AKSI HARIMAU MALAYA

AKSI HARIMAU MALAYA :
PERSAHABATAN ; -
KELAYAKAN PIALA ASIA : 26

AKSI HARIMAU MUDA :

23 April 2012

METRO - Hazwan Teruja

Oleh Aziman Rosdi
aziman@hmetro.com.my

PELUANG penyerang muda negara, Ahmad Hazwan Bakri untuk tampil di pentas antarabangsa bersama skuad Harimau Malaya buat kali pertama kini terbuka luas apabila dia dipanggil menjalani latihan pusat kendalian Datuk K Rajagobal bagi persiapan menghadapi Sri Lanka, Sabtu ini di Stadium Shah Alam.

Pemain berusia 20 tahun itu mula mendapat perhatian Rajagobal selepas aksi cemerlangnya mengemudi jentera serangan Harimau Muda A dalam kempen Liga Singapura (Liga-S) musim ini.

 Biarpun teruja dengan peluang yang diberikan itu, Hazwan, bekas pemain Kuala Lumpur, sedar saingan untuk merebut tempat dalam kesebelasan utama bukan mudah jika dia tidak memberikan aksi terbaik.

“Ini kali pertama saya dipanggil untuk menjalani latihan bersama skuad kebangsaan dan saya rasa cukup bertuah diberikan peluang ini. “Bagi saya saingan merebut tempat bukan mudah kerana ramai penyerang yang bagus.

“Tapi saya percaya, jika saya berusaha bersungguh-sungguh pasti suatu hari nanti saya boleh menyarung jersi kebangsaan,” katanya. Selain Hazwan, Rajagobal turut memanggil penyerang Pelita Jaya FC, Mohd Safee Sali, Azamuddin Mohd Akil (Pahang), Ahmad Shakir Ali (Negeri Sembilan). Dan kehadiran Safee dianggap tonik tambahan buat Hazwan yang mengimpikan bergandingan dengan penjaring terbanyak Piala Suzuki AFF 2010 itu.

“Memang saya meminati Safee, cara permainan dia, kalau diberikan peluang memang saya ingin beraksi bersamanya,” jelas Hazwan. Bagaimanapun di sebalik keyakinan itu, pemain yang mendapat bimbingan jurulatih Ong Kim Swee itu tetap berdoa badi buruk yang menimpanya apabila kerap mengalami kecederaan sebelum ini tidak berulang.

“Sebelum ini saya mengalami kecederaan hamstring dan terpaksa berehat selama lebih sebulan. “Jadi saya harap kecederaan ini tidak berulang,” katanya yang turut terlepas peluang beraksi bersama skuad bawah 23 tahun negara ketika muncul juara Sukan Sea Indonesia tahun lalu. Sebaik pulih daripada kecederaan dan beraksi semula Mac lalu, Hazwan yang berasal dari Labuan berjaya meledak tiga gol dalam empat perlawanan untuk membantu Harimau Muda A di tangga kelima liga.

Skuad negara memulakan latihan pusat di Wisma FAM Kelana Jaya, Jumaat lalu dan bakal beraksi dalam perlawanan berstatus A kedua tahun ini menentang Sri Lanka selepas seri 1-1 dengan Filipina di Manila, 29 Februari lalu.

No comments:

Post a Comment