AKSI HARIMAU MALAYA

AKSI HARIMAU MALAYA :
PERSAHABATAN ; -
KELAYAKAN PIALA ASIA : 26

AKSI HARIMAU MUDA :

07 June 2012

MALAYSIA vs MANCHESTER CITY - 30 Julai 2012

Skuad Harimau Malaya akan menerima kunjungan Manchester City bagi perlawanan persahabatan pada 30 Julai 2012 ini di Bukit Jalil (9.45 mlm).
Berita lanjut :

Kosmo 7 Jun 2012 : Kompany hormati Harimau Malaya

Oleh SHAHRIL NIZAM ABDULLAH
shahril@kosmo.com.my



KOMPANY (dua dari kanan) bersama Julian Kam (kanan), Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad (kiri) dan Pengarah Urusan ProEvents International Sdn. Bhd., San Boon Wah menunjukkan replika tiket perlawanan antara Manchester City dan Malaysia di Wisma FAM semalam.

“SAYA tidak banyak tahu tentang (skuad kebangsaan) Malaysia tetapi bagi saya, lebih baik kita menilai sesebuah pasukan itu selepas perlawanan dan bukan sebelumnya.”
Demikian pendapat kapten Manchester City, Vincent Kompany ketika ditanya mengenai skuad Harimau Malaya menjelang pertemuan persahabatan antara kedua-dua pasukan di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 30 Julai depan.
Menurut Kompany, aksi persahabatan tersebut merupakan sebagai tanda penghargaan juara baharu Liga Perdana England itu terhadap sokongan dan sambutan mesra peminat bola sepak Malaysia terhadap mereka.
“Malaysia sebuah negara yang cantik, peminat bola sepaknya juga penuh dengan keterujaan dan ia sungguh mengejutkan saya.
“Perlawanan persahabatan di Kuala Lumpur itu nanti merupakan antara persiapan kami dalam misi mempertahankan kejuaraan liga dan memenangi trofi-trofi lain musim depan,” jelas Kompany pada sidang akhbar Pelancaran Tiket Perlawanan Manchester City dan Malaysia di Kuala Lumpur semalam.

Kompany menjelaskan bahawa kunjungan sulung skuad kendalian Roberto Mancini itu juga bakal memberi pengalaman berguna buat skuad Harimau Malaya.
“Kunjungan City ke sini (Malaysia) bukan sahaja penting buat kami, malah ia turut menjadi platform terbaik buat pemain-pemain Malaysia untuk menguji kemampuan mereka beraksi dengan pemain kelab Eropah,” tambah pertahanan dari Belgium itu.
Tiket pada aksi persaha- batan itu akan dijual pada harga RM58, RM68 dan RM108, manakala harga bagi tiket VIP pula RM388.
“Meskipun dengan peningkatan kos di seluruh dunia, harga bagi tiket perlawanan itu nanti tidak akan dinaikkan.
“Kami mahu harga tiket ini mampu dibeli oleh semua peminat bola sepak di Malaysia.
“Ini sahaja caranya bagi pihak kami untuk menyajikan satu perlawanan bola sepak daripada sebuah pasukan berkelas dunia kepada peminat di sini,” kata Ketua Pegawai Eksekutif ProEvents International Sdn. Bhd., Julian Kam.
Aksi persahabatan itu akan berlangsung pada pukul 9.45 malam dan tiket perlawanan boleh dibeli mulai hari ini di semua wakil jualan Ticketpro atau menerusi laman web www.ticketpro.com.my

No comments:

Post a Comment