Ahmad Fakri (kanan) ketika sidang media ditemani Faisal, semalam. Petaling Jaya: Penyerang kebangsaan, Ahmad Fakri Saarani akan menyertai kelab divisyen tiga Portugal, Atletico Sport Clube Reguengos sejurus selesai dengan tugasan bersama skuad Harimau Malaya pada Piala Suzuki AFF 2012, bulan depan.
Tawaran yang diterima itu sememangnya disambut positif dengan keinginan Fakri, 23, sendiri yang sudah lama mengimpikan peluang mengembangkan kerjaya bola sepak di luar negara, terutama Eropah.
“Memang sejak kecil, impian saya beraksi di luar dan peluang ini bagus untuk saya terus belajar meningkatkan lagi tahap permainan.
Saya akan berusaha 100 peratus membuktikan kemampuan.
“Keluarga turut memberi sokongan dan sementara saya masih bujang lagi, inilah peluang yang tidak patut dilepaskan.
“Saya sudah bersedia fizikal dan mental untuk beraksi di Portugal,” kata Fakri pada sidang media, petang semalam sejurus tiba dari Bangkok, Thailand.
Sementara itu, pengurus peribadi Fakri, Faisal Zakariah berkata, pemain kelahiran Kelantan yang dibesarkan di Perak itu ditawarkan kontrak enam bulan sehingga musim liga di Portugal berakhir, Mei depan.
“Memang Fakri turut ditawarkan ujian percubaan dengan SC Beira-Mar, kelab divisyen satu Portugal yang disertai Nazmi Faiz Mansor tetapi memandangkan usianya sudah 23 tahun dan mahu Fakri berada dalam kesebelasan utama, kami berasakan lebih baik dia beraksi di divisyen tiga,” kata Faisal.
Fakri yang membantu skuad B-23 negara memenangi pingat emas Sukan SEA 2009 dan 2011 pernah menyarung jersi Perak, Harimau Muda, Perlis, Negeri Sembilan dan FELDA United musim ini.

No comments:
Post a Comment