AKSI HARIMAU MALAYA

AKSI HARIMAU MALAYA :
PERSAHABATAN ; -
KELAYAKAN PIALA ASIA : 26

AKSI HARIMAU MUDA :

30 April 2013

KOSMO : OKS Mula 'Bersuara'

Kim Swee mula 'bersuara'

SELEPAS sekian lama berdiplomasi, pengendali Harimau Muda, Ong Kim Swee akhirnya mula 'bersuara', lapor NAN HIDA- YAT NAN AZMIE.

Ternyata, kegagalan anak-anak buahnya melakar kemenangan sulung sepanjang 'berguru' di pentas Eropah kali ini tampak mengundang kerisauan beliau.

Terbaharu, skuad muda negara gagal menyaingi kehebatan kelab divisyen satu Hungary, FGSZ Siofok apabila tumpas 0-4 di Budapest minggu lalu.

Ia merupakan kekalahan keempat Harimau Muda sepanjang berada di Eropah kali ini selepas tewas sebanyak dua kali dalam dua pertemuan dengan kelab Slovakia, MSK Zilina (1-4 dan 2-3) selain dibelasah 1-7 oleh skuad bawah 21 tahun (B-21) Georgia.

Selain itu, taring Harimau Muda juga tampak tumpul apabila sekadar melakar keputusan seri 1-1 dengan skuad B-19 Slovakia serta terikat tanpa jaringan ketika berdepan skuad B-19 Norway sebelum ini.

"Tewas 0-4 kepada FGSZ Siofok membuktikan Harimau Muda belum berada pada tahap yang meyakinkan.

"Kesilapan individu yang kerap berulang juga amat mengecewakan," kata Kim Swee menerusi Twitter peribadinya baru-baru ini.

Justeru, Kim Swee menuntut kebangkitan anak-anak buahnya ketika mengharungi beberapa aksi persahabatan lagi di sana selepas ini.

"Pada peringkat tertinggi, setiap kesilapan pasti dihukum.

"Pemain harus sedar bahawa setiap pasukan yang dihadapi di Eropah berada pada tahap yang berbeza," jelas Kim Swee.

Untuk rekod, siri ujian persahabatan itu merupakan medan pemanas badan skuad muda negara sepanjang berguru selama lima bulan di Slovakia sebagai persiapan awal mempertahankan pingat emas pada temasya Sukan SEA 2013 di Myanmar penghujung tahun ini.

Mereka dijangka mengadakan beberapa ujian persahabatan lagi di sana selepas ini apabila hanya kembali ke tanah air sebelum Aidilfitri.

Selain dijadualkan mengharungi Pestabola Merdeka (Ogos), Harimau Muda juga membawa cabaran negara dalam temasya Sukan Universiti Dunia (Universiade) 2013 di Kazan, Rusia dari 6 hingga 17 Julai depan.

No comments:

Post a Comment