AKSI HARIMAU MALAYA

AKSI HARIMAU MALAYA :
PERSAHABATAN ; -
KELAYAKAN PIALA ASIA : 26

AKSI HARIMAU MUDA :

22 May 2013

SINAR _ FAM Pilih Korea atau Australia

FAM pilih Korea Selatan atau Australia

FAM

PETALING JAYA - Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bercadang membawa skuad bola sepak kebangsaan Harimau Malaya ke Korea Selatan atau Australia untuk mengadakan perlawanan persahabatan.

Naib Presiden FAM Datuk Seri Subahan Kamal berkata cadangan itu dibuat berikutan Singapura belum memberi kata putus untuk mengadakan perlawanan Causeway Challenge.

"Jadual asal perlawanan dengan Singapura pada Jun ini. Jika perlawanan dua pusingan itu tidak dapat dijalankan, kita akan memilih sama ada membawa pemain kita ke Korea Selatan ataupun Australia," katanya di sini, hari ini.

Perlawanan persahabatan dua pusingan Causeway Challenge dengan Singapura dijadualkan pada 4 dan 7 Jun.

Subahan yang juga pengurus pasukan Harimau Malaya berkata FAM dalam masa yang sama juga sedang memilih kelab bola sepak dalam liga kedua-dua negara itu untuk mengadakan perlawanan persahabatan.

Namun, katanya Harimau Malaya hanya akan bermain menentang pasukan gred tinggi di Korea Selatan atau Australia.

"FAM akan memastikan segala-galanya teratur. Kami perlu bermain dengan pasukan yang kredibiliti tinggi.

"Saya juga akan pastikan perlawanan persahabatan ini bukan bertujuan untuk 'percutian' kerana kita perlu meningkatkan prestasi skuad kita," kata Subahan.

Sebaik selesai program perlawanan persahabatan bulan depan, Harimau Malaya akan melayan kunjungan pasukan Liga Perdana Inggeris, Chelsea FC pada 21 Julai dan seterusnya kelab bola sepak Sepanyol, Barcelona FC pada 10 Ogos.

FAM juga merencana perlawanan persahabatan menentang India dan Uzbekistan pada bulan September sebagai persediaan sebelum menentang Bahrain pada 15 Okt di sini untuk kelayakan Piala Asia.

Dalam pada itu, Subahan berkata Harimau Malaya akan memulakan sesi latihan pusat bermula minggu depan dan surat kepada para pemain akan dihantar mulai esok. - Bernama

No comments:

Post a Comment