AKSI HARIMAU MALAYA

AKSI HARIMAU MALAYA :
PERSAHABATAN ; -
KELAYAKAN PIALA ASIA : 26

AKSI HARIMAU MUDA :

22 February 2012

BHARIAN - Jepun Bakal Masuk Perangkap Ciptaan Sendiri

Oleh Syed Riduan Ahmad
smriduan@nstp.com.my
KIM SWEE (kanan) bersalaman dengan Sekizuka selepas sidang media, petang semalam

Mereka terdesak cari gol lebih: Kim Swee

KEGHAIRAHAN Jepun memburu gol apabila turun menentang skuad Olimpik kebangsaan di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini, akan digunakan sepenuhnya Ong Kim Swee untuk memerangkap gergasi Asia itu.

Jepun yang memerlukan jaringan banyak bagi memastikan muncul juara Kumpulan C kelayakan Olimpik 2012, akan berusaha mengatasi pendahulu, Syria yang turut mengumpul sembilan mata selepas empat perlawanan.
 


“Saya tahu Jepun terdesak mahu mencari gol dan situasi itu saya akan gunakan untuk memerangkap mereka,” kata pengendali skuad Harimau Muda itu pada sidang media di Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) di Kelana Jaya, semalam.

“Ramai menganggap kami akan bertahan selepas kekalahan 0-2 di Fukuoka tempoh hari, tetapi mungkin saya akan menukar taktik, bergantung kepada permainan malam esok (malam ini). Saya mahu pastikan kami mengutip sekurang-kurangnya satu mata.

“Persiapan pasukan berjalan lancar dan saya lihat semangat pemain cukup tinggi menjelang perlawanan ini. Ini bukan lagi soal layak atau tidak, tetapi soal maruah yang perlu dipertahankan.

“Saya yakin dengan sokongan padu peminat, kelebihan berada di tangan kita. Pemain muda negara mempunyai keazaman tinggi untuk cipta sejarah baru bola sepak negara.
“Itu dorongan utama yang ada dalam diri mereka.”

Malaysia mengharungi saingan kelayakan Olimpik 2012 dengan menewaskan Pakistan dan Lubnan sebelum mara ke pusingan terakhir zon Asia tetapi dalam Kumpulan C yang turut dibarisi Jepun, Syria dan Bahrain, Malaysia belum mengutip sebarang mata selepas empat perlawanan.

“Ini peluang terakhir untuk kami menguji kemampuan dengan pasukan hebat seperti Jepun,” kata Kim Swee. “Entah bila lagi kita akan dapat bertemu mereka pada perlawanan kompetitif seperti ini.

“Jadi saya harap peluang ini digunakan sepenuhnya pemain. Menang atau kalah adat pertandingan, tetapi yang penting pemain berusaha memperbaiki persembahan berbanding aksi sebelumnya.”

No comments:

Post a Comment