AKSI HARIMAU MALAYA

AKSI HARIMAU MALAYA :
PERSAHABATAN ; -
KELAYAKAN PIALA ASIA : 26

AKSI HARIMAU MUDA :

29 February 2012

METRO - Benam Filipina

Oleh Aziman Rosdi
aziman@hmetro.com.my


HARIMAU Malaya mengharapkan sentuhan penyerang sensasi, Mohd Safee Sali merobek gawang Filipina pada aksi persahabatan antarabangsa di Rizal Memorial Stadium malam ini tapi pasukan tuan rumah bersedia menurunkan benteng paling ampuh termasuk penjaga gol pasukan simpanan Fulham, Neil Etheridge.

Aksi Safee pastinya kembali ditagih ketua jurulatih kebangsaan, Datuk K Rajagobal selepas pemain itu hanya beraksi selama 10 minit terakhir ketika menang tipis 1-0 pada perlawanan persahabatan dengan Sabah di Kota Kinabalu, Jumaat lalu akibat kecederaan betis kanan.

Perlawanan berstatus A ini perlu diberi perhatian serius pengendali negara itu biarpun kerap menyatakan niat untuk menguji pemain kerana jika meraih keputusan buruk, ranking Malaysia yang kini menduduki tangga ke-150 dunia pasti merosot berbanding Filipina, 156.

Menjelang pertemuan menentang skuad kendalian Michael Weiss dari Jerman itu, Rajagobal mengingatkan anak buah supaya jangan memandang mudah pasukan lawan yang berhajat mencalar reputasi Harimau Malaya selaku juara Asia Tenggara.

“Sememangnya saya menjangkakan perlawanan yang sukar. Memang kami juara bertahan (Piala Suzuki AFF 2010 dan Sukan Sea 2011) tapi mereka tidak tahu sama ada ini adalah pasukan terkuat yang saya bawa atau pasukan yang sama.

“Saya mahu permainan menarik dipamerkan kedua-dua pasukan supaya tidak menghampakan penyokong-penyokong yang datang menyaksikan perlawanan ini,” katanya menerusi laporan yang disiarkan http://philboxing.com semalam.

Rajagobal mungkin menggandingkan Safee dengan Abdul Manaf Mamat selepas Norshahrul Idlan Talaha diketepikan akibat kecederaan lutut bersama Aidil Zafuan Radzak, Mahalli Jasuli, Faizal Muhammad dan K Gurusamy.

Bagi kem Filipina pula, mereka bakal membariskan pasukan terkuat dengan kehadiran Etheridge, pemain tengah yang berpangkalan di Belanda, Jason de Jong dan gandingan adik-beradik, James dan Phil Younghusband.

Menurut Etheridge yang menyertai Akademi Fulham selepas tiga tahun menjadi pelatih di Chelsea, pasukannya semakin meningkat berbanding dua tahun lalu.

“Anda tidak akan selalu memenangi sesuatu perlawanan namun jika dibandingkan pasukan dua tahun lalu, tidak ada sesiapa yang menyedarinya. Kami akan bertanding dalam Piala Cabaran di Nepal bulan depan dan pemain pastinya tidak mahu mengalami kecederaan tapi kami tetap mahu menang dan kami mampu melakukannya,” jelasnya.

No comments:

Post a Comment