Oleh TAN MING WAI
tan.mingwai@utusan.com.my
Rajagobal bersalam dengan penolong jurulatih Singapura, Aide Iskandar di Wisma FAM, Kelana Jaya, semalam selepas mengadakan sidang akhbar menjelang perlawanan persahabatan di Stadium Shah Alam, malam ini |
Besar kemungkinan Rajagobal akan terus menaruh kepercayaan terhadap gandingan serangan Safee Sali dan Norsharul Idlan Talaha yang masih belum menghasilkan sebarang gol dalam dua perlawanan terdahulu, Filipina (0-0) pada 1 Jun dan The Lions (2-2), Jumaat lalu.
"Ada beberapa kecederaan tetapi tidak membimbangkan, Ashaari (Shamsuddin) sudah kembali menjalani latihan ringan...Azmi (Muslim), selainnya tiada masalah.
"Saya tidak akan membuat banyak pertukaran, mungkin dua atau tiga atau tiada langsung. Keputusan akhir akan saya buat selepas mengendalikan latihan pada petang ini (semalam)," katanya pada sidang akhbar di Wisma FAM, Kelana Jaya di sini semalam.
Bagaimanapun, Rajagobal bersetuju bahawa beraksi di laman sediri malam ini bermakna Malaysia perlu menjadi pihak yang lebih agresif dalam mengambil inisiatif mengasak kubu lawan.
Beliau memberi bayangan telah mendapat ikhtiar untuk menangani taktik permainan Singapura yang menerapkan kekuatan fizikal.
"Daripada penilaian, saya mendapati Singapura gemar membuat hantaran bola tinggi dan menitikberatkan kelebihan fizikal.
"Saya tidak pasti kalau mereka akan membuat perubahan.
"Masalah kita pula selalunya bermula perlahan tetapi biasanya selepas seketika, pemain-pemain akan mula bermain dengan baik dan mengawal permainan," jelasnya.
Berhubung kembalinya penyerang, Aleksandar Duric ke skuad The Lions, Rajagobal mengalu-alukan kehadirannya.
Penyerang berusia 41 tahun itu meninggalkan igauan buruk kepada peminat bola sepak tanah air dengan ledakan gol bergandanya melenyapkan semangat juang pasukan Harimau Malaya yang tumbang 3-5 kepada Singapura di Stadium Jalan Besar pada aksi Kelayakan Piala Dunia, tahun lalu.
Duric pada asalnya tidak disenaraikan dalam skuad awal 27 pemain The Lions , namun, khidmat pemain veteran kelahiran Serbia itu nampaknya tetap ditagih jua berikutan masalah kekurangan penyerang gara-gara kecederaan.
No comments:
Post a Comment