AKSI HARIMAU MALAYA

AKSI HARIMAU MALAYA :
PERSAHABATAN ; -
KELAYAKAN PIALA ASIA : 26

AKSI HARIMAU MUDA :

09 October 2012

KELAYAKAN PIALA ASIA 2015 - Undian



Matlamat Harimau Malaya adalah nak menonjol dalam Piala Asia 2015.. itulah janji Coach Rajagobal bagi skuadnya apabila Asia Tenggara kita telah takluki.. dia nak peringkat demi peringkat..barulah fikir pasal Piala Dunia. Dan pada hari ini sesi cabutan undi bagi kelayakan Piala Asai 2015 akan diadakan di Melbourne. Siapakan yang akan ditentang oleh skuad HM nanti?


Nantikan proses undian berkenaan...
 
HASIL UNDIAN: HM berada di Kumpulan D
 
Berikut senarai kumpulan kelayakan Piala Asia 2015
Kumpulan A: Jordan, Syria, Oman, Singapura
Kumpulan B: Iran, Kuwait, Thailand, Lubnan
Kumpulan C: Iraq, China, Arab Saudi, Indonesia
Kumpulan D: Qatar, Bahrain, Yaman, Malaysia
Kumpulan E: Uzbekistan, UAE, Vietnam, Hong Kong
 
Nota : Ranking > Malaysia (162), Qatar (101), Bahrain (115) dan Yaman (157)
 
10/10/2012 > Sumber SINAR : Laluan Malaysia Getir 
10/10/2012 > Sumber UTUSAN : Rajagobal optimis walaupun dapat lawan sukar
09/10/2012 > Sumber: BHarian: Debaran Raja mula hari ini

Undian kelayakan Piala Asia 2015 bakal tentu nasib awal Harimau Malaya

Kuala Lumpur: Misi yang sering dilaung-laungkan jurulatih kebangsaan, Datuk K Rajagobal untuk Malaysia layak secara merit ke pusingan akhir Piala Asia 2015 di Australia bakal mendapat gambaran awal apabila majlis undian kelayakannya berlangsung di Melbourne, jam 3 petang ini.

Sejumlah 20 pasukan bakal diletakkan dalam empat balang disusun atur mengikut pencapaian setiap pasukan pada Piala Asia 2011 untuk dibahagikan kepada lima kumpulan dengan setiap kumpulan dianggotai empat pasukan.
Enam perlawanan secara timbal balik untuk setiap kumpulan itu bakal berlangsung pada 6 Februari, 22 Mac, 15 Oktober, 15 November dan 19 November 2013 serta 5 Mac 2014.






Dua teratas setiap kumpulan serta tempat ketiga terbaik bakal mengisi 16 slot pusingan akhir pada 4 hingga 26 Januari 2015 termasuk lima pasukan layak automatik - Jepun (juara bertahan), Australia (naib juara/tuan rumah), Korea Selatan (tempat ketiga), Korea Utara (juara Piala Cabaran 2012) dan juara Piala Cabaran 2014.

Harap diundi Balang 3

Bagi Malaysia yang berada dalam Balang 4, sasaran layak ke pusingan akhir bergantung kepada undian itu dengan mengharapkan pasukan Balang 3 sama ada Thailand atau Vietnam diletak sama kumpulan dengan Malaysia, berbanding Arab Saudi, Oman atau Yemen.

Tiada pilihan untuk memilih pasukan dalam Balang 1 dan 2 kerana semua 10 pasukan utama Asia itu dilihat sama handalnya.
Berdasarkan rekod, sejak Piala Asia diperkenalkan pada 1956, Malaysia hanya berjaya mara ke pusingan akhir secara merit dua kali (1976 dan 1980), selain mara secara automatik selaku tuan rumah bersama pada 2007.

Pada kelayakan Piala Asia 2011, Malaysia tercorot dalam Kumpulan C yang hanya disertai tiga pasukan, tanpa sebarang mata sepanjang empat perlawanan dengan UAE muncul juara kumpulan, berkongsi sembilan mata bersama pasukan tangga kedua, Uzbekistan

No comments:

Post a Comment