KIM SWEE anggap kekalahan kepada MSK Zilina sebagai pengajaran berguna buat anak-anak buahnya. |
Sumber : KOSMO
Hilang konsentrasi punca tewas
Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE hidayat.azmie@kosmo.com.my
PERLU diperbaiki segera. Itu reaksi spontan pengendali Harimau Muda, Ong Kim Swee sejurus selepas skuadnya tumpas 1-4 kepada kelab Slovakia, MSK Zilina dalam satu aksi persahabatan di Zion semalam.
Selepas dibelasah 1-7 oleh skuad Bawah 21 tahun (B-21) Georgia minggu lalu, skuad muda negara dilihat gagal menebus kekecewaan itu biarpun kembali diperkuatkan dengan kehadiran semula tonggak pertahanan, Mohamad Fadhli Shas yang sebelum ini dipanggil memperkuatkan skuad kebangsaan mengharungi kempen kelayakan Piala Asia 2015.

Kim Swee memberitahu, kekalahan itu membuktikan pasukannya masih memiliki banyak kelemahan menjelang misi utama mempertahankan emas temasya Sukan SEA di Myanmar, Disember depan.
“Kesilapan ekoran kehilangan konsentrasi mengakibatkan kami dibolosi dengan tiga gol mudah.
“Kekalahan ini jelas membuktikan masih banyak kelemahan yang perlu diperbaiki Harimau Muda,” kata Kim Swee menerusi Twitter peribadinya semalam.
Untuk rekod, skuad muda negara juga sekadar melakar keputusan seri 1-1 dengan skuad B-19 Slovakia sebelum ini.
Siri ujian persahabatan itu merupakan medan pemanas badan skuad muda negara sepanjang berguru selama lima bulan di Slovakia sebagai persiapan awal mempertahankan pingat emas pada temasya Sukan SEA 2013.
Di sebalik kekalahan itu, Kim Swee mengakui gembira dengan perkembangan positif yang dipamerkan skuad muda negara.
“Secara keseluruhan, pergerakan bola dan hantaran pendek dari benteng pertahanan bertambah baik.
“Namun konsentrasi segelintir pemain dilihat harus diperbaiki,” katanya.
Selepas ini, skuad Harimau Muda dijadualkan bakal berdepan skuad B-19 Norway di Budapest esok.
Mereka yang bakal kembali ke tanah air sebelum Hari Raya Aidilfitri juga dijadualkan mengharungi Pestabola Merdeka, Ogos depan.
No comments:
Post a Comment