AKSI HARIMAU MALAYA

AKSI HARIMAU MALAYA :
PERSAHABATAN ; -
KELAYAKAN PIALA ASIA : 26

AKSI HARIMAU MUDA :

29 April 2012

UTUSAN - Harimau Malaya Belasah Sri Lanka

Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN

SAFEE Sali menewaskan penjaga gol Sri Lanka, Weearsinghe Sinnath pada perlawanan persahabatan di Stadium Shah Alam, semalam namun jaringannya dibatalkan kerana ofsaid.
SHAH ALAM - Biarpun hanya beraksi selama 20 minit dan merupakan aksi pertamanya bersama skuda senior, pemain Harimau Muda A, Ahmad Hazwan Bakri menggegar di hadapan 5,000 penyokong di Stadium Shah Alam apabila mencipta hatrik untuk membantu Harimau Malaya membaham Sri Lanka 6-0 pada perlawanan persahabatan, semalam.

27 April 2012

METRO - Harimau Wajib Menang

Oleh Aziman Rosdi
aziman@hmetro.com.my

SKUAD Sri Lanka tiba di Kuala Lumpur semalam dengan penuh tanda tanya terhadap kekuatan pasukan yang dianggap kerdil dalam sukan bola sepak berbanding kriket yang menjadi sukan nombor satu negara itu.

Mengikut rekod, hanya kejuaraan di Kejohanan Persekutuan Bola Sepak Asia Selatan (SAFF) yang membabitkan Afghanistan, Bangladesh, Bhutan, India, Maldives, Nepal dan Pakistan pada 1995 menjadi kebanggaan Sri Lanka di pentas antarabangsa.

Namun ketika pasukan yang menghuni ranking ke-181 dunia itu tampak asing buat peminat tanah air, ketua jurulatih, Jang Jung pula pastinya mengetahui serba sedikit selok-belok bola sepak Malaysia.

Kehadiran Jang Jung bersama pasukannya semalam menandakan kembalinya bekas pemain import Perak pada musim 1990-1991 itu ke negara ini.

26 April 2012

KOSMO - Giliran City Uji Harimau Malaya

Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my





SUBAHAN (tengah) bersama Cafferky (dua dari kiri) dan Boon Wah (dua dari kanan) bergambar pada sidang akhbar pengumuman kedatangan City ke Malaysia di Hotel Palace of the Golden Horses, Seri Kembangan semalam.



SELEPAS Arsenal, semalam giliran Manchester City mengesahkan kedatangan mereka ke negara ini. City yang kali pertama hadir ke nagara ini dijadualkan menentang skuad kebangsaan kendalian Datuk K. Rajagobal pada aksi persahabatan di Stadium Nasional, Bukit Jalil, 30 Julai depan.
“Kami memilih Malaysia memandangkan negara ini memiliki ramai peminat-peminat bola sepak Liga Perdana England.

24 April 2012

SINAR - Harimau Malay Perlu Temu Pasukan Terbaik Baiki Ranking

                   
Tengku Abdullah
SKUAD bola sepak kebangsaan mampu memperbaiki ranking dalam Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (Fifa) sekiranya dapat menentang pasukan yang berkedudukan ranking lebih tinggi.

Namun, Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah, perkara itu tidak berlaku kerana pasukan yang lebih baik daripada skuad Harimau Malaya lebih berminat menentang pasukan lain yang
lebih baik untuk meningkatkan ranking mereka sendiri.

BHARIAN - Ranking Bukan Ukuran Tepat

Oleh Mohd Fitrie Muhamad
2012/04/24
Pasukan Bola Sepak Kebangsaan Sri Lanka (2011)
“KEDUDUKAN ranking bukan satu ukuran tepat mengenai Sri Lanka,” kata Datuk K Rajagobal, semalam.

Ketua jurulatih skuad Harimau Malaya itu mencetus firasat berkenaan menjelang cabaran menentang lawan berkenaan dalam siri persahabatan antarabangsa di Stadium Shah Alam, Sabtu ini.
Jelasnya, walaupun kedudukan Malaysia dalam ranking Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) lebih baik namun beliau enggan membuat sebarang rumusan awal mengenai pasukan lawan itu.

23 April 2012

METRO - Hazwan Teruja

Oleh Aziman Rosdi
aziman@hmetro.com.my

PELUANG penyerang muda negara, Ahmad Hazwan Bakri untuk tampil di pentas antarabangsa bersama skuad Harimau Malaya buat kali pertama kini terbuka luas apabila dia dipanggil menjalani latihan pusat kendalian Datuk K Rajagobal bagi persiapan menghadapi Sri Lanka, Sabtu ini di Stadium Shah Alam.

Pemain berusia 20 tahun itu mula mendapat perhatian Rajagobal selepas aksi cemerlangnya mengemudi jentera serangan Harimau Muda A dalam kempen Liga Singapura (Liga-S) musim ini.

 Biarpun teruja dengan peluang yang diberikan itu, Hazwan, bekas pemain Kuala Lumpur, sedar saingan untuk merebut tempat dalam kesebelasan utama bukan mudah jika dia tidak memberikan aksi terbaik.

“Ini kali pertama saya dipanggil untuk menjalani latihan bersama skuad kebangsaan dan saya rasa cukup bertuah diberikan peluang ini. “Bagi saya saingan merebut tempat bukan mudah kerana ramai penyerang yang bagus.

UTUSAN - Lawan Sri Lanka Jawab Ranking 156

 

PETALING JAYA - Tonggak pertahanan, Aidil Zafuan Radzak lebih gemar membiarkan aksi dan prestasinya dan rakan sepasukan di tengah padang terutama dalam menentang Sri Lanka, Sabtu ini, menjawab segala tanda tanya mengenai kemerosotan ranking dunia milik Harimau Malaya.

Katanya, kalangan peminat dan mereka yang sering mengikuti perkembangan bola sepak juga lebih arif bahawa ranking 156 sekarang tidak perlu dibimbangkan sangat apatah lagi setelah Malaysia kurang berpeluang bermain perlawanan persahabatan antarabangsa yang bermutu tinggi.

22 April 2012

BHARIAN - Safee Ghairah

NIAT penyerang sensasi negara, Safee Sali cuma satu - menjaringkan gol membantu skuad Harimau Malaya merakamkan kemenangan ke atas Sri Lanka dalam siri persahabatan antarabangsa pada 28 April ini.
Tambahan, dia berselera untuk kembali beraksi di gelanggang keramat iaitu di Stadium Shah Alam yang sudah lama tidak dijejaki selepas berpindah ke kelab Indonesia, Pelita jaya.
Bekas penyerang Selangor juga meminta peminat setia turun beramai-ramai ke gelanggang memberi sorakan padu kepada pasukan kebangsaan yang menagih sokongan untuk mendapat semangat baru mendaki semula ke tahap terpuji dalam ranking dunia.
Safee akan pulang ke tanah air, Khamis ini selepas Pelita Jaya bertemu Persela Lamongan, Selasa ini

BHARIAN - Kim Swee Geram Benteng Longgar

Oleh Rizar Mohd Noor
bhsukan@bharian.com.my
2012/04/22



PEMAIN Harimau Muda, Ahmad Hazwan (tengah) membuat percubaan ke arah gawang Balestier Khalsa FC dalam perlawanan Liga-S di Stadium Toa Payoh, kelmarin.AKSI lesu benteng pertahanan Harimau Muda mengundang rasa terkilan jurulatih, Ong Kim Swee selepas skuad bimbingannya tumpas 0-2 kepada Balestier Khalsa FC dalam saingan Liga Singapura di Stadium Toa Payoh, kelmarin. 

Pengendali skuad muda negara itu jelas kecewa selepas barisan pertahanan mudah leka mengakibatkan pasukan lawan bijak ambil kesempatan mencipta dua gol ketika penguasaan keseluruhan perlawanan jelas milik Harimau Muda yang begitu rakus mengasak ke kubu anak didik Darren Stewatr tetapi buntu menjaringkan gol.

19 April 2012

METRO - Harimau Muda Intai 3 Mata

Oleh Aziman Rosdi
aziman@hmetro.com.my
KAPTEN Harimau Muda A, Mahali Jasuli mengingatkan rakan sepasukan supaya tidak keciciran mata apabila menentang Balestier Khalsa, esok jika mahu terus memberi tekanan kepada pendahulu Liga Singapura (Liga-S), Brunei DPMM FC.
Jika berjaya meraih tiga mata penuh pada aksi di Stadium Toa Payoh itu, Harimau Muda A boleh memintas Balestier Khalsa yang kini menduduki tangga kedua dengan 18 mata, satu mata mengatasi barisan muda kendalian Ong Kim Swee.

Kedudukan Brunei DPMM juga boleh tergugat andai tewas buat kali pertama musim ini kepada Home United di Stadium Jalan Besar, esok kerana mereka kini hanya mengumpul 20 mata selepas 8 perlawanan.
“Balestier antara pasukan hebat dalam Liga Singapura tapi kami akan cuba memberi tentangan sengit kerana ini peluang terbaik memintas mereka dalam kedudukan liga.

“Kemenangan juga penting kerana kami tidak mahu jurang mata dengan pendahulu (Brunei DPMM) semakin jauh,” kata Mahali yang pulih daripada kecederaan pergelangan kaki kiri ketika beraksi bersama skuad Olimpik negara menentang Jepun pada 22 Februari lalu.

Mahali yang hanya beraksi 20 minit terakhir ketika menang 2-1 ke atas Woodlands Wellington, Ahad lalu berharap mendapat kepercayaan semula Kim Swee untuk membarisi skuad utama di posisi pertahanan kanan

18 April 2012

METRO - Misi Wan Zack

Oleh Azlan Muhammad Zain
azlanmz@hmetro.com

WAN ZACK...harap rakan sepasukan benam Sri Lanka.
WAN ZACK...harap rakan sepasukan benam Sri Lanka
KEMENANGAN perlu direalisasi skuad negara apabila menentang Sri Lanka dalam aksi persahabatan berstatus A di Stadium Shah Alam, Sabtu depan bagi ‘menggembirakan’ penyokong tempatan. ni kerana kemenangan terakhir diraih skuad kendalian Datuk K Rajagobal di pentas antarabangsa kira-kira 10 bulan lalu apabila menewaskan Taiwan, 2-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 29 Jun 2011.

Selepas itu penyokong dan peminat negara hanya disajikan keputusan seri dan kekalahan menentang Singapura (dua perlawanan), Australia, India (dua perlawanan) dan terakhir bangkit mengikat Filipina 1-1 pada Februari lalu.

17 April 2012

MSTAR - Khairul Fahmi Elak Jadi Artis Walaupun Dapat Tawaran Berlakon

Apek (kiri) menjadi model bersama-sama dengan Liuney (dua dari kanan) bagi produk SimplySiti Eau De Parfum. Foto AZLINA ABDULLAH
Oleh FERIDE HIKMET ATAK (feride@thestar.com.my)
KUALA LUMPUR: Penjaga gol pasukan bola sepak kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat (Apek) berjanji pada dirinya sendiri untuk tidak mahu menyertai bidang hiburan sama ada sebagai pelakon mahupun pengacara walaupun pelbagai tawaran diterimanya.

Apek,23, berkata, dia tidak berminat untuk mendalami bidang tersebut namun tidak kisah seandainya diberi tawaran untuk menjadi model iklan. "Saya bukannya artis dan tidak mahu jadi artis tetapi cukuplah sebagai seorang selebriti yang dikenali dalam bidang sukan.

PERSAHABATAN - Malaysia vs Sri Lanka

Perlawanan Persahabatan antara Harimau Malaya dengan skuad bola sepak Sri Lanka @ 28 April 2012 (Sabtu)

HARIMAU MALAYA
KEPUTUSAN TERKINI

MALAYSIA (6) vs SRI LANKA  (0)
                 Wan Zack (25,27) Hazwan (72,82, 92) Azzamudin (84)


Separuh masa pertama hanya dapat 2 gol menerusi pemain Harimau Muda di minit 25 dan 27, Sayang buat hero malaya kita Safee Sali tidak dapat menunjukan taringnya. Tiada sumbangan gol dari beliau. Pertukaran Jurulatih Rajagopal kepada Safee Sali dengan Hazwan, membuahkan hasil, apabila dalam masa semint dimasukkan dah menjaringakn go ke-3 diminit 79, 82 dan 92.. hatrik tuu  (mesti Jurulatih OKS tersenyum, apabila anak didik beliau 'menjadi; malam ini. Dan gol ke lima oleh pemain Pahang iaitu Azzamudin di  minit 84. Syabas HM mengaum terus mengaum.... auuuummm

BHARIAN - Sri Lanka Tumpuan Raja Bina Semangat Harimau

Oleh Wan Fakhrul Bakar
wanfakhrul@bharian.com.my


SAFEE turut dipanggil bertemu Sri Lanka pada 28 April ini.
JURULATIH kebangsaan, Datuk K Rajagobal tampak serius memburu kemenangan pada aksi persahabatan antarabangsa berstatus A menentang Sri Lanka di Stadium Shah Alam, 28 April ini apabila mengumumkan senarai 26 pemain dianggap terbaik, semalam.

Tanpa beberapa tonggak dari pasukan Kelantan dan Terengganu yang terbabit dengan Piala AFC seperti Khairul Fahmi Che Mat, Norshahrul Idlan Talaha, Muslim Ahmad dan Ashari Samsudin, pengendali berusia 56 tahun itu menyenaraikan 14 pemain yang tidak dipanggil ketika bertemu Sarawak, bulan lalu untuk latihan pusat bermula Jumaat ini.

Mereka termasuk kapten Pelita Jaya, Safee Sali, empat pemain Harimau Muda A - Fadhli Shas, Mahali Jasuli, Wan Zack Haikal Wan Nor dan Ahmad Hazwan Bakri serta dua pemain sayap berbakat dari Borneo - Ashri Chuchu (Sarawak) dan Rozaimi Abdul Rahman (Sabah).

“Pada Jun, kita ada tiga perlawanan berstatus A bertemu Filipina pada 1 Jun serta Singapura pada 8 dan 12 Jun. Jadi bertemu Sri Lanka ini, saya perlu mempunyai bayangan barisan terbaik menjelang tiga perlawanan itu. “Atas dasar itu, saya panggil juga empat pemain Harimau Muda A membentuk keserasian dan jurulatih Ong Kim Swee sedia lepaskan mereka untuk tidak beraksi bertemu Hougang United pada 27 April. Safee pula hanya akan bersama kita dua atau tiga hari sebelum bertemu Sri Lanka.

“Saya tak mahu beri alasan lagi, kita akan main untuk menang biarpun tanpa pemain dari Kelantan dan Terengganu. Fokus saya kini, hanya untuk bertemu Sri Lanka, tak mahu fikir hal-hal lain,” kata Rajagobal ketika dihubungi, semalam.

INFO: Senarai 26 pelatihPENJAGA GOL: Farizal Marlias (NS), G Jeevananthan (SEL), Sani Anuar Kamsani (SWK). PERTAHANAN: Fadhli Shas, Mahali Jasuli (HMA), Aidil Zafuan Radzak, Amiridzwan Taj Tajudin (ATM), Shahrom Kalam (PRK), Azmizi Azmi (KED), Helmi Remeli (PKNS), Asraruddin Putra Omar (SEL), Nizam Abu Bakar (FELDA). TENGAH: Safiq Rahim, K Gurusamy, Bunyamin Umar (SEL), Amar Rohidan (KED), S Kunanlan, Shahurain Abu Samah (NS), Ashri Chuchu (SWK), Rozaimi Abdul Rahman (SBH), Wan Zack Haikal Wan Nor (HMA). PENYERANG: Safee Sali (PJFC), Ahmad Hazwan Bakri (HMA), Ahmad Shakir Md Ali (NS), Azamuddin Akil (PHG), Faiz Subri (T-TEAM)

16 April 2012

BHARIAN - Harimau Muda Kembali Temui Sentuhan

Oleh Rizar Mohd Noor
bhsukan@bharian.com.my
2012/04/16
WAN Zack  (kanan) diasak pemain Woodlands Wellington FC, Armanizam Dolah pada perlawanan Liga Singapura  di Stadium Yishun, malam tadi.
WAN Zack (kanan) diasak pemain Woodlands Wellington FC, Armanizam Dolah pada perlawanan Liga Singapura di Stadium Yishun, malam tadi.
GARY Steven Robbat muncul wira buat Harimau Muda selepas dua gol menerusi sepakan penalti pada babak kedua memastikan Harimau Muda kembali menemui sentuhan kemenangan menewaskan Woodlands Wellingtons FC 2-1 dalam saingan Liga Singapura di Stadium Yishun, malam tadi.

KEPUTUSAN : Liga S : Harimau Muda 15 April 2012



15 April 2012

KOSMO - Kim Swee Tuntu Komitmen Pemain

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my
PEMAIN skuad Harimau Muda (jersi kuning) dituntut tampil dengan komitmen tinggi pada aksi menentang Wellington hari ini
KEMATANGAN serta komitmen pemain skuad Harimau Muda benar-benar ditagih pengendalinya, Ong Kim Swee menjelang pertemuan menentang Woodlands Wellington pada aksi Liga Singapura (Liga S) di Stadium Yishun, malam ini.
Menurutnya, aksi gugup pemain muda negara ketika menyaksikan rekod tanpa kalah mereka lebur di tangan Home United minggu lepas wajar diatasi segera.
Kim Swee juga percaya kekalahan itu bakal mencabar pemainnya supaya kembali bangkit memburu kemenangan ketika menentang Wellington kelak sekiranya berhasrat menamatkan saingan di tempat kelima Liga S musim ini.

12 April 2012

UTUSAN - Ranking Cecah Tahap Terburuk

MALAYSIA - 156 dunia!!
Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN
sukan@utusan.com.m
y

KUALA LUMPUR – Ranking pasukan bola sepak negara mengalami kejatuhan empat anak tangga iaitu ke-156 dunia dalam senarai terbaru Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), semalam.

Kedudukan itu adalah yang paling buruk sejak Januari lalu iaitu pada kedudukan 148, ke-150 pada Februari dan ke-152 bulan lepas.

Ranking terbaru itu juga menyaksikan kedudukan skuad Harimau Malaya lebih rendah berbanding Bangladesh (ke-152) dan Nepal (ke-149), yang dikenali tidak memiliki infrastruktur yang baik dalam sukan tersebut.

Kemerosotan ranking Malaysia berpunca daripada kekurangan perlawanan persahabatan antarabangsa melibatkan skuad kebangsaan.

11 April 2012

KOSMO - Kim Swee Belum Panik

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE



KATA orang, setiap musibah yang berlaku itu ada rahmatnya.Disebabkan pengendali Harimau Muda, Ong Kim Swee (gambar) enggan tergesa-gesa menekan butang panik meskipun rekod tanpa kalah mereka dalam saingan Liga Singapura (Liga S) lebur di tangan Home United malam kelmarin.
Dalam aksi di Stadium Yishun itu, Harimau Muda tewas 1-2 hasil jaringan Shotaro Ihata dan Frederic Mendy (ke-13, 61), manakala gol sagu hati skuad muda negara diledak Ahmad Hazwan Bakri pada minit ke-51.
Menurut Kim Swee, beliau percaya kekalahan itu bakal mematangkan pemainnya pada perlawanan akan datang sekiranya berhasrat mahu memastikan sasaran menamatkan saingan liga di tempat kelima musim ini tercapai.

06 April 2012

UTUSAN - Nazmi Mahu Perbaiki Prestasi


Nazmi Faiz
PUTRAJAYA - Pemain tengah skuad Harimau Muda, Muhamad Nazmi Faiz Mansor tekad mahu memperbaiki kelemahan pada saingan Liga Singapura musim ini.
Nazmi mengakui prestasinya ketika ini tidak berada pada tahap terbaik sehingga pernah menerima teguran daripada jurulatih Ong Kim Swee.
Menurut Nazmi, jurulatih telah memberikan peluang kepadanya beraksi dalam kesebelasan utama pada perlawanan lepas dan telah memanfaatkannya dengan baik.
"Sasaran peribadi sasaran saya pada musim ini dalam Liga Singapura adalah untuk menjaringkan gol sebanyak mana yang boleh agar dapat membantu pasukan berada dalam kelompok lima pasukan teratas.
"Memang saya akui prestasi saya sedikit menurun mungkin kerana terpaksa bersaing dengan pemain-pemain lain yang jauh lebih hebat," kata Nazmi.

05 April 2012

SINAR - Harimau Malaya Diuji Hujung Bulan Ini


Harimau Malaya
PETALING JAYA - Skuad bola sepak kebangsaan bakal diuji oleh sebuah negara luar dalam satu perlawanan persahabatan penghujung bulan ini sebagai persediaan awal mempertahankan Piala AFF Suzuki yang dimenangi di Indonesia pada 2010.
Ketua jurulatih Datuk K. Rajagobal ketika mengesahkan perkara itu bagaimanapun enggan menamakan negara berkenaan kerana Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) masih mengadakan rundingan dengan persatuan bola sepak negara itu.

"Perlawanan itu mungkin diadakan di sini namun saya tidak mahu dedahkan terlebih dahulu kerana FAM yang akan mengumumkannya selepas selesai rundingan," katanya kepada pemberita selepas pelancaran kempen "You're not you when you're hungry" oleh Snickers di sini hari ini.

03 April 2012

METRO - Kejayaan Harimau Muda Kekal Rekod Dicemburu

KEJAYAAN Harimau Muda mengekalkan rekod tanpa kalah selepas enam perlawanan pastinya mengundang rasa cemburu buat pencabar kejuaraan Liga Singapura (Liga-S) musim ini.

Selepas menewaskan Angkatan Tentera Singapura (SAF) 2-1 kelmarin, skuad kendalian Ong Kim Swee itu kini menduduki tangga kedua liga, berkongsi 14 mata dengan peneraju Brunei DPMM yang memiliki kelebihan jaringan.

Permulaan cemerlang barisan muda negara itu yang bersaing buat kali pertama dalam Liga-S musim ini mencetuskan harapan baru bahawa mereka memiliki potensi merebut kejuaraan biarpun hanya diwakili pemain Bawah 23 Tahun.

KOSMO - Kim Swee Mahu Lunas Janji

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my

WAN ZACK (kiri) terus konsisten menggegar gawang lawan dalam saingan Liga S setakat ini
DI sebalik kejayaan mengekalkan rekod kebal tanpa kalah dalam saingan Liga Singapura (Liga S) setakat ini, ada janji yang mahu dilunaskan pengendali Harimau Muda, Ong Kim Swee. Malam kelmarin, skuad muda negara yang berjaya mencatatkan kemenangan 2-1 ke atas Singapore Armed Forces di Stadium Choa Chu Kang kini berkongsi 14 mata dengan Brunei DPMM, yang kini menerajui takhta liga hasil perbezaan jaringan.

Malah, musibah kecederaan yang melanda pemain utama seperti kapten, Mahali Jasuli, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria, Irfan Fazail dan Affizie Faizal Mamat ketika ini juga tidak membimbangkan Kim Swee gara-gara kecemerlangan yang ditunjukkan pemain lain seperti Mohd. Azizan Nordin dan Shahrul Saad ketika membenam cabaran Armed Forces kelmarin.

BHARIAN - Kim Swee Tak Terdesak Dahului Liga-S

Oleh Rizar Mohd Noor
bhsukan@bharian.com.my
2012/04/03

‘Saya tak mahu pemain hilang tumpuan, bersifat megah ketika saingan masih panjang lagi’

ONG Kim Swee mentakrifkan enam perlawanan diharungi skuad Harimau Muda dalam kancah Liga Singapura setakat ini adalah pada kadar terpuji dan beranggapan ruang kemajuan sudah jelas terbayang. Kemenangan 2-1 ke atas Angkatan Tentera Singapura FC (SAF FC) tempoh hari menyaksikan skuad muda negara itu dipisahkan dengan perbezaan jaringan dengan pendahulu, Brunei DPMM FC yang masing-masing sudah mengutip 14 mata ketika ini.
 

02 April 2012

SUPER SAFEE - Komik Bola Terkini!!

Berita baik untuk mereka pengemar Komik dan Bola Sepak, kini sebuah komik baru dilancarkan iaitu Komik Super Safee.. (30 Mac 2012)

Mengisahkan perjalanan kisah hidup Safee Sali sebagai pemain bola sepak.. kira ala-ala buku komik Anak-Anak Sidek lee maca dulu-dulu.. Nak tahu lanjut beli le komik ni.. RM 6.90 saje.. keluaran pertama..

BUTIRAN LANJUT:
Super Safee #1: Kelahiran Bintang
oleh Froggypapa
Harga: RM 6.90 / RM 7.90
 Tarikh Terbit: 30 Mar 2012
Jumlah Muka Surat : 112

Penerbit: PTS Pop Sdn Bhd

SINOPSIS : Buat pertama kalinya, kehidupan pemain bola sepak Malaysia diabadikan dalam bentuk komik! Saksikan pelbagai kisah lucu, drama, seram(?) dan bermacam-macam lagi yang disedut daripada sudut kehidupan sebenar Safee Sali sejak kecil hingga berjaya menjadi bintang bola sepak negara.

Semua pendapatan daripada komik ini akan didermakan kepada pusat kebajikan. Semoga anda terhibur membaca komik ini.

01 April 2012

LIGA S - Keputusan Harimau Muda (1 April 2012)

LIGA S
KEPUTUSAN TERKINI...
(1 April 2012)
HARIMAU MUDA (2) vs ARMED FORCES (1)


Terbaik dan terus mengaum!!!!