AKSI HARIMAU MALAYA

AKSI HARIMAU MALAYA :
PERSAHABATAN ; -
KELAYAKAN PIALA ASIA : 26

AKSI HARIMAU MUDA :

22 November 2011

SYABAS MALAYSIA - Juara Emas Bola Sepak Sukan SEA 21011


Sukses! Sukses! Sukses! Sukses! Sukses! Harimau Malaya atas perjuangan tinggi untuk mempertahankan Pingat Emas dalam acara bola sepak Sukan Sea 2011 di Jakarta malam tadi. Cukup mendebarkan perlawanan akhir ini yang berlangsung dalam 120 minit dan ditentukan dengan sepakan penalti.. Peh!! memang mantap dan  rasa bangga atas usaha skuad OKS - Harimau Malaya ini.. ysememangnya layak sebagai skuad terbaik di Asia Tenggara.
Berita penuh @ Utusan Malaysia 22.11.2011: 
JAKARTA - Tiada apa yang lebih sempurna daripada merangkul pingat emas Sukan SEA; ‘ibu’ kepada segala pingat sebagai penutup tirai temasya kali ke XXVI buat kontinjen Malaysia.
Setelah berjuang habis-habisan di Stadium Gelora Bung Karno untuk lebih dua jam, skuad Harimau Muda kebanggaan kita memakbulkan harapan setiap rakyat Malaysia yang menyaksikan kelibat mereka di kaca televisyen malam tadi.
Tidak mengapa kita ketinggalan pada awal permainan.
Wira-wira kita tidak mengalah, sebaliknya mereka bangkit dengan segera untuk menyamakan kedudukan dan seterusnya mengawal permainan, sekali gus membuatkan kira-kira 100,000 penyokong fanatik tuan rumah terdiam.
Bermula dari saat itu, perlawanan berlangsung agak seimbang menyaksikan kedua-dua pasukan buntu mencari gol pada waktu sebenar permainan, malah 30 minit tambahan pun tidak berkesudahan.
Setiap kali penjaga gol sensasi kita, Khairul Fahmi Che Mat diperlukan, dia tidak pernah mengecewakan dan semalam dia membuktikan keupayaannya sekali lagi, komitmen yang sering kali ditunjukkannya apabila dengan tenang menyelamatkan sepakan penalti Ferdinan Sinaga.
Dan ketua pasukan, Baddrol Bakhtiar; salah seorang anggota skuad yang menjuarai temasya Vientianne dua tahun lalu melaksanakan tugasnya untuk mempertahankan pingat emas buat kali pertama sejak 1979 yang mana ketika itu turut dilakar di Jakarta.
Tangisan para penyokong Laskar Garuda adalah difahami. Bukan saja tewas di bumi sendiri, malah sudah dua dekad tidak mengecapi kejayaan sejak mereka menang di Manila 1991.
Indonesia mungkin telah meraih 170 pingat emas (setakat pukul 12 tengah malam semalam dan jumlah itu dijangka terus bertambah pada hari terakhir hari ini), namun terlepas pingat emas bola sepak sudah tentu sesuatu yang mendukacitakan. Andai mampu merangkul 200 emas sekali pun, luka mereka tidak akan terubat.

Syabas sekali lagi, semoga sukses selalu!!!

26 July 2011

SOKONG - Ayuh Harimau Malaya!!


Ayuh Skuad Harimau Malaya kasi gegar Bukit Jalil (SNBJ) bagi mengharungi perlawanan kedua menentang Singapura. Lupakan kekalahan 3-5 minggu lalu, kita kasi gegar dengan jaringan yang banyak untuk mara ke pusingan ke-3 kelayakan Piala Dunia bagi Zon Asia. Skuad bola sepak kebangsaan Malaysia ini mampu mengaum, jangan mengaku kalah sebelum berjuang!!
Kepada pemain ke-12 negara, iaitu penyokong-penyokong ayuh le beri sokongan yang padu (jangan bila menang je nak beri sokongan).. Marilah bersama-sama kita ke Stadium Bukit Jalil pada malam Khamis ini (28 Julai 2011) kasik penuh itu stadium, kepada yang tidak berkesempatan, moh kita tengok kat depan tv (siarang langsung @ rtm & astro arena) dengan memakai jersi biru @ kuning/hitam.. auuummmm!!

04 July 2011

SYABAS - Harimau Malaya


SYABAS!! Harimau Malaya mengaum lagi. Malaysia mara ke pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014 berdasarkan peraturan kelebihan gol di tempat lawan sekalipun tewas 2-3 kepada Taiwan, semalam. Dengan agregat yang terikat 4-4, dua gol yang dijaringkan di Stadium Perbandaran Taipei sudah cukup untuk meletakkan skuad Harimau Malaya menempah pertemuan seterusnya dengan Singapura pada 23 Julai ini. Syabas dan tahniah juga kepada skuad Harimau Muda, untuk kelayakan Olimpik juga telah mara ke peringkat seterusnya. Kedua-dua skuad ini telah menempa sejarah layak ke peringkat seterusnya sejak bertahun-tahun gagal. Semoga terus Sukses dan  Semangat Sentiasa. 
Saksikan kedua-dua gol jaringan yang disifatkan jaringan terbaeeek.. Jaringan pertama oleh Aidil Zafuan:
Jaringan ke-2 oleh Ketua Pasukan : Safiq Rahim


02 May 2011

SAFEE SALI - 55



Sumber Blog: SUKSES 5S:
KyRe@tiF minat dan sokong penuh dengan skuad bola sepak kebangsaan, Harimau Malaya.. dan penyerang kebangsaan yang palingSensasi adalah si Safee Sali Kini beliau bermain sebagai penyerang untuk pasukan Pelita Jaya Indonesia, merupakan pemain bola sepak Malaysia yang pertama bermain di Liga Super Indonesia. Minggu lepas beliau ada balik Malaysia untuk bercuti kejap. Yang menariknya di kelab Pelita Jaya, dia memakai jersi bernombor 55 (tak tahu le pulak dalam bola sepak no. jersi boleh sampai banyak itu, ingatkan 1 hingga 24 sahaja, hi4)..sebab apa no. 55? kerana 55 adalah SS (Safee Sali), nasib baik tak 5S! hahaha. Dan sehingga kini pencapaian beliau amat membanggakan kerana telah mejaringkan 5 gol bagi 8 perlawanan!. bagus..teruskan tak cukup 5 gol sahaja. Ok lah Safee Sali, SemangatSentiasa Semoga Sukses Sumbat Score Sebanyaknya!