AKSI HARIMAU MALAYA

AKSI HARIMAU MALAYA :
PERSAHABATAN ; -
KELAYAKAN PIALA ASIA : 26

AKSI HARIMAU MUDA :

23 July 2013

HM - Jadual Perlawanan HM Sebelum Persiapan Piala Asia 2015

Jadual perlawanan persahabatan skuad Harimau Malaya bagi persiapan menentang Bahrain dalam kelayakan Piala Asia:

16 Julai: Malaysia 0-0 Chonburi FC (Thai Premier League)
21 Julai: Malaysia 1-4 Chelsea (English Premier League)
25 Julai: Malaysia 0-2 Shimizu S-Pulse (J-League)
28 Julai: Malaysia 0-5 Shonan Bellmare (J-League)
31 Julai: Malaysia 0-5 Tokyo Verdy (J-League)
10 Ogos: Malaysia vs FC Barcelona (La Liga)

FIFA international friendly Match:

14 Ogos: Malaysia vs Chinese Taipei
10 Ogos: Malaysia UAE

Kelayakan Piala Asia 2015:

Malaysia vs Bahrain
15 Oktober 2013
8.45mlm
Stadium Shah Ala

17 July 2013

RESULT : Malaysia lawan Chonburi FC

Berikut adalah keputusan perlawanan persahabatan skuad Harimau Malaya menentang menentang kelab Thailand, Chonburi FC, di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Selasa (16/7/2013)
live results malaysia vs chonburi fc friendly match keputusan malaysia vs chonburi fc 16 julai 2013
Harimau Malaya (Malaysia) vs Chonburi FC (Thailand)
Perlawanan ini turut dilihat sebagai persiapan skuad bimbingan jurulatih K.Rajagobal menjelang aksi persahabatan menentang Chelsea pada Ahad ini 21 Julai 2013
 Malaysia (0) vs (0) Chonburi FC

16 July 2013

SINAR : Skuad Harimau Muda A tewas kepada Kanada 1-3

KAZAN, (Rusia) - Skuad Harimau Muda A menutup tirai perlawanan temasya Sukan Universiti Dunia (Universiade ke-27) dengan menduduki tempat kelapan selepas disingkirkan Kanada, dengan kekalahan 1-3.

Pada perlawanan penentuan klasifikasi ketujuh dan lapan di Stadium Trudovye Rezervy menyaksikan kedua-dua pasukan mempamerkan permainan seimbang, namun percubaan skuad Harimau Muda menerusi sepakan kapten pasukan Mohd Irfan Fazail di depan pintu gol pada minit ke-13 gagal, disempurnakan.

Skuad Harimau Muda terus mengasak permainan dengan membuka jaringan pertama oleh D.Saarvindran di dalam kotak penalti pada minit ke-27.

Bagaimanapun Kanada menyamakan kedudukan 1-1 menerusi sepakan penalti oleh Marco Thomas Visintin pada minit ke-39 selepas pemain negara Reuben mengasari pemain lawan.

Tiga minit awal babak kedua perlawanan bermula menyaksikan Kanada menambah gol kedua menerusi jaringan pemain Matthew Medoruma selepas menewaskan penjaga gol negara Mohd Farhan Abu Bakar.

 Bagaimanapun percubaan Saiful Ridzuwan Selamat untuk menyamakan kedudukan gagal apabila sepakannya tersasar keluar daripada pintu gol lawan pada minit ke-72.

Kemudian pemain lawan Mario Kovacevic memberikan kedudukan selesa buat Kanada dengan jaringan ketiga pada minit ke-82.

Secara keseluruhan prestasi skuad bola sepak universiti negara menunjukkan peningkatan apabila menghuni tempat kelapan daripada 15 pasukan yang mengambil bahagian sekali gus memperbaiki kedudukan edisi Universiade 2011 di Shenzen.

Pada Universiade 2011, Malaysia menduduki tempat ke-12 daripada penyertaan 16 pasukan. - Bernama

15 July 2013

METRO : Harimau Muda A tewas di tangan Ireland di Kazan

PENENTUAN TEMPAT KE-5-6 - Gagal (Kalah Dgn Ireland)
CUBAAB TEMPAT KE 7-8 - HM Lawan Kanada / Ukraine

__________________________________

KAZAN (Rusia): Ireland menyingkirkan Harimau Muda A menerusi sepakan penalti selepas tamat perlawanan sebenar penentuan kedudukan kelima hingga kelapan di temasya Sukan Universiti Dunia (Universiade ke-27) yang berlangsung di Stadium Trudovye Rezervy.

Kedua-dua pasukan terikat pada kedudukan seri 1-1 sehingga menyebabkan
perlawanan terpaksa ditentukan menerusi sepakan penalti yang menyaksikan Ireland menewaskan Harimau Muda A, 5-4.

11 July 2013

METRO - Hanya berlatih sendiri

Kuala Lumpur: Hasrat untuk menyaksikan Harimau Malaya mengadakan sekurang-kurangnya satu aksi persahabatan antarabangsa dalam sesi latihan kali ini tidak kesampaian apabila tiada pasukan yang mampu memenuhinya.

Pengurus skuad negara Datuk Subahan Kamal menjelaskan usaha untuk mendapatkan Myanmar, Laos dan Kemboja sebagai persediaan menentang Chelsea FC pada 21 Julai nanti tidak kesampaian kerana negara berkenaan mempunyai perancangan tersendiri dan sukar memenuhi permintaan skuad negara.

“Bukannya mereka tidak mahu mengadakan perlawanan menentang skuad negara namun semua harus sedar ia bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilaksanakan. Kami terpaksa akur seandainya permintaan kita untuk mengadakan perlawanan persahabatan tidak terima,” katanya.

Kegagalan perlawanan antarabangsa untuk sesi latihan hampir sebulan bermula esok menyaksikan anak buah jurulatih Datuk K Rajagobal akan menentang kelab Thailand, Chonburi FC (16 Julai) sebagai galang ganti untuk persediaan menentang Chelsea FC sebelum kunjungan ke negara Matahari Terbit menentang dua kelab utama Jepun yang beraksi di (Liga Jepun) J-League iaitu Shimizu S Pulse (25 Julai), Shonan Bellmare (27 Julai) dan satu kelab bahagian dua J-League pada 31 Julai sebelum kembali ke tanah air menentang FC Barcelona pada 10 Ogos.


Skuad negara sebelum ini mendapat perhatian ramai apabila mengadakan tiga aksi persahabatan menentang kelab bahagian dua di Australia dengan laporan yang mengatakan salah sebuah pasukan berkenaan menggunakan pemain sambilan

HM - Suku Akhir Bolasepak Universiti Dunia -12 July 2013

Suku Akhir Bolasepak Universiti Dunia (12 July)

France vs Republic Ireland
Japan vs MALAYSIA
Russia vs Canada
Great Britain vs Ukraine

SINAR :Harimau Muda A mara suku akhir

Kim Swee masih menaruh keyakinan kepada anak buahnya sepanjang tempoh perguruan di Eropah.
SKUAD Harimau Muda A berjaya mara ke suku akhir temasya Sukan Universiti Dunia ke-27 (Universiade 2013) setelah Itali hanya mencatat kemenangan 1-0 kepada Britain dalam perlawanan ketiga Kumpulan C malam tadi.

Keputusan itu membolehkan pasukan bimbingan Ong Kim Swee muncul naib juara kumpulan C di belakang Britain selepas mempunyai kelebihan jaringan gol bagi mengiringi pasukan itu ke suku akhir.

Ketiga-tiga pasukan terikat dengan tiga mata namun perbezaan jaringan membezakan mereka. Malaysia sebelum ini memulakan saingan dengan baik apabila menewaskan Itali 2-0 sebelum tunduk 0-2 kepada Great Britain pada aksi kedua.

Bagaimanapun, Malaysia menang percuma pada jadual perlawanan ketiga hari ini dengan ketiadaan Algeria.  Pada perlawanan suku akhir Jumaat ini, Malaysia akan berdepan dengan juara bertahan Jepun di Stadium Trudovye Rezervy di sini pada pukul 5 petang waktu tempatan (9 malam waktu Malaysia).

09 July 2013

SINAR - Harimau Muda A tewas 0-2 kepada Great Britain

 8 Julai 2013

KAZAN, (Rusia) - Pasukan Harimau Muda A tewas kepada Great Britain 0-2 pada perlawanan kedua peringkat kumpulan di Stadium Olymp, Kazan hari ini.

Sebelum ini, mereka mencatat kemenangan mengejut ke atas Itali 2-0 pada saingan peringkat kumpulan C, Jumaat lepas.

Pada perlawanan itu, skuad bimbingan Ong Kim Swee ketinggalan satu gol apabila James Philip Aldred membolosi gawang Malaysia pada minit ke-18 selepas menyudahkan hantaran rakan sepasukannya, Sammy Andrew Macvicar.

Babak kedua perlawanan menyaksikan pasukan negara terus diasak dengan gol kedua menerusi Alex James Dyer pada minit ke-48.

08 July 2013

UTUSAN : Harimau Muda lakar kejutan benam Itali 2-0



KAZAN, Rusia - Harimau Muda A membuat kejutan apabila meraih kemenangan pertama menundukkan Itali 2-0 pada perlawanan pertama peringkat kumpulan di temasya Sukan Universiti Dunia (Universiade) ke-27, di sini, kelmarin.

Walaupun Itali dibarisi tujuh pemain yang beraksi pada kejohanan Euro Bawah 21 tahun di Israel baru-baru ini, ia tidak menggentarkan semangat pemain Harimau Muda yang berjaya memecahkan kebuntuan gol melalui A.Thamil Arasu pada minit ke-20 selepas bijak melepasi dua pemain pertahanan lawan sebelum meledak masuk bagi meletakkan Malaysia di hadapan.

Pada babak kedua perlawanan, lima pemain negara dilayangkan kad kuning, yang menambah ketegangan kedua-dua pasukan sehingga kad merah pertama dilayang kepada pemain Itali, Andrea Settembrini kerana mengasari pemain negara D. Saarvindran pada minit ke-67.