AKSI HARIMAU MALAYA

AKSI HARIMAU MALAYA :
PERSAHABATAN ; -
KELAYAKAN PIALA ASIA : 26

AKSI HARIMAU MUDA :

21 February 2012

METRO - Jepun Terdesak

Oleh Aziman Rosdi
aziman@hmetro.com.my

JEPUN memasang strategi dalam usaha memerangkap Malaysia pada aksi kelayakan Kumpulan C Sukan Olimpik London esok apabila mengelak daripada tiba awal di Kuala Lumpur dengan menjadikan Singapura sebagai lokasi latihan terakhir mereka.

Tindakan saat akhir Jepun itu dilihat seperti cuba mengelak kekuatan mereka dihidu skuad Olimpik negara sedangkan wakil media dari Jepun sudah mula berkampung di venue perlawanan, Stadium Nasional Bukit Jalil sejak minggu lalu lagi.

Menurut pengendali negara, Ong Kim Swee, Jepun yang dilihat terdesak mencipta kemenangan untuk layak automatik selaku juara kumpulan sepatutnya tiba semalam namun memilih untuk terbang dari Singapura ke Kuala Lumpur hari ini.

Namun fokus Kim Swee tidak terjejas sebaliknya beliau menganggap anak buah Takashi Sekizuka kini tertekan hingga memaksanya melakukan helah tertentu.

“Saya tak kisah apa yang mahu dilakukan Jepun kerana mereka yang tertekan bukan kita. “Apa yang perlu dilakukan pemain adalah memperbaiki persembahan aksi pertama di Fukouka.

“Pemain akan bermain lebih baik tanpa tekanan dan jika sebelum ini kita lebih banyak bertahan, kali ini saya arah pemain melancarkan serangan ke kubu Jepun,” katanya ketika ditemui pada sesi latihan semalam.

Malaysia tetap mahu mencipta kejutan ke atas Jepun yang dianggap pilihan biarpun perlawanan kelima kumpulan ini sudah tidak bermakna buat anak buah Kim Swee apabila tewas semua empat perlawanan sebelum ini.

Skuad Samurai Blue pula terdesak meraih tiga mata penuh apabila menduduki tangga kedua, berkongsi sembilan mata dengan Syria di tangga teratas kumpulan.

Menurut Kim Swee, beliau sedia melakukan perubahan strategi berbanding ketika tewas 2-0 pada perlawanan pertama di Fukouka, September lalu.

“Tidak banyak pertukaran pemain melainkan saya tidak dapat menurunkan tonggak akibat digantung seperti Wan Zack Haikal Noor, Gary Steven Robbart dan Ahmad Hazwan Bakri manakala K Gurusamy masih lagi belum pulih dari kecederaan.

“Mungkin saya menggunakan sistem 4-4-2 berbanding 4-2-3-1 yang sering digunakan sebelum ini,” katanya.

No comments:

Post a Comment