AKSI HARIMAU MALAYA

AKSI HARIMAU MALAYA :
PERSAHABATAN ; -
KELAYAKAN PIALA ASIA : 26

AKSI HARIMAU MUDA :

14 June 2012

KOSMO - Harimau Malaya Perlu Konsisten

Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my
SAFIQ (kanan) menjaringkan gol kedua ketika Malaysia menewaskan Singapura 2-0 di Stadium Shah Alam kelmarin.
 

KAPTEN Harimau Malaya, Safiq Rahim menggesa rakan-rakan sepasukannya agar tidak cepat berpuas hati dan mendabik dada selepas melakar kemenangan 2-0 ke atas Singapura pada aksi perlawanan persahabatan di Stadium Shah Alam kelmarin.
Safiq, 25, mahu kejayaan itu menjadi motivasi untuk berusaha mengekalkan prestasi cemerlang skuad negara agar lebih konsisten.
Mengulas lebih lanjut kemenangan tersebut, pemain Selangor itu menegaskan, skuad kendalian Datuk K. Rajagobal harus bekerja lebih keras dalam usaha mempertahankan status juara Piala Suzuki AFF pada tahun ini.
"Saya akui kami gembira selepas menewaskan Singapura malam ini (kelmarin) tetapi kami tidak boleh terlalu cepat berpuas hati.

"Jadi, kami perlu melakukan lebih banyak kerja (dari segi latihan dan persiapan) yang mana skuad negara harus konsisten untuk mengekalkan persembahan mantap.
"Saya percaya kami harus bekerja lebih keras dalam usaha untuk mempertahankan status juara Piala Suzuki AFF," katanya ketika ditemui pemberita selepas tamat perlawanan kelmarin.
Pada aksi menentang skuad kendalian Radojko Avramovich itu, Ahmad Shakir Md Ali membuka jaringan seawal minit ke-18 sebelum Safiq menjaringkan gol kedua pada minit ke-62.
Kemenangan tersebut turut menamatkan rekod tanpa kalah Singapura selama lapan tahun selain menebus kekecewaan pada aksi pertama yang berkesudahan seri 2-2 di Stadium Jalan Besar, Jumaat lalu.
Sementara itu, Shakir selaku penjaring gol pertama skuad negara berkata, dia berazam untuk mengekalkan persembahan cemerlang pada perlawanan akan datang.
Penyerang utama Negeri Sembilan itu menambah, dia sudah bersedia untuk bersaing bagi beraksi bersama skuad utama Harimau Malaya.
"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan sepasukan dan jurulatih kerana berjuang sehingga tamat perlawanan.
"Kami bermain mengikut arahan jurulatih dan saya tekad untuk memberikan aksi terbaik kerana diberi peluang bermain.
"Setiap pemain berazam untuk beraksi bersama skuad utama dan perkara itu tidak terkecuali buat saya.
"Justeru, saya akan bekerja dengan lebih keras bagi memastikan persembahan dan penyudah saya akan bertambah lebih baik di masa akan datang," katanya.
Selepas ini, skuad negara bakal menentang dua kelab gergasi England, Arsenal dan Manchester City masing-masing pada 27 dan 30 Julai depan sebagai persiapan terakhir sebelum misi mempertahankan Piala Suzuki AFF selaku tuan rumah bersama Thailand, November nanti

No comments:

Post a Comment