AKSI HARIMAU MALAYA

AKSI HARIMAU MALAYA :
PERSAHABATAN ; -
KELAYAKAN PIALA ASIA : 26

AKSI HARIMAU MUDA :

30 October 2012

KOSMO - Kim Swee Tunggu Lampu Hijau FA

ROZAIMI (kiri) antara pemain yang mendapat perhatian Kim Swee untuk diserapkan dalam skuad Harimau Muda.
Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my

TEKA-TEKI mengenai 'muka-muka baharu' skuad Harimau Muda musim depan dijangka terungkai dalam masa terdekat.

Pengendali Harimau Muda, Ong Kim Swee memberitahu, ketika ini beliau masih menunggu 'lampu hijau' daripada persatuan bola sepak negeri (FA) supaya pemain-pemain berkenaan dapat menyertai skuad muda negara selepas ini.

Menurut beliau, kehadiran pemain-pemain baharu berkenaan dilihat mampu memastikan persiapan awal mempertahankan emas temasya Sukan SEA di Myanmar tahun depan berjalan lancar.

"Ketika ini, ia masih di peringkat perbincangan yang dijangka selesai selewat-lewatnya bulan depan.

"Kehadiran pemain baharu ini bukan bermakna saya meragui kehebatan pemain sedia ada.

"Sebaliknya, ia mampu memperkuatkan lagi skuad Harimau Muda memandangkan kita harus sedar misi mempertahankan pingat emas Sukan SEA sememangnya jauh lebih sukar daripada meraih emas buat kali pertama," kata Kim Swee kepada Kosmo! kelmarin.

Untuk rekod, antara pemain negeri yang berada dalam radar Kim Swee tahun depan termasuklah Rozaimi Abdul Rahman (Sabah), Ashri Chuchu (Sarawak), Nurridzuan Abu Hassan (Perak), Kenny Pallraj (Perak), Nasrul Haq Badrul (PKNS) dan Zubir Azmi dari Terengganu.

Khidmat mereka ditagih Kim Swee memandangkan beberapa tonggak Harimau Muda seperti Affize Faisal Mamat dan Mahali Jasulli telahpun mencecah usia 24 tahun musim depan.

Begitupun, Kim Swee menghormati keputusan mana-mana FA jika enggan melepaskan pemain terbabit menyertai Harimau Muda.

"Saya menghormati keputusan mana-mana persatuan negeri, cuma ini demi perjuangan negara di pentas Sukan SEA. Saya harap perkara ini dapat diselesaikan sebaik sahaja Liga Singapura (Liga S) berakhir bulan depan," katanya.

Harimau Muda yang kini menduduki tangga keempat Liga S dengan 41 mata berdepan pasukan di tangga kelapan, Hougang United di gelanggang lawan malam tadi.

Mereka bakal menutup tirai Liga S berdepan pendahulu liga, Tampines Rovers di Stadium Jalan Besar pada 2 November ini.

No comments:

Post a Comment