AKSI HARIMAU MALAYA

AKSI HARIMAU MALAYA :
PERSAHABATAN ; -
KELAYAKAN PIALA ASIA : 26

AKSI HARIMAU MUDA :

17 February 2012

KOSMO - Tugas Negara Keutamaan Safee

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my

SAFEE tidak pernah mengabaikan tugasan
bersama skuad kebangsaan
PELEDAK berbisa Harimau Malaya, Mohd. Safee Sali bukannya pemain ‘diva’.Ternyata, kontrak baharu bernilai RM2 juta yang ditawarkan majikannya, Pelita Jaya baru-baru ini tidak menjadikan Safee ‘besar kepala’ apabila masih teruja dipanggil menjalani latihan bersama 27 pelatih skuad kebangsaan menjelang aksi persahabatan menentang Sabah dan Filipina pada 19 Februari ini hingga 1 Mac depan.

Pengurus peribadinya, Zakaria Ab Rahim juga berharap kepulangan Safee kali ini dapat melenyapkan segala spekulasi negatif yang membabitkan pemain kelahiran Kajang, Selangor itu sebelum ini.

“Safee sentiasa teruja mewakili pasukan kebangsaan, namun pada masa sama terpaksa menghormati apa jua keputusan Pelita Jaya sebagai majikannya.

“Walaupun jurulatih Pelita Jaya, Rahmad Darmawan begitu berat melepaskan Safee gara-gara perubahan jadual perlawanan Liga Super Indonesia (ISL) yang membabitkan pasukan itu dengan Persipura Jayapura dan Persiwa Wamena, beliau memahami tanggungjawab Safee bersama skuad kebangsaan walaupun ia sekadar satu aksi persahabatan.

“Jadi, diharapkan kepulangan Safee ke ibu negara pada 21 atau 22 Februari ini dapat menamatkan spekulasi negatif yang kononnya dia tidak lagi berminat mewakili pasukan kebangsaan (selepas menerima kontrak lumayan bersama Pelita Jaya),” katanya menerusi e-mel kepada Kosmo!

Safee sebelum ini membuat keputusan kekal bersama kelab Pelita Jaya untuk tempoh dua musim lagi selepas dikhabarkan bakal berhijrah gara-gara status ISL yang masih samar-samar dan dilaporkan diharamkan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Antara kelab Eropah yang dikaitkan dengan Safee termasuklah Galatasaray, Paris Saint Germain, Panathinaikos, Eintract Frankfurt dan SG Dynamo Dresden.

Dua kelab Thailand, Muangthong FC dan Buriram FC juga berminat mendapatkan khidmat Safee.

Selain itu, lima buah pasukan yang turut berminat membawa semula Safee ke saingan Liga Malaysia adalah juara Liga Super, Kelantan; juara Piala Malaysia, Negeri Sembilan; Johor FC, Johor dan juga bekas majikannya, Selangor.

Mengulas lanjut kata Zakaria, disebabkan perubahan jadual ISL itu, Safee bakal terlepas satu perlawanan menentang Persiwa pada 27 Februari, manakala aksi dengan Persipura (23 Februari) sememangnya tidak dapat disertai pemain tersebut gara- gara digantung satu perlawanan.

Dalam pada itu, bekas jurulatih Safee, Yusri Shapei yang pernah mendidik pemain itu di Sekolah Toh Tandewa Sakti, Tapah, Perak selama tiga tahun bermula 1994, percaya Safee merupakan pemain yang paling berdisiplin pernah ditemuinya setakat ini.

“Saya lebih memahami Piee (nama manja Safee di sekolah) dan percaya dia kekal berdisiplin dan bermotivasi serta memiliki akhlak yang cukup tinggi,” katanya.

No comments:

Post a Comment