AKSI HARIMAU MALAYA

AKSI HARIMAU MALAYA :
PERSAHABATAN ; -
KELAYAKAN PIALA ASIA : 26

AKSI HARIMAU MUDA :

22 October 2012

BHARIAN - Skuad Kim Swee Juara

 
Pemain Malaysia merai kejayaan sambil memperaga trofi kejohanan selepas muncul juara Piala Newspaper menewaskan tuan rumah, Vietnam 1-0, malam tadi.Ahmad Hazwan wira tanduk masuk sepakan percuma


Kuala Lumpur: Kejayaan manis dan menakjubkan dicipta Ong Kim Swee serta skuad bawah 21 negara kendaliannya apabila muncul juara Kejohanan B-21 Thanh Nien, Piala Newspaper 2012 selepas menewaskan tuan rumah, Vietnam 1-0 semalam sekali gus membawa pulang piala dan hadiah AS$12,000 (RM37,000).

Ahmad Hazwan Bakri muncul wira apabila menanduk masuk sepakan percuma Nurridzuan Abu Hassan pada minit ke-57 di Stadium Pleiku, Gia Lai untuk memastikan kemenangan 1-0 ke atas tuan rumah yang turun sebagai juara bertahan. 



 “Pemain membuktikan keazaman mereka untuk menang,” kata Kim Swee ketika dihubungi semalam. “Mereka mempamerkan kerjasama berpasukan serta disiplin tinggi sepanjang perlawanan walaupun bermain tanpa lima tonggak utama.

“Kejayaan ini cukup manis kerana ia bukan saja menguji kemampuan fizikal pemain tetapi juga mental setiap daripada mereka apabila berdepan situasi getir begini. Saya ucapkan tahniah kepada pemain muda negara yang mempunyai misi besar mempertahankan emas Sukan SEA tahun depan.”

Izham penjaga gol terbaik

Walaupun hanya mempunyai 15 pemain menjelang final itu berikutan kecederaan lima tonggak utama – Syahrul Azwari Ibrahim, A Thamil Arasu, Ariff Farhan Md Isa, Fandi Othman dan Syazwan Tajudin – anak buah Kim Swee masih mampu melakar kemenangan pada edisi keenam kejohanan berkenaan.

Selain Hazwan, pujian harus diberikan kepada penjaga gol utama Harimau Muda, Izham Tarmizi Roslan yang banyak menyelamatkan percubaan bahaya tuan rumah dan memastikan kelebihan yang dimiliki kekal hingga wisel penamat. Izham turut dinobatkan penjaga gol terbaik kejohanan.
Perlawanan yang disaksikan lebih 20,000 penyokong tuan rumah itu bagaimanapun dicemari insiden membaling botol kepada pemain negara, Adam Nor Azlin ketika pemain itu sedang menerima rawatan di tepi padang.

No comments:

Post a Comment