AKSI HARIMAU MALAYA

AKSI HARIMAU MALAYA :
PERSAHABATAN ; -
KELAYAKAN PIALA ASIA : 26

AKSI HARIMAU MUDA :

15 November 2013

Kelayakan Piala Asia 2015 : BAHRAIN vs MALAYSIA

Misi sukar Harimau

Skuad Raja tempang, 6 tonggak utama cedera pada aksi kedua bertemu Bahrain, malam ini

Kuala Lumpur: Adakah aksi sama mampu dijelmakan barisan pemain Harimau Malaya ketika bertindak cemerlang dalam perlawanan pertama Kelayakan Piala Asia 2015 apabila mengikat Bahrain 1-1 di Stadium Shah Alam, bulan lalu pada perhitungan kedua di Manama, malam ini?

Di atas kertas mungkin tidak kerana ketika perlawanan pertama itu pengendali skuad kebangsaan, Datuk K Rajagobal memiliki barisan terbaik, tetapi kali ini enam pemain tonggaknya, Aidil Zafuan Abdul Radzak, Safiq Rahim, S Kunanlan, Amirizwan Taj Tajudin, Fadhli Shas dan Mohd Razman Roslan, mengalami kecederaan.

Cabaran sukar
Kunanlan dan Razman cedera buku lali manakala yang lain dihimpit masalah kecederaan lutut. Harimau Malaya pula terpaksa beraksi di gelanggang lawan - Stadium Nasional Manama yang tentunya cabarannya lebih menyukarkan. Dengan menduduki tangga ketiga Kumpulan D selepas mengumpul empat mata, pastinya memberi lebih tekanan kepada pemain lebih-lebih lagi perlawanan itu menjadi aksi ‘hidup mati’ buat skuad negara.

Apapun jika berjaya meraih tiga mata - ia mampu mengekalkan skuad negara di landasan terbaik untuk merebut satu slot ke pusingan akhir Piala Asia 2015 di Australia.