hidayat.azmie@kosmo.com.my
PEMAIN skuad Harimau Muda (jersi kuning) dituntut tampil dengan komitmen tinggi pada aksi menentang Wellington hari ini |
Menurutnya, aksi gugup pemain muda negara ketika menyaksikan rekod tanpa kalah mereka lebur di tangan Home United minggu lepas wajar diatasi segera.
Kim Swee juga percaya kekalahan itu bakal mencabar pemainnya supaya kembali bangkit memburu kemenangan ketika menentang Wellington kelak sekiranya berhasrat menamatkan saingan di tempat kelima Liga S musim ini.
Meskipun Wellington sekadar menghuni tangga bawahan liga dengan lapan mata, Kim Swee enggan pemainnya bersikap sambil lewa sehingga keciciran tiga mata berharga.
“Dalam perlawanan menentang Home United tempoh hari, barisan pertahanan skuad saya dilihat mudah hilang konsentrasi setiap kali diasak penyerang lawan.
“Justeru, saya harap pemain akan bertambah matang ketika berdepan Wellington nanti,” kata Kim Swee.
Harimau Muda yang telah mencatat empat kemenangan dan dua seri sebelum ini kini tergelincir di tangga kelima liga dengan 14 mata, tiga mata di belakang peneraju liga, Brunei DPMM.
Selepas aksi menentang Wellington, skuad muda negara bakal berdepan cabaran pasukan di tangga ketiga, Alestier Khalsa minggu depan.
Mengulas lanjut Kim Swee menjelaskan bahawa beliau percaya gandingan benteng pertahanannya yang diterajui Affizie Faizal Mamat, Shahrul Saad, Mohamad Amer Saidin dan Mohd. Fadhli Shas tidak akan mengulangi kesilapan seperti mana ketika menentang Home United sebelum ini.
“Pada masa sama, saya juga tidak menolak kemungkinan melakukan sedikit rombakan bagi memberi peluang beraksi kepada pemain yang jarang diturunkan sebelum ini,” katanya
No comments:
Post a Comment