AKSI HARIMAU MALAYA

AKSI HARIMAU MALAYA :
PERSAHABATAN ; -
KELAYAKAN PIALA ASIA : 26

AKSI HARIMAU MUDA :

27 April 2012

METRO - Harimau Wajib Menang

Oleh Aziman Rosdi
aziman@hmetro.com.my

SKUAD Sri Lanka tiba di Kuala Lumpur semalam dengan penuh tanda tanya terhadap kekuatan pasukan yang dianggap kerdil dalam sukan bola sepak berbanding kriket yang menjadi sukan nombor satu negara itu.

Mengikut rekod, hanya kejuaraan di Kejohanan Persekutuan Bola Sepak Asia Selatan (SAFF) yang membabitkan Afghanistan, Bangladesh, Bhutan, India, Maldives, Nepal dan Pakistan pada 1995 menjadi kebanggaan Sri Lanka di pentas antarabangsa.

Namun ketika pasukan yang menghuni ranking ke-181 dunia itu tampak asing buat peminat tanah air, ketua jurulatih, Jang Jung pula pastinya mengetahui serba sedikit selok-belok bola sepak Malaysia.

Kehadiran Jang Jung bersama pasukannya semalam menandakan kembalinya bekas pemain import Perak pada musim 1990-1991 itu ke negara ini.


Jang Jung bekas pertahanan skuad Seladang yang menjuarai Piala FA pada 1990 kini membimbing Sri Lanka bermula dengan skuad Bawah 23 Tahun negara itu pada 2006 hingga sekarang dilantik sebagai ketua jurulatih.

Bekas penyerang Perak, Muhammad Nidzam Adzha Yusoff yang pernah beraksi bersama Jang Jung menganggap Malaysia tetap turun dengan misi wajib menang biarpun rakan lamanya itu pasti bersedia dengan taktikal menyekat kemenangan besar skuad kendalian Datuk K Rajagobal pada pertemuan malam esok di Stadium Shah Alam.

“Zaman sudah berbeza berbanding ketika Jang Jung bermain dengan Perak dalam Liga Malaysia tapi mungkin pengalaman yang dia ada serba sedikit boleh digunakannya bagi perlawanan dengan Malaysia.

“Saya jangkakan Sri Lanka akan lebih banyak bertahan dan pasukan kita lebih banyak menyerang kerana bagi saya, perlawanan ini wajib menang,” katanya ketika dihubungi Arena Metro semalam.

Pertemuan dengan Sri Lanka ini menjadi aksi antarabangsa kelas A kedua Harimau Malaya tahun ini selepas seri dengan Filipina 1-1 di Manila Februari lalu.

Manakala bagi Sri Lanka, ini perlawanan pertama selepas gagal mara ke separuh akhir kejohanan SAFF pada Disember 2011 dan tumpas kepada Filipina menerusi agregat 1-5 di pusingan kelayakan Piala Dunia Julai 2011.

Biarpun yakin Malaysia yang menduduki ranking ke-156 dunia dan muncul juara Piala AFF 2010 mampu menewaskan Sri Lanka, Nidzam Adzha bekas pemain kebangsaan 1991-1995 tetap menasihatkan supaya pemain Harimau Malaya memberikan persembahan
terbaik.

“Atas kertas memang tak ada masalah untuk menang tapi kita faham jurulatih Rajagobal masih dalam proses mencari pemain dan pembentukan skuad bagi menghadapi Piala AFF namun dengan kedudukan Malaysia, kita mesti menang,” katanya yang kini menjadi jurulatih skuad Piala Presiden Kedah.

No comments:

Post a Comment