AKSI HARIMAU MALAYA

AKSI HARIMAU MALAYA :
PERSAHABATAN ; -
KELAYAKAN PIALA ASIA : 26

AKSI HARIMAU MUDA :

24 October 2012

SINAR - Barisan Bayangan Harimau Malaya

Pemain Terbaik Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2012, Norshahrul gandingan serasi bersama Safee.
Safee masih lagi menjadi sandaran terbaik Harimau Malaya menjelang saingan Piala AFF Suzuki November depan.
Wan Zack Haikal antara peledak Harimau Muda mampu memberi saingan pada Piala AFF Suzuki.
Barisan bayangan Harimau Malaya
ZURAIMEE ZAINAL & AHMAD FAHMI ISMAIL
24 Oktober 2012
 
PERTAHANAN Kelantan, Rizal Fahmi Abd Rosid adalah pelatih ke-36 dipanggil Pengendali Harimau Malaya, Datuk K Rajagobal untuk persediaan Harimau Malaya mempertahankan kejuaraan Piala Suzuki AFF, bermula November depan.

Biarpun senarai pemain yang bakal menyarung jersi kebangsaan untuk misi penting masih belum diketahui sehingga skuad kebangsaan mengharungi tiga lagi perlawanan persahabatan antarabangsa A awal bulan depan menentang Vietnam di Hanoi (3 November) dan Thailand di Chiang Mai (7 November) serta Hong Kong di Shah Alam (14 November).

Namun, berdasarkan beberapa keputusan perlawanan persahabatan sebelum ini pengendali berusia 56 tahun itu dijangka bakal meletakan harapan kepada gandingan pemain Harimau Malaya dan Harimau Muda untuk mengisi kesebelasan utama skuad kebangsaan.

Ikuti analisis Sinar Harian barisan kemungkinan bakal ditampilkan menjelang perlawanan pembukaan pertama Kumpulan B, menentang Singapura pada 25 November depan diikuti Laos pada 28 November sebelum menentang Indonesia pada 1 Disember.

Posisi penjaga gol berkemungkinan masih disandarkan harapan kepada penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat yang beraksi cemerlang membantu The Red Warriors menjuarai Piala FA, Piala Liga Super dan Piala Malaysia sekali gus gelaran trebel pertama pasukan Negeri Cik Siti Wan Kembang berkenaan.

Untuk benteng pertahanan Harimau Malaya berkemungkinan besar Rajagobal akan menggunakan kombinasi pemain Harimau Malaya dan Harimau Muda, dengan mempertaruhkan dua jentera Harimau Muda A, Mohd Fadhli Mohd Shas dan Mahalli Jasuli serta Mohamad Aidil Zafuan Abd Razak dan Mohd Azmi Muslim (ATM).

Nadi paling penting mengerakkan jentera tengah Harimau Malaya bakal diisi dua pemain sayap lincah iaitu pemain Negeri Sembilan, S Kunalan (Negeri Sembilan) dan Gary Steven Robbat (Harimau Muda A) dibantu pakar sepakan percuma, Safiq Rahim (Selangor) diperkuatkan kelibat pemain Kedah, Amar Rohidan.

Jentera peledak pula tentunya Rajagobal bakal masih bersandarkan kepada pengalaman penyerang Pelita Jaya, Mohd Safee Mohd Sali dan Pemain Terbaik Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2012, Norshahrul Idlan Talaha.

Namun begitu, bekas pemain tengah sekitar tahun 80-an itu masih mempunyai pilihan untuk kesebelasan barisan kedua dengan menggunakan formasi 4-3-3 dengan mempertaruhkan penjaga gol Negeri Sembilan, Mohd Farizal Marlias mengemudi benteng terakhir negara.

Opsyen untuk jentera pertahanan pula berkemungkinan menggunakan khidmat pertahanan Terengganu, Muhammad Zubir Mohd Azmi yang digandingkan bersama dua pemain ATM, Irwan Fadzli Idrus dan Amiridzwan Taj Tajudin dibantu Mohamad Aidil memantapkan kubu Harimau Malaya.

Jentera tengah pula sandaran berkemungkinan diletakan kepada sayap pemain Felda United, Yong Kuong Yong yang dibantu Gary Steven Robbat dan Wan Zack Haikal Wan Nor (Harimau Muda A) diketuai Safiq Rahim.

Manakala penyerang Pahang, Azamuddin Mohd Akil atau Alex berkemungkinan digandingkan dengan pemain Kedah, Mohd Khyril Muhymeen Zambri untuk menggempur kubu lawan

No comments:

Post a Comment