AKSI HARIMAU MALAYA

AKSI HARIMAU MALAYA :
PERSAHABATAN ; -
KELAYAKAN PIALA ASIA : 26

AKSI HARIMAU MUDA :

23 February 2012

METRO - Sabahawks Janji Cabar Harimau Malaya

Oleh Erdie Ab Wahid
hmkk@hmetro.com.my
“BERI tentangan terbaik dan buktikan Sabahawks juga mampu memberi saingan sengit terhadap skuad Harimau Malaya apabila bertandang ke Stadium Likas Kota Kinabalu, esok (Jumaat),” tegas ketua jurulatih Sabah, Justin Ganai yang mengaku perlawanan persahabatan itu menjadi medan ujian kemampuan pemain terus bersaing dalam saingan Liga Super 2012.

“Saya yakin mereka mampu memberi saingan dan tentangan hebat bagi memperbaiki corak permainan yang kurang konsisten sebelum ini.

“Perlawanan persahabatan ini bukanlah untuk mencari kemenangan semata-mata tapi saya mahu pemain menjadikannya sebagai kayu pengukur sejauh mana kita boleh bersaing dalam Liga Super musim ini,” katanya.
Justin juga menjadikan perlawanan itu untuk menilai sama ada pemain mampu melonjakkan pasukan atau sebaliknya sepanjang saingan musim ini.

Katanya, jika mampu mengekang atau menewaskan Harimau Malaya, pastinya Sabahawks setanding skuad kebangsaan.

Baginya, semangat sepasukan menjadi harapan utama anak buahnya menumpaskan skuad kebangsaan. Sementara itu, Pengerusi Kelab Penyokong Sabahawks, Mohd Joh Wid mahu pemain Sabah beraksi lebih konsisten di hadapan jurulatih kebangsaan, Datuk K Rajagobal bagi membolehkan lebih ramai pemain tempatan menyarung jersi negara.

“Penyokong Sabahawks ingin melihat aksi menarik dipamer kedua-dua pasukan terutama ayam tambatan negara, Safee Sali.

“Bagi pemain Sabah, saya yakin ini peluang terbaik memantapkan lagi barisan pertahanan dan serangan bagi memperbaiki kedudukan Liga Super,” katanya Perlawanan esok juga bakal menyaksikan aksi pemain sayap kiri Sabah, Shahrudin Yakup yang baru diserapkan ke dalam skuad Rajagobal.

No comments:

Post a Comment