AKSI HARIMAU MALAYA

AKSI HARIMAU MALAYA :
PERSAHABATAN ; -
KELAYAKAN PIALA ASIA : 26

AKSI HARIMAU MUDA :

30 April 2013

KOSMO : OKS Mula 'Bersuara'

Kim Swee mula 'bersuara'

SELEPAS sekian lama berdiplomasi, pengendali Harimau Muda, Ong Kim Swee akhirnya mula 'bersuara', lapor NAN HIDA- YAT NAN AZMIE.

Ternyata, kegagalan anak-anak buahnya melakar kemenangan sulung sepanjang 'berguru' di pentas Eropah kali ini tampak mengundang kerisauan beliau.

Terbaharu, skuad muda negara gagal menyaingi kehebatan kelab divisyen satu Hungary, FGSZ Siofok apabila tumpas 0-4 di Budapest minggu lalu.

19 April 2013

Harimau Malaya vs Barcelona 10 Ogos 2013 @ Raya Aidilfitri ke 3!

TENGKU Abdullah (dua dari kiri) menerima cendera hati daripada Rossich (dua dari kanan) selepas majlis pelancaran Jelajah Asia Barcelona 2013 di Petaling Jaya semalam.

Barcelona anggap 10 Ogos tarikh sesuai hadapi Harimau Malaya
KETUA Pegawai Eksekutif Barcelona, Antoni Rossich mendedahkan bahawa pihaknya tidak dapat mengelak untuk mengadakan perlawanan persahabatan menentang Harimau Malaya di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 10 Ogos depan.

Menurut Rossich, ia merupakan tarikh terbaik buat barisan pemain The Catalan untuk beraksi sempena Jelajah Asia Barcelona 2013 sebelum para pemainnya sibuk dengan tugasan bersama pasukan kebangsaan pada aksi kelayakan Piala Dunia 2014.

Begitupun, beliau tetap yakin bahawa penyokong-penyokong fanatik Barcelona bakal memenuhi stadium kelak meskipun menyedari perlawanan tersebut jatuh pada Hari Raya Aidilfitri ketiga.

Ini merupakan kunjungan pertama kelab gergasi Sepanyol itu ke Malaysia.

KOSMO : Harimau Muda Gagal Lunas Dendam

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my
IRFAN menjaringkan gol pembukaan Harimau Muda ketika tewas 2-3 kepada MSK Zilina kelmarin.

DENDAM Harimau Muda terhadap kelab Slovakia, MSK Zilina masih belum berbalas.

Selepas dikecewakan Zilina dengan kekalahan 1-4 sebelum ini, skuad kendalian Ong Kim Swee gagal menebus kekecewaan itu apabila sekali lagi tumpas 2-3 kepada lawan yang sama kelmarin.

Kekalahan itu juga menyaksikan skuad muda negara masih gagal memburu kemenangan sulung sepanjang 'berguru' di Eropah kali ini apabila dibelasah 1-7 oleh skuad bawah 21 tahun (B-21) Georgia, selain sekadar melakar keputusan seri 1-1 serta 0-0 dengan skuad B-19 Slovakia dan B-19 Norway sebelum ini.

05 April 2013

Harimau Muda Kalah Lagi (1-4)

KIM SWEE anggap kekalahan kepada MSK Zilina sebagai pengajaran berguna buat anak-anak buahnya.
Sumber : KOSMO
Hilang konsentrasi punca tewas

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE hidayat.azmie@kosmo.com.my
PERLU diperbaiki segera. Itu reaksi spontan pengendali Harimau Muda, Ong Kim Swee sejurus selepas skuadnya tumpas 1-4 kepada kelab Slovakia, MSK Zilina dalam satu aksi persahabatan di Zion semalam.

Selepas dibelasah 1-7 oleh skuad Bawah 21 tahun (B-21) Georgia minggu lalu, skuad muda negara dilihat gagal menebus kekecewaan itu biarpun kembali diperkuatkan dengan kehadiran semula tonggak pertahanan, Mohamad Fadhli Shas yang sebelum ini dipanggil memperkuatkan skuad kebangsaan mengharungi kempen kelayakan Piala Asia 2015.