AKSI HARIMAU MALAYA

AKSI HARIMAU MALAYA :
PERSAHABATAN ; -
KELAYAKAN PIALA ASIA : 26

AKSI HARIMAU MUDA :

29 November 2012

BHARIAN - Kembali Mengaum!

Oleh Syed Riduan Ahmad, Mohd Fitrie Muhamad, dan Wan Fakhrul Bakar
 
Safiq Rahim (kiri) dan rakan meraikan gol pertama Harimau Malaya menentang Laos pada saingan Kumpulan B Piala Suzuki AFF di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi. - Foto REUTERSMalaysia mesti menang temu Indonesia untuk ke separuh akhir

Kuala Lumpur: Pengendali skuad kebangsaan, Datuk K Rajagobal tidak mahu terlalu gembira dengan kemenangan 4-1 ke atas Laos malam tadi, sebaliknya mahu memberi tumpuan kepada perlawanan terakhir Kumpulan B menentang Indonesia, Sabtu ini.

“Pemain melaksanakan tugas mereka malam ini (semalam), tetapi masih ada yang perlu diperbaiki menjelang pertemuan dengan Indonesia nanti,” kata Rajagobal semalam.

“Pertukaran dalam kesebelasan utama membawa hasil, pujian harus diberikan kepada Shakir Shaari yang beraksi cemerlang di bahagian tengah.

“Norshahrul (Idlan Talaha) yang tetap mahu diturunkan walaupun mengalami sedikit masalah di bahagian telinga, juga mempamerkan aksi terbaiknya malam ini.”

Rajagobal turut memuji kedua pemain sayapnya, S Kunanlan dan Wan Zack Haikal Wan Nor yang kerap kali mencipta peluang menerusi larian kencang dan hantaran-hantaran cantik ke depan gawang lawan.

"Sekarang kita perlu lupakan kemenangan ini dan memberi tumpuan kepada perlawanan menentang Indonesia," kata Rajagobal yang mengharapkan sokongan padu terus diberikan kepada pasukan kebangsaan.
Malaysia bangkit merakam kemenangan selepas tewas kepada Singapura 3-0 dalam perlawanan pertama Ahad lalu yang mengundang kritikan daripada peminat

1 comment:

  1. Alhamdulillah kita mampu realisasikannya..perlu ada komitmen dalam menentukan turun naik sesuatu pasukan itu. Jangan lupa diri dan gah dalam berkata2 tetapi bukalah minda dan nilaikan bersama. Kami rakyat Malaysia sentiasa menyokong Harimau Malaya. Kerana itulah tanah tumpah negara kami.

    ReplyDelete