AKSI HARIMAU MALAYA

AKSI HARIMAU MALAYA :
PERSAHABATAN ; -
KELAYAKAN PIALA ASIA : 26

AKSI HARIMAU MUDA :

24 April 2012

BHARIAN - Ranking Bukan Ukuran Tepat

Oleh Mohd Fitrie Muhamad
2012/04/24
Pasukan Bola Sepak Kebangsaan Sri Lanka (2011)
“KEDUDUKAN ranking bukan satu ukuran tepat mengenai Sri Lanka,” kata Datuk K Rajagobal, semalam.

Ketua jurulatih skuad Harimau Malaya itu mencetus firasat berkenaan menjelang cabaran menentang lawan berkenaan dalam siri persahabatan antarabangsa di Stadium Shah Alam, Sabtu ini.
Jelasnya, walaupun kedudukan Malaysia dalam ranking Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) lebih baik namun beliau enggan membuat sebarang rumusan awal mengenai pasukan lawan itu.
“Kedudukan ranking tidak menunjukkan mereka atau sesebuah pasukan itu lemah. Walaupun ia hanya membabitkan aksi persahabatan, tapi saya tetap menghormati Sri Lanka dan kami tidak boleh memandang rendah keupayaan mereka.

“Sebelum aksi sebenar, tidak ada sesiapa pun boleh membuat rumusan mengenai keputusan perlawanan. Bagi saya inginkan kemenangan, saya juga mahu lihat ada peningkatan dalam pasukan saya,” katanya ketika ditemui pada sesi latihan skuad negara di Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), semalam.

Dalam kedudukan ranking terbaru yang dikeluarkan FIFA, Malaysia berada di tangga ke 156 manakala Sri Lanka pula menghuni di tangga 181 dunia.

Dalam masa yang sama, Rajagobal menegaskan dia tidak mahu isu ranking terus melemahkan pasukannya sehingga pemain tidak dapat beraksi dengan baik.
“Mana lebih penting, peningkatan ranking atau pun peningkatan prestasi permainan? Tidak ada siapa yang mahu kalah dan untuk perlawanan ini sudah pasti kami juga mahukan kemenangan. Saya sudah ada bayangan siapa yang bakal diturunkan sebagai kesebelasan utama. Tapi saya akan terus membuat penilaian terhadap pemain saya untuk mencari gandingan terbaik,” katanya

No comments:

Post a Comment