AKSI HARIMAU MALAYA

AKSI HARIMAU MALAYA :
PERSAHABATAN ; -
KELAYAKAN PIALA ASIA : 26

AKSI HARIMAU MUDA :

19 June 2012

KOSMO - Irfan Laung Amaran Awal

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my

SKUAD Harimau Muda melaungkan amaran awal menjelang aksi Kumpulan G pada kelayakan Piala AFC bawah 22 tahun (B-22) yang bakal membuka tirainya di Yangon, Myanmar, Khamis ini.
Harimau Muda yang dibimbing Ong Kim Swee semakin mempamerkan corak permainan yang matang selepas membenam cabaran gergasi Asia Timur, Qatar 2-0 dalam satu aksi persahabatan antarabangsa di Stadium Shah Alam kelmarin.
Kapten Harimau Muda, Mohd. Irfan Fazail berkata, meskipun diundi dengan pasukan yang kuat seperti Korea Selatan, dia tetap yakin dengan kredi- biliti Kim Swee dalam menterjemahkan formula terbaik untuk mara lebih jauh dalam kejohanan tersebut.
“Moral rakan-rakan sepasukan juga berada dalam keadaan terbaik, dan saya sifatkan kemenangan ke atas Qatar ini sebagai penyuntik semangat serta amaran awal kepada mana-mana pasukan.

“Namun, kami lebih selesa dianggap pasukan underdog serta akan berusaha sedaya-upaya bagi mencapai sasaran untuk muncul sebagai naib juara kumpulan,” katanya kepada pemberita kelmarin.
Dalam aksi menentang Qatar kelmarin, Irfan berjaya meledak gol pembukaan negara menerusi satu sepakan percuma menarik pada minit ke- 26 sebelum pemain gantian, Md Rozaimi Abd. Rahman menjamin kemenangan bergaya tuan rumah kira-kira 20 minit sebelum perlawanan tamat.
Pada aksi kelayakan Piala AFC nanti, skuad B-22 negara bakal membuka tirai menentang Korea Selatan di Stadium Thuwunna, Yangon, Sabtu ini.
Selain Korea Selatan, turut diundi bersama Malaysia sepanjang kelayakan itu ialah Taiwan, Vietnam, Filipina dan juga tuan rumah, Myanmar.
Dalam pada itu, Irfan, 21, enggan menerima pujian seorang diri meskipun ada peminat yang mula menyamakan kehebatannya meledak gol menerusi sepakan percuma persis kapten skuad senior, Safiq Rahim.
“Masih banyak yang perlu saya belajar. Saya sentiasa menjadikan corak permainan Safiq dan pemain senior yang lain sebagai panduan.
“Bagi saya, kejayaan Harimau Muda adalah hasil kerjasama sepasukan dan bukannya bergantung kepada kehebatan individu semata-mata,” katanya yang pernah dipinjamkan ke kelab Slovakia, Zlaté Moravce tahun lepas.

No comments:

Post a Comment