AKSI HARIMAU MALAYA

AKSI HARIMAU MALAYA :
PERSAHABATAN ; -
KELAYAKAN PIALA ASIA : 26

AKSI HARIMAU MUDA :

15 July 2013

METRO : Harimau Muda A tewas di tangan Ireland di Kazan

PENENTUAN TEMPAT KE-5-6 - Gagal (Kalah Dgn Ireland)
CUBAAB TEMPAT KE 7-8 - HM Lawan Kanada / Ukraine

__________________________________

KAZAN (Rusia): Ireland menyingkirkan Harimau Muda A menerusi sepakan penalti selepas tamat perlawanan sebenar penentuan kedudukan kelima hingga kelapan di temasya Sukan Universiti Dunia (Universiade ke-27) yang berlangsung di Stadium Trudovye Rezervy.

Kedua-dua pasukan terikat pada kedudukan seri 1-1 sehingga menyebabkan
perlawanan terpaksa ditentukan menerusi sepakan penalti yang menyaksikan Ireland menewaskan Harimau Muda A, 5-4.


Penjaga gol Ireland Niall Corbert menggagalkan sepakan penalti kapten

pasukan negara, Mohd Irfan Fazail dan Muhammad Ferris Danial Mat Nasir manakala
penjaga gawang Malaysia Mohd Farhan Abu Bakar turut menyelamatkan sepakan penalti pemain lawan, Jonathan Addis.

Terdahulu, perlawanan antara kedua pasukan menyaksikan skuad bola sepak
universiti negara menguasai permainan pada separuh masa pertama dengan Syarul
Azwari Ibrahim hampir membolosi gawang lawan pada minit ke-17 namun percubaannya
tersasar.

Perlawanan separuh masa pertama tamat dengan keputusan seri 0-0.

Babak kedua menyaksikan pemain negara K.Reuben mengasari pemain lawan dan
memberikan sepakan penalti yang sekali gus menghadiahkan gol pertama buat
Ireland pada minit ke-63 menerusi Correy Davidson.

Malaysia mengikat Ireland 1-1 menerusi rembatan cantik oleh Saarvindran di
luar kotak penalti pada minit ke-69.

Harimau Muda dijadual menentang Kanada atau Ukraine bagi penentuan kedudukan
ketujuh dan kelapan pada Selasa ini. - Bernama

No comments:

Post a Comment