AKSI HARIMAU MALAYA

AKSI HARIMAU MALAYA :
PERSAHABATAN ; -
KELAYAKAN PIALA ASIA : 26

AKSI HARIMAU MUDA :

30 October 2013

PIALA BIDC - 22 pergi, empat kena tinggal

Petaling Jaya: Daripada senarai 26 pemain dikeluarkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kelmarin, hanya 22 pemain akan dibawa untuk mempamerkan kemampuan sebenar pada Kejohanan Piala BIDC di Kemboja dari 2 hingga 10 November ini.

Empat pemain – Zubir Azmi (Terengganu), S Sivanesan (Negeri Sembilan), Safwan Hashim (ATM) dan Amer Saidin (Harimau Muda A) – terpaksa ditinggalkan kerana masih cedera.

Dua pemain Harimau Muda A yang kini bersama pasukan kebangsaan, Fadhli Shas dan Syahrul Azwari Ibrahim juga tidak dibawa ke kejohanan berkenaan.

Pengendali skuad B-23 negara, Datuk Ong Kim Swee yang mengesahkannya semalam, berkata beliau hanya membawa 22 pemain termasuk Nazirul Naim Che Hashim yang tiba dari Jepun esok (hari ini) ke kejohanan itu.

Medan terbaik

“Ini juga adalah medan terbaik untuk Izzaq Faris Ramlan dan Ashri Chuchu (Sarawak) memburu tempat dalam skuad utama ke Sukan SEA nanti. Walaupun lama tidak beraksi bersama pasukan, saya yakin mereka masih mampu bersaing dengan pemain sedia ada.

“Tiada sasaran ditetapkan tetapi secara peribadi saya rasa kita seharusnya mampu mara sekurang-kurangnya hingga ke separuh akhir,” katanya yang akan bertolak ke Kemboja, esok.
Malaysia diletakkan dalam Kumpulan B bersama tuan rumah, Kemboja dan Laos, manakala Kumpulan A dibarisi Thailand, Vietnam dan Myanmar.

Beliau berkata, kejohanan membabitkan enam negara Asia Tenggara adalah medan terbaik menguji pasukan lawan sebelum misi mempertahankan emas Sukan SEA di Myanmar, Disember ini.
 
Sumber : Bharian

No comments:

Post a Comment