AKSI HARIMAU MALAYA

AKSI HARIMAU MALAYA :
PERSAHABATAN ; -
KELAYAKAN PIALA ASIA : 26

AKSI HARIMAU MUDA :

03 April 2012

BHARIAN - Kim Swee Tak Terdesak Dahului Liga-S

Oleh Rizar Mohd Noor
bhsukan@bharian.com.my
2012/04/03

‘Saya tak mahu pemain hilang tumpuan, bersifat megah ketika saingan masih panjang lagi’

ONG Kim Swee mentakrifkan enam perlawanan diharungi skuad Harimau Muda dalam kancah Liga Singapura setakat ini adalah pada kadar terpuji dan beranggapan ruang kemajuan sudah jelas terbayang. Kemenangan 2-1 ke atas Angkatan Tentera Singapura FC (SAF FC) tempoh hari menyaksikan skuad muda negara itu dipisahkan dengan perbezaan jaringan dengan pendahulu, Brunei DPMM FC yang masing-masing sudah mengutip 14 mata ketika ini.
 

Apa pun ketua jurulatih itu lebih rela berada di tangga kedua daripada terus melonjak ke tangga pertama liga kerana tidak mahu pemain hilang tumpuan dan bersifat megah ketika ranjau Liga-S masih panjang lagi.

“Saya tidak terdesak untuk mendahului liga, biar kami harungi perlawanan satu demi satu dan pencapaian tambahan pencapaian Harimau Muda selepas beraksi enam perlawanan cukup membanggakan terutama menewaskan SAF FC, pasukan yang memiliki reputasi tinggi selepas pernah menjuarai lapan kali Liga-S.

“Biarlah kelab dari Brunei itu bermegah dengan kedudukan sekarang dan saya yakin apabila tiba masanya nanti Harimau Muda akan merampas takhta liga dan berusaha mengekalkannya sehingga tamat saingan. Tapi ingat dalam bola sepak macam-macam boleh terjadi,” katanya.

Perlawanan berikut adalah menentang Home United di Stadium Bishan, Ahad ini. Kim Swee juga menambah dia berpuas hati dengan kelibat dua pemain - Azizan Nordin dan Shahrul Saad yang beraksi konsisten.

“Walaupun pertama kali diturunkan mereka sudah menyerlah dan ini satu petanda betapa barisan pemain simpanan sudah bersedia diturunkan dalam kesebelasan utama,” katanya.


No comments:

Post a Comment