SKUAD Harimau Malaya berangkat ke Australia semalam untuk memulakan latihan pendedahan di negara kanggaru itu. |
Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my
PENGENDALI Harimau Malaya, Datuk K. Rajagobal enggan 'mengibarkan bendera putih', malah optimis anak-anak buahnya masih mampu menyambar slot ke pusingan akhir Piala Asia 2015 di Australia nanti.
Ketika ini, skuad negara menduduki tempat ketiga Kumpulan D selepas tumpas 0-2 kepada Qatar (6 Februari) sebelum kembali bangkit menumpaskan Yemen 2-1 di laman sendiri pada 22 Mac lalu.
"Atas kertas, skuad negara merupakan pasukan terbaik Asia Tenggara (dalam kempen kelayakan Piala Asia) setakat ini apabila berjaya mengutip tiga mata.
"Sebab itu saya mahu berdepan pasukan yang kuat di Australia sebagai persiapan skuad kebangsaan.
"Jadi, saya ada masa membentuk pasukan sebelum berdepan Bahrain pada Oktober depan," kata Rajagobal baru-baru ini.
Malam tadi, skuad negara telah berlepas ke Australia sebagai persiapan awal mengharungi baki aksi kelayakan Piala Asia dan hanya kembali ke tanah air pada 15 Jun ini.

Terdapat enam muka baharu yang turut 'terbang' ke bumi kanggaru kali ini termasuk arkitek muda negara, Nazmi Faiz Mansor (Selangor PKNS), Nurul Azwan Roya (Johor Darul Takzim), Faiz Subri (Kelantan), Nazrin Nawi (Negeri Sembilan), Saiful Nizam Miswan (Pahang) dan Nizad Ayub (Selangor PKNS).
Namun, empat pemain iaitu kapten Kelantan, Badhri Radzi, Bunyamin Omar (Selangor), Khyril Muhymeen Zambri (Kedah) dan Farid Ramli (Johor Darul Takzim) terpaksa digugurkan kerana kecederaan.
Sepanjang di Australia nanti, skuad negara juga bakal menguji Pilihan Canberra (6 Jun), Marconi FC (11 Jun) dan Sydney United pada 13 Jun.
Bagi baki saingan kempen kelayakan Piala Asia pula, Harimau Malaya bakal melayan kunjungan Bahrain (15 Oktober) dan Qatar (19 November) di Stadium Nasional, Bukit Jalil selain sekali lagi berdepan Bahrain (15 November) dan Yemen (5 Mac 2014) di tempat lawan.
Sebelum itu, skuad kebangsaan terlebih dahulu bakal berdepan dua pasukan terkemuka, Chelsea dan Barcelona dalam aksi persahabatan di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 21 Julai dan 10 Ogos depan
No comments:
Post a Comment