AKSI HARIMAU MALAYA

AKSI HARIMAU MALAYA :
PERSAHABATAN ; -
KELAYAKAN PIALA ASIA : 26

AKSI HARIMAU MUDA :

22 February 2012

UTUSAN - Jepun Terdesak Menang Besar

Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMINdayne.ghazali@utusan.com.my
JURULATIH kebangsaan, Ong Kim Swee (kanan) bersalam dengan jurulatih Jepun, Takashi Sekizuka selepas sidang media perlawanan Kelayakan Olimpik 2012 di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam
KUALA LUMPUR - "Kami mahu mendapatkan seberapa banyak gol... kami mahu mendapatkan banyak gol, ". Itu nada terdesak yang kerap diulang jurulatih Bawah 23 Jepun Takashi Sekizuka pada sidang media perlawanan kelayakan Olimpik 2012 antara Malaysia dan Jepun, semalam.

Jepun yang kini berada tangga kedua Kumpulan C memberi amaran kepada skuad bimbingan Ong Kim Swee mereka akan menurunkan barisan terkuat dan bermain habis-habisan dalam memburu kemenangan besar.

"Esok (hari ini) kami akan menunjukkan keupayaan sebenar dan yakin dapat memungut tiga mata serta mendapat jumlah jaringan yang besar.

"Kami mahu memungut enam mata dalam dua perlawanan terakhir dan kami tiada pilihan lain selain menang.

"Saya menghormati keupayaan Malaysia yang dilihat semakin meningkat dalam setiap perlawanan namun kami perlu fokus kepada gaya permainan kami dan memenangi perlawanan ini, " katanya.

Jepun yang tewas 1-2 kepada Syria dalam perlawanan
terakhir baru-baru ini, jatuh ke tangga kedua Kumpulan C ekoran perbezaan jaringan yang menyebelahi negara Asia Barat itu walaupun berkongsi sembilan mata selepas empat perlawanan.

Tidak membawa mana-mana pemain yang beraksi di Eropah, Sekizuka masih menaruh harapan pemain yang sedia ada di samping akan melakukan sedikit perubahan daripada segi taktikal dan memberi petanda akan menurunkan ramai pemain di bahagian serangan.

Seperti mahu menyorokkan strategi untuk berdepan Malaysia, Jepun memilih berlatih selama tiga hari di negara jiran Malaysia, Singapura.

Begitupun Takeshi berdalih sambil berkata ini kerana mahu menyesuaikan diri dengan cuaca panas di Kuala Lumpur biarpun baru berada di ibu negara pada semalam.

"Di sana (Jepun) sekarang agak sejuk dan kami memilih berlatih di sini lebih awal kerana mahu semua pemain dapat bermain dalam cuaca panas.

"Kami menjalani persiapan yang agak baik dan saya telah memikirkan strategi berkesan ketika menyerang atau bertahan," katanya

No comments:

Post a Comment