AKSI HARIMAU MALAYA

AKSI HARIMAU MALAYA :
PERSAHABATAN ; -
KELAYAKAN PIALA ASIA : 26

AKSI HARIMAU MUDA :

24 June 2012

SINAR - Khairul Fahmi Dinobat Hero Bola Canon

Kosmo : NOOR HAFIZA CHE ABDULLAH
24 Jun 2012

Sinar Eurock Soccer: Khairul Fahmi dinobat Hero Bola Canon
Pilih hero terbaik Sinar Eurock Soccer Canon!
SHAH ALAM - Melihat pada sambutan amat menggalakkan Kumpulan Media Karangkraf mahu menjadikan Karnival Sinar Eurock Soccer sebagai acara tahunan untuk terus mempopularkan Sinar Harian sebagai akhbar pilihan ramai.

Sementara itu, penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat yang dinobatkan sebagai pemenang anugerah Hero Bola Canon menyambut baik usaha yang diambil Sinar Harian dan menyifatkan Karnival Sinar Eurock Soccer sebagai satu pendedahan kepada golongan muda. "Dengan adanya karnival seperti ini, saya yakin ia sedikit sebanyak mampu mencungkil bakat golongan muda yang meminati sukan bola sepak.

"Ia wajar dilakukan dan dicontohi oleh NGO yang lain dalam usaha membangunkan arena bola sepak negara," katanya yang bersyukur dengan gelaran itu.


Karnival ini diadakan dengan kerjasama Canon.


Mengulas lanjut, Pengurus Kumpulan Pengiklanan, Sharm Md.Zin berkata, karnival yang julung kali diadakan itu adalah landasan terbaik buat Sinar Harian dalam meletakkan diri di kedudukan yang lebih tinggi dalam pasaran negara ini.


"Sebenarnya inilah masa yang sesuai untuk kita memperkembangkan lagi pasaran Sinar Harian supaya menjadi lebih besar," kata Sharm ketika ditemui pada Karnival Sinar Eurock Soccer yang diadakan di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf di sini, hari ini.


Karnival 12 jam ini yang bermula pagi tadi akan berakhir 7 petang ini.


Pada masa yang sama, Sharm turut menyifatkan Karnival Sinar Eurock Soccer ini sebagai penghangat deman Euro dalam kalangan peminat bola sepak.


"Sebagaimana yang kita tahu, sekarang adalah musim deman bola. Jadi, ini peluang terbaik untuk kita berkongsi dan juga bersama-sama meraikan kehangatan Kejohanan Euro 2012 dengan pembaca Sinar Harian," katanya yang melahirkan rasa gembira kerana Karnival Sinar Eurock Soccer mendapat sambutan yang menggalakkan.


Melihat ia sebagai satu permulaan yang baik untuk Sinar Harian maju selangkah ke hadapan, Sharm merancang untuk menjadikan karnival ini sebagai acara tahunan meskipun Euro berlangsung empat tahun sekali.


Sebanyak 125 pasukan mengambil bahagian dalam program ini yang menyediakan hadiah-hadiah lumayan serta diserikan dengan pelbagai aktiviti sampingan.

No comments:

Post a Comment