AKSI HARIMAU MALAYA

AKSI HARIMAU MALAYA :
PERSAHABATAN ; -
KELAYAKAN PIALA ASIA : 26

AKSI HARIMAU MUDA :

12 November 2012

SINAR - Rajagobal : Kita Perlu Menang

Rajagobal (tengah) bersama 50 anak peneroka Felda di Akademi Pembangunan Agrobank (ABADI), semalam. Turut kelihatan, pemilik Cardiff City, Datuk Chan Tien Ghee (dua, kanan).
Wartawan Sinar Harian
12 November 2012


MALAYSIA perlu menang dalam dua perlawanan persahabatan menentang Hong Kong dan Bangladesh bagi memulihkan semangat dan keyakinan pasukan menghadapi kempen mempertahankan kejuaraan Piala AFF Suzuki 2012.

Ketua jurulatih kebangsaan Datuk K Rajagobal bertekad menjadikan dua perlawanan itu sebagai medan kebangkitan semula skuad tersebut selepas kalah Vietnam (0-1) dan Thailand (0-2) dalam dua perlawanan persahabatan awal bulan ini.

Skuad Harimau Malaya akan menentang Hong Kong Rabu ini dan Bangladesh seminggu kemudian (20 November) di Stadium Shah Alam sebelum memulakan kempen Piala AFF Suzuki pada 25 November ini.

“Sudah tentu kita memerlukan kemenangan bagi meningkatkan moral dan keyakinan pemain,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah motivasi kepada 50 anak peneroka Felda di Akademi Pembangunan Agrobank (ABADI), semalam.

Mereka dipilih oleh 1Malaysia Cardiff City (1MCC) untuk menyertai lawatan sambil belajar ke Akademi Kelab Bola Sepak Cardiff City di Wales, United Kingdom dari 15 November hingga 4 Disember ini.

Pada masa yang sama, Rajagobal turut menepis tanggapan sesetengah pihak bahawa pemainnya tertekan berikutan persembahan hambar skuad Harimau Malaya dalam beberapa perlawanan persahabatan sebelum ini sehingga mengundang rasa tidak puas hati di kalangan peminat tempatan.

“Saya tidak beri tekanan kepada pemain namun saya akui kita tidak tunjukkan kualiti permainan yang boleh saya banggakan dalam beberapa perlawanan persahabatan sebelum ini,” katanya.

Beliau turut mengesahkan bahawa skuad akhir 22 pemain yang bakal menggalas cabaran negara mempertahankan kejuaraan Piala AFF Suzuki dijangka diketahui selewat-lewatnya 24 November ini.

Pada Kejohanan Piala AFF Suzuki, skuad kebangsaan, yang muncul juara pada edisi 2010 di Indonesia, telah diundi dalam Kumpulan B.

Mereka bakal berdepan Singapura pada 25 November, bertemu Laos pada 28 November sebelum melengkapkan aksi kumpulan menentang Indonesia pada 1 Disember.

Kesemua perlawanan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil.

No comments:

Post a Comment