AKSI HARIMAU MALAYA

AKSI HARIMAU MALAYA :
PERSAHABATAN ; -
KELAYAKAN PIALA ASIA : 26

AKSI HARIMAU MUDA :

16 April 2012

BHARIAN - Harimau Muda Kembali Temui Sentuhan

Oleh Rizar Mohd Noor
bhsukan@bharian.com.my
2012/04/16
WAN Zack  (kanan) diasak pemain Woodlands Wellington FC, Armanizam Dolah pada perlawanan Liga Singapura  di Stadium Yishun, malam tadi.
WAN Zack (kanan) diasak pemain Woodlands Wellington FC, Armanizam Dolah pada perlawanan Liga Singapura di Stadium Yishun, malam tadi.
GARY Steven Robbat muncul wira buat Harimau Muda selepas dua gol menerusi sepakan penalti pada babak kedua memastikan Harimau Muda kembali menemui sentuhan kemenangan menewaskan Woodlands Wellingtons FC 2-1 dalam saingan Liga Singapura di Stadium Yishun, malam tadi.

Seawal minit kelapan, Woodlands Wellington hampir mencemaskan gawang Harimau Muda menerusi sepakan percuma dari luar kotak penalti namun bola sepakan deras pemain import dari Korea Selatan, Moon Soon Ho sedikit melewati palang gol ketika penjaga gol Izham Tarmizi Roslan tergamam di gawang sendiri.

Harimau Muda yang mencari kemenangan di laman sendiri mula menyusun strategi dan pada minit ke-15 bola rembatan Wan Zack Haikal Wan Nor tepat ke pintu gol terpaksa ditepis penjaga gol, Ahmadulhaq Che Omar malah rembatan susulan pemain sayap skuad muda negara itu juga tersasar dari gawang gol.
Bagaimanapun, anak didik Ong Kim Swee tersentak apabila pengadil perlawanan, K Kalimuthu menghadiahkan sepakan penalti pada minit ke-22 selepas Izham Tarmizi menjatuhkan pemain Woodlands Wellington dan Soon Ho mudah menyepak masuk untuk meletak pasukan pelawat selesa dengan jaringan 1-0.

Selepas rehat, Harimau Muda bertindak agresif dan berjaya mendapat gol penyamaan pada minit ke-54 selepas Goh Swee Swee menjatuhkan Gary Steven.
Pemain negara itu yang mengambil sepakan penalti kali kedua mudah menewaskan Ahmadulhaq.

Penalti kali ketiga diraih Harimau Muda pada minit ke-69 selepas Swee Swee menjatuhkan Wan Zack Haikal yang menyaksikan pengadil melayang kad kuning kedua dan seterusnya kad merah kepada pemain tengah itu. Gary Steven menyepak masuk memastikan gol kedua peribadi dan mata penuh untuk skuad negara

No comments:

Post a Comment