AKSI HARIMAU MALAYA

AKSI HARIMAU MALAYA :
PERSAHABATAN ; -
KELAYAKAN PIALA ASIA : 26

AKSI HARIMAU MUDA :

12 December 2013

SUKAN SEA : Tugas Getir Harimau Muda

Nay Pyi Taw: Tugas lebih mencabar buat barisan penyerang negara pada pertemuan menentang Laos, esok dengan pengendali negara Datuk Ong Kim Swee membayangkan untuk menggunakan penyerang tunggal dengan misi mengutip tiga mata.

Penjaring gol pertama negara di Sukan SEA 2013, Rozaimi Abd Rahman dijangka kembali ke bangku simpanan dengan tiga pemain bakal menjadi pilihan mengetuai jentera serangan iaitu A Thamil Arasu, Izzaq Faris Ramlan dan Ahmad Hazwan Bakri.

Thamil dan Izzaq diturunkan pada pertemuan menentang Brunei kelmarin namun mereka belum menemui rentak apabila mensia-siakan beberapa peluang keemasan dengan Ahmad Hazwan memanaskan bangku simpanan.

“Saya akui perlu beraksi lebih baik lagi pada perlawanan menentang Laos namun kemenangan semalam memuaskan walaupun kami terlepas banyak peluang,” kata Thamil.
KIM Swee (dua dari kanan) bersama pemain pada sesi latihan di Stadium Paung Laung.

Dia gagal meletakkan namanya dalam senarai penjaring apabila mensia-siakan empat peluang keemasan sepanjang perlawanan.

“Saya kurang agresif semalam (kelmarin). Perlawanan menentang Laos kami perlu lebih fokus selain menurut arahan jurulatih.

“Laos adalah pasukan yang tidak boleh dipandang rendah kerana ketika bermain 10 pemain menentang Singapura, mereka mampu menjaringkan gol dan mencatatkan keputusan seri,” tambahnya.