AKSI HARIMAU MALAYA

AKSI HARIMAU MALAYA :
PERSAHABATAN ; -
KELAYAKAN PIALA ASIA : 26

AKSI HARIMAU MUDA :

21 February 2012

KOSMO - Kekang Samurai Biru

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my

WAN ZACK (kanan) ternyata kecewa kerana tidak dapat membantu rakan-rakan sepasukannya menghadapi Jepun pada aksi kelayakan Olimpik 2012 di Stadium Nasional malam esok
HANYA doa dan kata-kata semangat sahaja yang mampu diungkapkan bintang muda negara, Wan Zack Haikal Wan Nor menjelang pertemuan menentang Jepun bagi aksi kelayakan Olimpik 2012 Zon Asia Kumpulan C di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam esok.

Tidak dapat diturunkan kerana menjalani penggantungan perlawanan, Wan Zack, 21, benar- benar berharap supaya rakan-rakan sepa- sukannya dapat mengekang ancaman anak-anak buah Takashi Sekizuka daripada ‘bermaharajalela’ di atas padang sepanjang 90 minit permainan.

Menurut Wan Zack, skuad Samurai Biru yang ketika ini selesa mengutip sembilan mata pastinya mahu mencatatkan kemenangan malam esok, terutamanya selepas dikejutkan Syria dengan kekalahan 1-2 awal bulan ini.

“Walaupun geram kerana tidak dapat beraksi, saya yakin rakan-rakan sepasukan saya tidak akan duduk diam begitu sahaja.




“Inilah peluang kami untuk membalas kepercayaan peminat. Jadi, saya harap pasukan negara dapat memberikan yang terbaik (malam esok),” katanya kepada Kosmo! semalam.

Dalam aksi pertama ketika Malaysia tewas 0-2 kepada Jepun di Stadium Tosu sebelum ini, Wan Zack terpaksa dikeluar- kan pada penghujung babak pertama selepas dikasari barisan benteng pertahanan lawan.

Selain Wan Zack, turut tidak dapat beraksi gara-gara digantung perlawanan malam esok ialah Gary Steven Robbat, mana- kala K. Gurusamy pula masih dibelenggu kecederaan.

Mengulas lanjut, Wan Zack berkata, penyerang ‘Negara Matahari Terbit’ itu seperti Kensuke Nagai, Ryohei Yamazaki dan Genki Haraguchi mampu menjadi ‘duri dalam daging’ jika tidak dirantai habis-habisan malam esok.

Justeru katanya, peminat bola sepak tempatan diharapkan dapat beramai-ramai hadir ke stadium memberikan soko- ngan malam esok bagi membakar semangat perjuangan rakan-rakan sepasukannya.

“Saya juga berharap rakan-rakan dapat mengekalkan momentum permainan yang konsisten menjelang aksi kedua menentang Tanjung Pagar United dalam saingan Liga Singapura pada 2 Mac depan,” kata- nya.

No comments:

Post a Comment