AKSI HARIMAU MALAYA

AKSI HARIMAU MALAYA :
PERSAHABATAN ; -
KELAYAKAN PIALA ASIA : 26

AKSI HARIMAU MUDA :

24 February 2012

SINAR - Wan Zack Mahu Bukti Pemilihannya Tepat

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my
WAN ZACK (kanan) mahu menggunakan sepenuhnya peluang beraksi dengan skuad senior.

PELUANG menimba ilmu bersama pemain senior ternyata mengujakan penyerang muda negara, Wan Zack Haikal Wan Nor.

Bakal bertemu Sabah di Stadium Likas malam ini, sebelum berdepan Filipina di Stadium Memorial Rizal, Manila, (Rabu depan), Wan Zack, 19, sedar dia perlu memberikan yang terbaik sekiranya mahu menjadi pilihan jurulatih, Datuk K. Rajagobal.

Malah, Pemain Harapan Terbaik Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2011 itu juga mahu menjadikan pengalaman yang diraih dalam siri persahabatan kali ini sebagai medan terbaik mengekalkan momentum permainannya sebagai persiapan menentang Tanjung Pagar United dalam saingan Liga Singapura pada 2 Mac depan.

“Bukan senang hendak mewakili pasukan senior.

“Walaupun ia hanya perlawanan persahabatan, saya berjanji memberikan aksi terbaik jika diturunkan, memandangkan ini kali pertama saya dipanggil menyertai skuad senior,” katanya kepada Kosmo! semalam.

Wan Zack yang tidak diturunkan ketika Harimau Muda tewas 0-4 pada aksi kelayakan Olimpik 2012 di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam kelmarin gara-gara penggantungan perlawanan memberitahu, peluang beraksi bersama senior juga disifatkan mampu membantu meningkatkan tahap permainannya di atas padang.

“Saya mahu mendapatkan tips dari- pada mereka, terutamanya bagaimana cara menghadapi tekanan di luar padang,” katanya.

Rajagobal sebelum ini dilaporkan memberitahu hanya akan membawa 24 pelatih sahaja ke Kota Kinabalu selepas Aidil Zafuan Abd. Razak, Norshahrul Idlan Talaha, K. Gurusamy dan Faizal Muhamad tidak dapat turut serta kerana kecederaan.

“Saya juga berharap pemain berhati- hati dengan aksi Sabah yang pasti mampu melakar kejutan kerana kita kena akui, apabila mana-mana kelab atau pasukan negeri bertemu pasukan kebangsaan, mereka pasti akan lebih bersemangat dan mempamerkan aksi luar biasa.

“Jadi, saya harap pemain dapat memberikan persembahan yang baik (mengekang Sabah), sekali gus mendapat sesuatu yang berguna sebelum kita bertemu Filipina,” katanya kelmarin.

Dengan ketiadaan Norshahrul, Rajagobal dijangka menggandingkan penyerang sensasi, Mohd. Safee Sali dengan seorang lagi penyerang antara Abdul Manaf Mamat, Zaquan Adha Abdul Razak ataupun Ahmad Shakir Md. Ali.

Dalam aksi persahabatan terakhir yang membabitkan pasukan kebangsaan sebelum ini, Harimau Muda menang 5-0 ke atas Kelantan.

No comments:

Post a Comment