17 Jun 2013
Harimau Muda
KUALA LUMPUR - Kemarau kemenangan kembali menghantui skuad Harimau Muda A pada siri Jelajah Eropah apabila mereka kalah 5-1 kepada kelab liga Slovakia, MFK Ružomberok, pada perlawanan persahabatan di Slovakia, semalam.
Ia merupakan kekalahan kelapan daripada 11 perlawanan yang diharungi oleh skuad berkenaan yang berkampung selama lima bulan di Slovakia sebagai persiapan awal mempertahankan pingat emas Sukan SEA 2013 di Myanmar, Disember ini.

Skuad Bawah 23 (B-23) tahun kebangsaan itu turut mencatatkan keputusan seri masing masing 1-1 dan 0-0 ketika menentang kelab dari Slovakia dan Norway selain menang tipis, 2-1 mengalahkan kelab dari Republik Czech, Slavia Prague pada 23 Mei lepas.
Lima gol pasukan tuan rumah pada perlawanan itu dijaringkan oleh Mukalenga Lewis pada minit ke-20, Richard Bartos (56), Martin Nagy (60 dan 70) serta Janso pada minit ke-62 manakala gol saguhati pasukan bimbingan Ong Kim Swee itu dijaringkan oleh Rozaimi Abd Rahman pada minit ke-81.
Mengulas mengenai perlawanan berkenaan, Kim Swee berkata perubahan taktikal yang dilakukan oleh pasukan lawan pada separuh masa kedua membolehkan mereka mencatatkan kemenangan besar ke atas anak didiknya.
"Ketajaman pihak lawan di separuh masa kedua dengan empat jaringan setelah beberapa pemain utama digantikan antara aspek (kita) tewas.
"Corak positif dengan gerakan sempurna pada separuh masa pertama memberi perkembangan baik namun tidak mencukupi hanya 45 minit perlawanan," kata Kim Swee menerusi laman twitternya.
Skuad itu yang berada di sana sejak Mac lepas, dijangka mengadakan beberapa ujian persahabatan di sana selepas ini sebelum kembali ke tanah air sebelum Aidilfitri.
Mereka dijadual menyertai Pestabola Merdeka di sini pada Ogos ini selain menggalas cabaran negara pada temasya Sukan Universiti Dunia (Universiade 2013) di Kazan, Russia dari 6 hingga 17 Julai ini. - Bernama
No comments:
Post a Comment