SAFEE (jersi biru) menjaringkan gol pembukaan Malaysia pada aksi menentang Hong Kong di Stadium Shah Alam malam kelmarin. |
Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my
PERSEMBAHAN skuad Harimau Malaya semakin membimbangkan menjelang kempen Piala AFF Suzuki 2012.
Selepas sekadar mencatatkan keputusan seri 1-1 ketika menentang Hong Kong dalam satu aksi persahabatan antarabangsa di Stadium Shah Alam kelmarin, skuad kendalian Datuk K. Rajagobal yang membariskan 'skuad impian' masih belum mempamerkan aksi memberangsangkan.
Kurang dua minggu sahaja lagi sebelum menentang Singapura pada aksi pertama Kumpulan B Piala AFF Suzuki, bekas jurulatih Selangor itu harus memperbaiki setiap kelemahan dan kepincangan yang ada dalam pasukan bimbingannya itu dengan kadar segera.

Jika persembahan skuad Harimau Malaya ketika menentang Hong Kong dijadikan sebagai penanda aras, peluang skuad negara untuk mempertahankan kejuaraan Piala AFF Suzuki dilihat semakin berada dalam keadaan yang membimbangkan.
Justeru, pengendali berusia 50 tahun itu menuntut komitmen barisan pemainnya dalam usaha melakukan sesuatu menjelang pertemuan menentang Bangladesh di stadium yang sama pada 20 November ini.
Katanya, beliau berharap skuad kendaliannya dapat menutup segala kelemahan sebagai persiapan terakhir menghadapi Piala AFF Suzuki.
“Piala AFF Suzuki 2012 bukan senang dan saya pasti cabarannya lebih sengit pada kali ini.
“Saya mahu anak-anak buah saya berusaha dengan lebih keras untuk memperbaiki setiap kelemahan.
“Satu keputusan yang sangat mengecewakan ketika menentang Hong Kong biarpun kita mendahului satu gol menerusi Safee Sali. Sepatutnya kita terus mengekalkan corak serangan.
“Tetapi, ia tidak menjadi namun ia bagus buat saya untuk melihat karakter pemain, Memang saya akui ada segelintir daripada mereka mempamerkan aksi yang begitu mengecewakan,” kata Rajagobal pada sidang akhbar selepas perlawanan itu, malam kelmarin.
Mengulas lanjut, Rajagobal menuntut agar kesilapan itu tidak berulang di pentas Piala AFF Suzuki selain mahu barisan pemainnya belajar daripada apa yang mereka lalui dalam beberapa aksi persahabatan sebelum ini.
“Mereka (Hong Kong) dapat menjaringkan gol penyamaan hasil kesilapan Aidil dan Khairul Fahmi. Saya berharap mereka tidak akan melakukan kesilapan yang sama dalam perlawanan penting kelak,” katanya.
Memang membimbangkan game menentang Singapura. Tapi sekarang ada peningkatan dan rasa2 boleh pergi jauh dengan syarat jangan berhenti berfikir utk gol, pasti boleh, Malaysia Boleh!!! X3
ReplyDelete