NIAT penyerang sensasi negara, Safee Sali cuma satu -
menjaringkan gol membantu skuad Harimau Malaya merakamkan kemenangan ke atas
Sri Lanka dalam siri persahabatan antarabangsa pada 28 April ini.
Tambahan, dia berselera untuk kembali beraksi di gelanggang
keramat iaitu di Stadium Shah Alam yang sudah lama tidak dijejaki selepas
berpindah ke kelab Indonesia, Pelita jaya.
Bekas penyerang Selangor juga meminta peminat setia turun
beramai-ramai ke gelanggang memberi sorakan padu kepada pasukan kebangsaan yang
menagih sokongan untuk mendapat semangat baru mendaki semula ke tahap terpuji
dalam ranking dunia.
Safee akan pulang ke tanah air, Khamis ini
selepas Pelita Jaya bertemu Persela Lamongan, Selasa ini
No comments:
Post a Comment