua-dua pihak mendapat faedah daripada program pertukaran empat musim antara badan induk itu dan Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS).
 

24 December 2012

AFF CUP : Tahniah Sang Singa!!

Singapore coach Avramovic hails his AFF Suzuki Cup heroes

Masih terniang-niag perlawanan Pertama Harimau Malaya dengan Sang Singa (kalah 3-0 @ Bukit Jalil).. Apa-apa pun tahniah le buat Singapore atas kejuaraan AFF Cup 2012 (yang ke-4 buat mereka)..pada final di Bangkok pada 23.12.2012 yang lalu.
 
Bestnye kalau Final ari tu HM vs Singapore..huhuhuhu xde rezeki.. Adakah kemenangan Singapore ini ada sedikit impak mereka semasa mengharungi Liga M? kerana langkah mereka (FAS) menghantar skuad Lion-12 dalam liga kita?... fikir-fikir kan laaaa...
 
 Sekali lagi TAHNIAH SINGAPORE yg mengatasi THAILAND dengan agregat 3-2..
 jumpa lagi di AFF CUP 2014...

Shahril wins MVP award

18 December 2012

RAJAGOBAL or ONG KIM SWEE?

SIAPA PILIHAN ANDA UNTUK MENERAJUI / JURULATIH SKUAD HARIMAU MALAYA, PADA MASA AKAN DATANG- ? RAJAGOBAL ATAU OKS?....



SUMBER : BHARIAN:
‘Satu penghormatan’

JURULATIH Harimau Muda A, Ong Kim Swee kekal fokus dengan misi disandarkan di bahunya untuk mempertahankan pingat emas Sukan Sea Myanmar tahun ini biarpun namanya dicanang sebagai calon terbaik menggantikan Datuk K Rajagobal bagi membimbing skuad kebangsaan.

Kim Swee yang enggan mengulas lanjut isu terbaru itu berkata, tidak wajar untuk beliau membicarakan kedudukan rakan sejawatnya itu dan menganggap keutamaannya lebih terarah kepada persiapan skuad muda negara menghadapi Sukan Sea.

14 December 2012

SINAR - AFF Cup : Malaysia Gagal Ke Final



MISI Malaysia untuk mempertahankan kejuaraan saingan Piala AFF Suzuki 2012 berakhir apabila tewas menerusi agregat 1-3 kepada Thailand dalam saingan separuh akhir.

Kedua-dua pasukan terikat seri 1-1 ketika beraksi di Stadium Nasional Bukit Jalil, minggu lepas.

Dalam perlawanan separuh akhir kedua yang baru berakhir di Stadium Supachalasai, Bangkok, Malaysia tewas 0-2. Kedua-dua gol Thailand dijaringkan pada minit ke-61 dan 65.

Dengan kemenangan ini, Thailand akan menentang Singapura dalam perlawanan akhir pada 19 dan 21 Disember ini.

13 December 2012

Ha Ha Ha Lawak Le...

Berita Lawak edisi TIPU Harian Metrro 12.12.2012.. susulan penganjur, menjelang perlawanan Separuh Akhir ke-2 di Thailand yang menyediakan padang latihan umpama 'Bendang'..hhihi.. Apa apa hal.. Go mengaum Harimau Malaya.. Kau Boleh!!

Idea kreatif yang dibuat oleh mereka yang 'edit' akhbar ini seperti 'asal' amat menghiburkan dan diharap ia tidak disalah guna untuk memaparkan 'Berita Palsu'.. Semoha HM menang bertemu Thailand malam ini untuk ke final bertemu SINGAPURA..
jom SOKONG, SORAK, SEMANGAT, SETIA, SELAMANYA HARIMAU MALAYA!!

KEPUTUSAN:

Separuh Akhir 1 : Malaysia (1) vs Thailand (1)
Separuh Akhir 2 : Thailand (2) vs Malaysia (0)

Agreget : Thailand layak ke Final dengan Agregat 3-1

Final 1 : Singapura (3) vs Thailand (1)
Final 2 : Thailand (1) vs Singapura (0)

Singapura JUARA AFF CUP 2012 - Tahniah Sang Singa!!!

Harimau Malaya,,huhuhuhu..teruskan berjuang dan mengaum lebih kuat di 2013 - kelayakan Piala Asia.. kau boleh!!!

12 December 2012

SINAR - Harimau Diberi Padang Umpama Sawah Padi!!

Pemain Harimau Malaya terpaksa berlatih dalam serba kekurangan.
Permukaan padang yang becak ganggu sesi latihan Malaysia.
Tempat duduk pemain tidak berbumbung.
Wartawan Sinar Harian
12 Disember 2012
 

BELUM pun skuad kebangsaan memulakan perlawanan aksi timbal balik separuh akhir Piala AFF Suzuki 2012, tuan rumah, Thailand sudah mula bermain perang psikologi apabila menyediakan kemudahan fasiliti kurang sempurna.

Bagaikan hanya sekadar melepaskan batuk di tangga, Thailand menempatkan latihan skuad Harimau Malaya di kawasan padang awam yang langsung tidak mempunyai bilik persalinan dan tidak menepati standard Persatuan Bola Sepak Asia (AFF).

Malah lebih menyedihkan, bukan sahaja terpaksa berteduh di bawah tempat duduk tidak berbumbung dan kelihatan daif, skuad Harimau Malaya juga terpaksa berkongsi padang dengan kanak-kanak yang menjadikan padang tersebut sebagai tempat permainan mereka.

Gagal menyembunyikan perasaan kecewanya, Pengurus Harimau Malaya, Datuk Seri Subahan Kamal berkata, bukan ini caranya melayan pasukan Malaysia.

11 December 2012

BHARIAN - Muslihat Harimau

Pasukan Harimau Malaya sejurus tiba di Hotel Golden Tulip Sovereign di Bangkok, semalam menjelang perlawanan separuh akhir kedua Piala Suzuki AFF menentang Thailand, di Stadium Supachalasai, Khamis ini.Raja masih merahsiakan senjata sulit untuk singkir Thailand, mara ke final
Kuala Lumpur: Harimau Malaya boleh melakukan lebih baik walaupun persembahan ketika mengikat Thailand 1-1 pada separuh akhir pertama Piala Suzuki AFF di Stadium Nasional Bukit Jalil, kelmarin dianggap yang terbaik oleh pengendalinya, Datuk K Rajagobal.

Ia kerana aksi terbaik itu bukan datang dari skuad utama Rajagobal apabila lima pemain tonggaknya terpaksa diketepikan akibat kecederaan.

09 December 2012

SINAR - AFF Cup - Kami Doakan Kemenangan

RISWANDI RAZAK
9 Disember 2012

Pemain skuad kebangsaan menyampaikan penghargaan kepada penonton di Stadium Nasional. - Foto SInar Harian oleh Safwan Mansor
SELURUH rakyat Malaysia mendoakan skuad Harimau Malaya mampu mengulangi kejayaan memenangi Piala AFF Suzuki dua tahun lalu, dengan menumpaskan Thailand pada saingan separuh akhir di Bukit Jalil, malam ini.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, skuad kendalian Datuk K Rajagopal perlu menggunakan kelebihan bermain di hadapan penyokong sendiri untuk mempamerkan aksi mantap dan bertenaga.

"Kemenangan nanti merupakan hadiah paling berharga kepada seluruh rakyat terutamanya untuk Perdana Menteri kita," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom pula berpendapat dalam perlawanan yang berdasarkan keputusan jaringan pada dua perlawanan timbal balik ini, skuad negara perlu mengambil peluang sepenuhnya beraksi di Stadium Bukit Jalil.
"Gunalah kesempatan bermain di tempat sendiri di hadapan penonton setia untuk menang dengan jaringan yang mampu menjadi bekalan di tempat lawan, nanti," katanya.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi turut yakin walau sekuat manapun pasukan Thailand, Harimau Malaya telah membuktikan mampu bangkit daripada prestasi hambar di awal pertandingan, dan mara ke separuh akhir.
"Harimau telah mengaum semula dengan sepenuh kekuatan mendaki kepayahan di awal pertandingan, saya yakin atas sokongan semua termasuk Perdana Menteri, Harimau Malaya diyakini akan berada di puncak perlawanan akhir nanti, Insya-ALLAH," katanya.

Perlawanan separuh akhir pertama akan berlangsung malam ini, manakala perlawanan timbal balik akan diadakan di Stadium Supachalasai, Bangkok pada 13 Disember ini.

29 November 2012

BHARIAN - Kembali Mengaum!

Oleh Syed Riduan Ahmad, Mohd Fitrie Muhamad, dan Wan Fakhrul Bakar
 
Safiq Rahim (kiri) dan rakan meraikan gol pertama Harimau Malaya menentang Laos pada saingan Kumpulan B Piala Suzuki AFF di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi. - Foto REUTERSMalaysia mesti menang temu Indonesia untuk ke separuh akhir

Kuala Lumpur: Pengendali skuad kebangsaan, Datuk K Rajagobal tidak mahu terlalu gembira dengan kemenangan 4-1 ke atas Laos malam tadi, sebaliknya mahu memberi tumpuan kepada perlawanan terakhir Kumpulan B menentang Indonesia, Sabtu ini.

“Pemain melaksanakan tugas mereka malam ini (semalam), tetapi masih ada yang perlu diperbaiki menjelang pertemuan dengan Indonesia nanti,” kata Rajagobal semalam.

“Pertukaran dalam kesebelasan utama membawa hasil, pujian harus diberikan kepada Shakir Shaari yang beraksi cemerlang di bahagian tengah.

27 November 2012

METRO : Diterjah Ultras

GERAM...Ultras Malaya mengelilingi bas yang membawa pemain kebangsaan di perkarangan stadium selepas tamat perlawanan.
Oleh Aziman Rosdi dan Azlan Muhammad Zain
sukan@hmetro.com.my


DUA tahun lalu, Harimau Malaya dikepung penyokong Indonesia pada final di Jakarta namun berjaya mengharungi pengalaman ngeri itu untuk muncul sebagai juara Piala AFF.

Tahun ini skrip hampir sama namun bezanya, anak buah Datuk K Rajagobal dikepung penyokong sendiri ketika mahu keluar dari Stadium Nasional, Bukit Jalil malam kelmarin kerana tidak tahan dengan kekalahan memalukan pada aksi pertama Kumpulan B di tangan musuh tradisi Singapura 0-3.

KOSMO : Harimau Malaya Mampu Mengaum Esok?

NOOR HAFIZA CHE ABDULLAH dan SITI FATIMAH MUHAMMAD ALI 27 November 2012
K. Rajagobal
Rajagobal kelihatan kecewa dengan pergerakan pemain Harimau Malaya ketika bertemu Bangladesh malam tadi. - Foto Sinar Harian oleh SAFWAN MANSOR
SEMENTARA skuad negara bimbingan Datuk K. Rajagobal dikecam teruk dari setiap sudut, seluruh negara ekoran keputusan kalah 0-3 dengan Singapura pada aksi pembukaan Kumpulan B Piala AFF Suzuki kelmarin, bekas-bekas pemain dan penganalisis sukan masih meletakkan harapan Harimau Malaya akan bangkit esok.

16 November 2012

KOSMO - Harimau Malaya Membimbangkan

SAFEE (jersi biru) menjaringkan gol pembukaan Malaysia pada aksi menentang Hong Kong di Stadium Shah Alam malam kelmarin.
Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my

PERSEMBAHAN skuad Harimau Malaya semakin membimbangkan menjelang kempen Piala AFF Suzuki 2012.

Selepas sekadar mencatatkan keputusan seri 1-1 ketika menentang Hong Kong dalam satu aksi persahabatan antarabangsa di Stadium Shah Alam kelmarin, skuad kendalian Datuk K. Rajagobal yang membariskan 'skuad impian' masih belum mempamerkan aksi memberangsangkan.

Kurang dua minggu sahaja lagi sebelum menentang Singapura pada aksi pertama Kumpulan B Piala AFF Suzuki, bekas jurulatih Selangor itu harus memperbaiki setiap kelemahan dan kepincangan yang ada dalam pasukan bimbingannya itu dengan kadar segera.

12 November 2012

SINAR - Rajagobal : Kita Perlu Menang

Rajagobal (tengah) bersama 50 anak peneroka Felda di Akademi Pembangunan Agrobank (ABADI), semalam. Turut kelihatan, pemilik Cardiff City, Datuk Chan Tien Ghee (dua, kanan).
Wartawan Sinar Harian
12 November 2012


MALAYSIA perlu menang dalam dua perlawanan persahabatan menentang Hong Kong dan Bangladesh bagi memulihkan semangat dan keyakinan pasukan menghadapi kempen mempertahankan kejuaraan Piala AFF Suzuki 2012.

Ketua jurulatih kebangsaan Datuk K Rajagobal bertekad menjadikan dua perlawanan itu sebagai medan kebangkitan semula skuad tersebut selepas kalah Vietnam (0-1) dan Thailand (0-2) dalam dua perlawanan persahabatan awal bulan ini.

Skuad Harimau Malaya akan menentang Hong Kong Rabu ini dan Bangladesh seminggu kemudian (20 November) di Stadium Shah Alam sebelum memulakan kempen Piala AFF Suzuki pada 25 November ini.

10 November 2012

BHARIAN : Aksi Portugal Gamit Fakri


 
Ahmad Fakri (kanan) ketika sidang media ditemani Faisal, semalam. Petaling Jaya: Penyerang kebangsaan, Ahmad Fakri Saarani akan menyertai kelab divisyen tiga Portugal, Atletico Sport Clube Reguengos sejurus selesai dengan tugasan bersama skuad Harimau Malaya pada Piala Suzuki AFF 2012, bulan depan.

Tawaran yang diterima itu sememangnya disambut positif dengan keinginan Fakri, 23, sendiri yang sudah lama mengimpikan peluang mengembangkan kerjaya bola sepak di luar negara, terutama Eropah.

“Memang sejak kecil, impian saya beraksi di luar dan peluang ini bagus untuk saya terus belajar meningkatkan lagi tahap permainan. 

09 November 2012

BHARIAN : Rajagobal Ego, Cuma Harap Tuah?

 
Kuala Lumpur: Sikap jurulatih kebangsaan, Datuk K Rajagobal yang terus ego untuk tidak mengakui kegoyahan skuad kendaliannya menjelang misi mempertahankan kejuaraan Piala Suzuki AFF 2012 mulai 25 November ini bakal memakan diri andai ‘tuah’ tidak lagi memihak kepadanya.

Dua aksi persahabatan terbaru menyaksikan skuad Harimau Malaya tewas 1-0 kepada Vietnam di Hanoi, Sabtu lalu dan tewas 2-0 kepada Thailand di Bangkok, malam kelmarin.

“Kalau nak dikatakan kedua-dua kekalahan ini menjejaskan keyakinan, saya dah beberapa kali beritahu yang kita memulakan saingan Piala Suzuki AFF 2010 dengan kalah teruk 5-1 kepada Indonesia. Saya sebagai jurulatih kenal pemain saya dan tahu bila pasukan saya akan bangkit,” kata Rajagobal, semalam.

06 November 2012

PERSAHABATAN - Thailand vs Malaysia

Siaran Langsung, perlawanan persahabatan skuad Harimau Malaya dengan Thailand bagai persiapan AFF Cup akan dibawa oleh Astro Arena jam 7.00 pm @ 7 November 2012. Harap dengan semangat membara, HM berjaya menewaskan Thailand. Mengaumlah wahai si HM!! ,,, huhuhu setelah kalah lagi dgn Vietnam..


KEPUTUSAN
 
THAILAND (2) vs (o)MALAYSIA
 Sumber Akhbar:
KOSMO : Harimau Malaya Sila Perbaiki Rentak
BHARIAN : Kecundang Lagi

02 November 2012

LIGA S - Perlawanan Terakhir Harimau Muda

LIGA S
Perlawanan Terakhir
02.11.2012
 
Tampines Rovers FC (1)  VS (0) Harimau Muda
 
Siaran Langsung - Perlawanan terakhir skuad Harimau Muda di Liga-S bertemu pendahulu liga Tampines Rovers FC. Dalam tangan sasaran untuk tangga ke-5 liga telah tercapai.. Tetapi jika ingin lebih baik.. Tempat ke-3 adalah amat membanggakan, kerana ini kali pertama kita join liga Singapore ini dan telah menunjukkan keputusan yang memberangsangkan. Akhar-akhbar di negara republik berkenaan telah iktiraf skuad Harimau Muda ini adalah pasukan terbaik dalam penyertaan nya pada tahun ini. Tahniah HM!! anuuummm..
 
 
Untuk perlawaanan terakhir malam ini, Live di Astro Arena jam 8.00 mlm (2/11/2012) - jom beri sokongan. Jika perlawanan pertama bertemu dengan pasukan Tampines Rovers FC ini pada 13 Mei lalu, skuad HM tewas tipis 2-3, so harap malam ini boleh balas dendam, kedua-dua pasukan mengharapkan kemenangan untuk menjuarai liga (Tampines) dan HM (ke-3). Buktikan Malaysia Boleh!!
 
Kedudukan Liga-S sehingga 1 Nov.2012
 
 
 

01 November 2012

SINAR - Nazmi Terus Mengaum

Nazmi Faiz mencipta nama di bumi Portugal.
WONDER kid Malaysia, Nazmi Faiz Mansor terus mempamerkan persembahan terbaik apabila membantu pasukannya, SC Beira- Mar mencatat kemenangan 2-0 ke atas Academico de Ciseu.

Kemenangan itu terus melonjak kedudukan pasukannya ke tangga teratas Liga Portugis Divisyen 2 Bawah 19 tahun dengan mengumpul 19 mata, hasil kemenangan pada enam perlawanan dan seri satu.

“Sejak menyertai pasukan­ ini, prestasi Nazmi semakin meningkat dan saya percaya dia mempunyai masa depan yang cerah di sini,” kata jurulatihnya, Antonio Luis.

Berdasarkan pencapaian membanggakan itu dalam pasukan­ remaja, Nazmi berpeluang cerah beraksi dalam pasukan utama pada perlawanan akan datang.

PERSAHABATAN - Vietnam vs Malaysia

3 November 2012 ini, Perlawanan timbal balik, Malaysia & Vietnam, dimana sebelum ini HM telah dikejutkan dengan tewas 2-0 di Stadium Shah Alam (Tragedi 11/9..hi3).. tapi kali ini, dengan semangat dan skuad yg mantap.. berjayakan HM menundukkan Vietnam di gelanggan mereka?. apa-apa pun skuad Harimau Muda telah buktikan bahawa mereka mampu melakukannya.. (semasa menewaskan Vietnam U21 untuk menjuarai Piala Newspaper tempoh hari). Ayuh HM terus mengaum sperti aksi di Hong Kong!!
 
 

KEPUTUSAN
VIETNAM (1) vs (0) MALAYSIA
 


Sumber Akhbar :
KOSMO :  4 Pemain Terlepas Ke Hanoi

30 October 2012

KOSMO - Kim Swee Tunggu Lampu Hijau FA

ROZAIMI (kiri) antara pemain yang mendapat perhatian Kim Swee untuk diserapkan dalam skuad Harimau Muda.
Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my

TEKA-TEKI mengenai 'muka-muka baharu' skuad Harimau Muda musim depan dijangka terungkai dalam masa terdekat.

Pengendali Harimau Muda, Ong Kim Swee memberitahu, ketika ini beliau masih menunggu 'lampu hijau' daripada persatuan bola sepak negeri (FA) supaya pemain-pemain berkenaan dapat menyertai skuad muda negara selepas ini.

27 October 2012

KOSMO- Harimau Muda Makin Garang

Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI

fazli.yadi@kosmo.com.my

SKUAD Harimau Muda yang tiba di KLIA semalam dengan membawa pulang bersama mereka Newspaper Cup yang dimenangi di Vietnam minggu lalu.

PENDEDAHAN berterusan yang dinikmati skuad Harimau Muda nampaknya mula membuahkan hasil.

Rentak permainan mereka semakin matang dan kejayaan demi kejayaan terus diraih.

Kejayaan yang mereka capai di pentas antarabangsa itu juga membawa perkhabaran gembira buat sukan bola sepak negara bahawa pemain-pemain muda ini menjanjikan masa depan yang cukup indah.

Begitupun, jika mahu terus bergerak ke hadapan, program pendedahan harus lebih kerap dilakukan.

24 October 2012

METRO - Safiq Tekad Tolak Pelawaan Arema

TENANG...Safiq (kiri) mendengar taklimat Rajagobal pada sesi latihan.
Oleh Azlan Muhammad Zain
azlanmz@hmetro.com.my


“KEPIMPINAN menerusi teladan”. Semangat itu yang dipamerkan kapten skuad negara, Mohd Safiq Rahim yang bertekad menolak pelawaan kelab Indonesia, Arema-Pelita yang mahukannya menjalani ujian pemilihan.

Baginya kem latihan skuad negara yang berada dalam fasa akhir untuk menghadapi tugasan getir mempertahankan Piala AFF lebih penting walaupun pelawaan kelab Indonesia itu dianggap peluang keemasan dalam mengembangkan karier dan cita-citanya untuk beraksi di luar negara selama ini.

SINAR - Barisan Bayangan Harimau Malaya

Pemain Terbaik Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2012, Norshahrul gandingan serasi bersama Safee.
Safee masih lagi menjadi sandaran terbaik Harimau Malaya menjelang saingan Piala AFF Suzuki November depan.
Wan Zack Haikal antara peledak Harimau Muda mampu memberi saingan pada Piala AFF Suzuki.
Barisan bayangan Harimau Malaya
ZURAIMEE ZAINAL & AHMAD FAHMI ISMAIL
24 Oktober 2012
 
PERTAHANAN Kelantan, Rizal Fahmi Abd Rosid adalah pelatih ke-36 dipanggil Pengendali Harimau Malaya, Datuk K Rajagobal untuk persediaan Harimau Malaya mempertahankan kejuaraan Piala Suzuki AFF, bermula November depan.

Biarpun senarai pemain yang bakal menyarung jersi kebangsaan untuk misi penting masih belum diketahui sehingga skuad kebangsaan mengharungi tiga lagi perlawanan persahabatan antarabangsa A awal bulan depan menentang Vietnam di Hanoi (3 November) dan Thailand di Chiang Mai (7 November) serta Hong Kong di Shah Alam (14 November).

Namun, berdasarkan beberapa keputusan perlawanan persahabatan sebelum ini pengendali berusia 56 tahun itu dijangka bakal meletakan harapan kepada gandingan pemain Harimau Malaya dan Harimau Muda untuk mengisi kesebelasan utama skuad kebangsaan.

BHARIAN - Harimau Perlu 'Ngap' Geylang

Tiga mata lagi mampu realisasi sasaran: Kim Swee

Singapura: Harimau Muda A memerlukan kemenangan ke atas Geylang United pada aksi ke-22 Liga Singapura di Stadium Yishun, Singapura, malam ini bagi mengesahkan tempat di kelompok lima teratas ketika saingan musim ini berbaki tiga perlawanan. 

 Biarpun masih segar dengan kejayaan menjuarai kejohanan jemputan B-21 Thanh Nien, Piala Newspaper 2012 di Gia Lai, Vietnam, Ahad lalu, Harimau Muda A sedikit pincang apabila bakal turun tanpa penyerang utama, Ahmad Hazwan Bakri yang digantung satu perlawanan.

  Namun, jurulatih Harimau Muda A, Ong Kim Swee (kiri) sedikit lega apabila dapat menyenaraikan semula Mahali Jasuli, Gary Steven Robbat dan Wan Zack Haikal Wan Nor yang mendapat pelepasan seketika daripada kem pusat skuad kebangsaan selain Izuan Salahuddin dan Syahid Zaidon.


22 October 2012

BHARIAN - Skuad Kim Swee Juara

 
Pemain Malaysia merai kejayaan sambil memperaga trofi kejohanan selepas muncul juara Piala Newspaper menewaskan tuan rumah, Vietnam 1-0, malam tadi.Ahmad Hazwan wira tanduk masuk sepakan percuma


Kuala Lumpur: Kejayaan manis dan menakjubkan dicipta Ong Kim Swee serta skuad bawah 21 negara kendaliannya apabila muncul juara Kejohanan B-21 Thanh Nien, Piala Newspaper 2012 selepas menewaskan tuan rumah, Vietnam 1-0 semalam sekali gus membawa pulang piala dan hadiah AS$12,000 (RM37,000).

Ahmad Hazwan Bakri muncul wira apabila menanduk masuk sepakan percuma Nurridzuan Abu Hassan pada minit ke-57 di Stadium Pleiku, Gia Lai untuk memastikan kemenangan 1-0 ke atas tuan rumah yang turun sebagai juara bertahan. 


17 October 2012

KOSMO : Tetap Mahu Ratah Sydney FC

KEPUTUSAN
HARIMAU MUDA (4) vs (2) SYDNEY FC

BARISAN pemain Harimau Muda tidak akan membiarkan gawang mereka dirobek oleh Sydney FC hari ini.
Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIEhidayat.azmie@kosmo.com.mySLOT separuh akhir kejohanan jemputan Newspaper Cup di Vietnam sudah pun berada di depan mata skuad Harimau Muda.

Selepas menewaskan Laos 4-2 dalam aksi pembuka tirai Kumpulan B, Sabtu lalu, skuad kendalian Ong Kim Swee akhirnya sah ke separuh akhir tanpa menunggu aksi kedua menentang Sydney FC petang ini. Ia ekoran kejayaan Sydney FC menjinakkan Laos 2-1 kelmarin, sekali gus memadam cabaran Laos dalam kejohanan kali ini.



16 October 2012

PERSAHABATAN : Malaysia vs Hong Kong

KEPUTUSAN
(akan dikemaskini)
 
HONG KONG (0)  vs (3)  MALAYSIA
 Safee (58), Safiq (81), Fakri (92)


Sumber Akhbar :
BHARIAN :  Kemarau 5 Tahun Harimau Tamat
SINAR : Malaysia Kalahkan HK 3-0
KOSMO : Tutup Mulut Pengkritik




15 October 2012

AFF CUP 2012 - Jadual & Result



KEDUDUKAN SEMASA
 
GROUP A
 No
 
MP
W
D
L
Pts
1
THAILAND
3
 2
 9
3
VIETNAM
3
 0
 1
2
PHILIPPINES
3
 1
 6
4
MYANMAR
3
 0
 1
1
 1
 
GROUP B
 No.
 
MP
W
D
L
Pts
2
MALAYSIA
 3
 1
 6
1
SINGAPORE
 3
 2
 6
3
INDONESIA
 3
 1
2
 4
3
LAOS
 3
 2
1
1
 1

KEPUTUSAN

  1. 25/11/2012 - MALAYSIA (0)   vs   (3) SINGAPORE
  2. 27/11/2012 - MALAYSIA (4)   vs   (1) LAOS
  3. 01/12/2012 - MALAYSIA (2)   vs   (0) INDONESIA
SEPARUH AKHIR: Pertama
1- FILIPINA (0) vs (0) SINGAPURA - 8/12/2012
2 -MALAYSIA (1) vs (1) THAILAND - 9/12/2012

SEPARUH AKHIR : Kedua
1. SINGAPURA (xx) vs (xx) FILIPINA - 12/12/2012
2. THAILAND (xx) vs (xx) MALAYSIA - 13/12/2012

AKHIR:

12 October 2012

KOSMO : Safee Dalam Dilema

Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my


SAFEE terpaksa melupakan hasrat beraksi pada Piala AFF Suzuki November depan.

PERSATUAN Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) digantung sementara oleh Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA) dan yang mendapat tempiasnya ialah penyerang sensasi Harimau Malaya, Mohd. Safee Sali.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Azzuddin Ahmad mengesahkan beliau telah menerima salinan surat penggantungan tersebut daripada PSSI yang turut melibatkan setiap pegawai dan pemain kelab Liga Super Indonesia.

Pemain yang bernaung di bawah Pelita Jaya juga tidak dibenarkan beraksi dengan skuad kebangsaan.

Menurut Azzuddin, berita buruk itu jelas memberikan impak kepada skuad kebangsaan yang terpaksa melupakan khidmat bekas penjaring terbanyak Piala AFF Suzuki 2010, Safee Sali.

Ini kerana kelab yang diwakili Safee, Pelita Jaya turut berada di dalam senarai penggantungan yang dikeluarkan oleh badan induk bola sepak negara jiran tersebut.

“Benar, laporan semalam (kelmarin) hanya menyentuh mengenai penggantungan kelab. Tidak menyentuh pasal isu pemain.

“Tetapi awal pagi tadi (semalam), saya telah menerima satu surat daripada PSSI yang mana mereka telah mendapat surat penggantungan daripada FIFA.

“Setiausaha Agung PSSI, Halim Mahfudz mengesahkan pengiriman salinan surat tersebut kepada FAM.

“Ini bermakna Safee tidak dapat mewakili Malaysia sehingga PSSI bersidang pada satu Kongres mereka hujung tahun ini,” katanya kepada Kosmo! semalam.

10 October 2012

09 October 2012

KELAYAKAN PIALA ASIA 2015 - Undian



Matlamat Harimau Malaya adalah nak menonjol dalam Piala Asia 2015.. itulah janji Coach Rajagobal bagi skuadnya apabila Asia Tenggara kita telah takluki.. dia nak peringkat demi peringkat..barulah fikir pasal Piala Dunia. Dan pada hari ini sesi cabutan undi bagi kelayakan Piala Asai 2015 akan diadakan di Melbourne. Siapakan yang akan ditentang oleh skuad HM nanti?


Nantikan proses undian berkenaan...
 
HASIL UNDIAN: HM berada di Kumpulan D
 
Berikut senarai kumpulan kelayakan Piala Asia 2015
Kumpulan A: Jordan, Syria, Oman, Singapura
Kumpulan B: Iran, Kuwait, Thailand, Lubnan
Kumpulan C: Iraq, China, Arab Saudi, Indonesia
Kumpulan D: Qatar, Bahrain, Yaman, Malaysia
Kumpulan E: Uzbekistan, UAE, Vietnam, Hong Kong
 
Nota : Ranking > Malaysia (162), Qatar (101), Bahrain (115) dan Yaman (157)
 
10/10/2012 > Sumber SINAR : Laluan Malaysia Getir 
10/10/2012 > Sumber UTUSAN : Rajagobal optimis walaupun dapat lawan sukar
09/10/2012 > Sumber: BHarian: Debaran Raja mula hari ini

Undian kelayakan Piala Asia 2015 bakal tentu nasib awal Harimau Malaya

Kuala Lumpur: Misi yang sering dilaung-laungkan jurulatih kebangsaan, Datuk K Rajagobal untuk Malaysia layak secara merit ke pusingan akhir Piala Asia 2015 di Australia bakal mendapat gambaran awal apabila majlis undian kelayakannya berlangsung di Melbourne, jam 3 petang ini.

Sejumlah 20 pasukan bakal diletakkan dalam empat balang disusun atur mengikut pencapaian setiap pasukan pada Piala Asia 2011 untuk dibahagikan kepada lima kumpulan dengan setiap kumpulan dianggotai empat pasukan.
Enam perlawanan secara timbal balik untuk setiap kumpulan itu bakal berlangsung pada 6 Februari, 22 Mac, 15 Oktober, 15 November dan 19 November 2013 serta 5 Mac 2014.