AKSI HARIMAU MALAYA

AKSI HARIMAU MALAYA :
PERSAHABATAN ; -
KELAYAKAN PIALA ASIA : 26

AKSI HARIMAU MUDA :

24 February 2012

SINAR - Suatu Pengajaran



TEWAS 0-4 dengan rentak yang mengecewakan.Hakikat itu memang tidak boleh dinafikan dan jutaan peminat telah menyaksikan bagaimana Harimau Muda diratah rakus oleh Jepun pada aksi kelayakan Olimpik 2012 peringkat Kumpulan C zon Asia di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam kelmarin.

Bukan mahu merendahkan keupayaan skuad bimbingan Ong Kim Swee itu, tetapi gaya penampilan mereka pada perlawanan tersebut memang berada di bawah tahap sebenar.

Kesebelasan Harimau Muda seolah-olah hilang punca dan langkah mereka terus mati akibat dirantai erat oleh Samurai Biru.

Jika dibandingkan perlawanan pertama menentang skuad kendalian Takashi Sekizuka itu di tempat lawan September tahun lalu, skuad negara dilihat lebih menyerlah meskipun tumpas 0-2.

Aksi kelmarin memang sangat mengecewakan kerana apa yang diharapkan daripada pemain-pemain muda negara ini gagal ditonjolkan.

Tetapi jika diperhatikan dengan mendalam, percaturan Kim Swee menggunakan pemain-pemain muda pada perlawanan tersebut sebenarnya merupakan langkah jangka panjang ke arah mengembalikan kegemilangan bola sepak negara.

Pasukan negara memang sudah terkeluar daripada perebutan tempat ke bumi London dalam saingan Kumpulan C, namun Kim Swee percaya dengan langkah memberi pendedahan kepada pemain muda dalam perlawanan gred 'A', sikap dan cara permainan barisan pemainnya dapat ditingkatkan.

Katanya, dengan memberi pendedahan kepada mereka pada perlawanan kompetitif seperti ini, beliau berharap pemain-pemainnya menggunakan pengalaman tersebut sebaik mungkin, sekali gus dapat membantu mempertingkatkan prestasi pasukan.

“Kami menentang salah satu pasukan terbaik di Asia. Saya tetap bangga dengan persembahan barisan pemain saya walaupun kami tewas pada aksi malam ini (kelmarin).

“Saya menggunakan corak yang berbeza berbanding pertemuan pertama lalu kerana ingin menguji kebolehan pemain. Bukan senang untuk mengadakan perlawanan menentang Jepun.

“Ia suatu pengajaran buat kami dan kami harus bekerja dengan lebih keras untuk mencapai tahap yang lebih baik,” katanya selepas perlawanan tersebut.

Apa yang pasti, kewibawaan skuad negara bakal diuji apabila diundi dalam Kumpulan G bersama Korea Selatan, Vietnam, Myanmar, Taiwan dan Filipina pada kempen kelayakan Piala Asia 2013 Bawah 22 tahun selepas ini.

Pada aksi di Stadium Nasional, Bukit Jalil kelmarin, Jepun meledak jaringan menerusi Hiroki Sakai, Yuya Osako, Genki Haraguchi dan Manabu Saito, sekali gus mengukuhkan reputasi mereka sebagai pasukan pilihan dalam Kumpulan C yang turut disertai Bahrain dan Syria
.

No comments:

Post a Comment