AKSI HARIMAU MALAYA

AKSI HARIMAU MALAYA :
PERSAHABATAN ; -
KELAYAKAN PIALA ASIA : 26

AKSI HARIMAU MUDA :

15 June 2012

KOSMO - Kim Swee Pertahan Wan Zack

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my
WAN ZACK (kiri) masih dalam proses menjalani rawatan bagi kecederaan yang dialaminya.

MUSIBAH yang melanda bintang dalam pembikinan negara, Wan Zack Haikal Wan Nor ketika ini jelas mengundang resah majoriti peminat bola sepak tempatan.
Apa tidaknya, pemain sayap berusia 21 tahun itu ketika ini masih bergelut dengan kecederaan hamstring pada kaki kanan sehingga terpaksa melupakan hasrat membantu skuad kebangsaan dalam tiga siri perlawanan persahabatan antarabangsa baru- baru ini.
Malah, Wan Zack juga hanya boleh beraksi dalam dua perlawanan terakhir bersama Harimau Muda pada kelayakan Piala AFC bawah 22 tahun (B-22) di Myanmar bermula 21 Jun ini.
Ia ekoran Wan Zack kini menjalani penggantungan tiga perlawanan selepas dilayangkan kad merah ketika aksi menentang Bahrain dalam aksi Kumpulan C Kelayakan Olimpik 2012 Zon Asia awal tahun ini.
Justeru, ada segelintir pemerhati bola sepak yang berasakan kehadiran Wan Zack di Myanmar nanti tidak memberikan sebarang makna, namun ia pantas disangkal jurulatih Harimau Muda, Ong Kim Swee.
Menurut beliau, meskipun belum membuat keputusan mengenai senarai akhir pemain yang bakal dibawa ke Myanmar nanti, Kim Swee tetap percaya dengan impak yang boleh dicetuskan Wan Zack dalam skuad Harimau Muda.
"Benar, Wan Zack hanya boleh beraksi dalam dua perlawanan terakhir di Myanmar nanti tetapi saya percaya dua perlawanan tersebut dilihat cukup penting bagi menentukan kedudukan Harimau Muda dalam kejohanan tersebut.

"Pada masa sama, saya juga perlu memikirkan mengenai kecederaan serta kehilangan beberapa pemain gara-gara layangan kad kuning dan merah, jadi saya tidak menganggap kehadiran Wan Zack satu kerugian buat kita," katanya kepada Kosmo! semalam.
Pada aksi kelayakan Piala AFC nanti, Harimau Muda yang diundi dalam Kumpulan G bakal membuka tirai saingan menentang Korea Selatan pada 23 Jun ini sebelum berdepan Filipina dua hari kemudian.
Mereka kemudiannya bakal berdepan Taiwan (28 Jun), Vietnam (30 Jun) sebelum aksi terakhir menentang pasukan tuan rumah, Myanmar pada 3 Julai.
Terdapat 41 pasukan yang dibahagikan kepada tujuh kumpulan dalam aksi yang julung-julung kali diadakan itu, yang mana dua pasukan terbaik daripada setiap kumpulan bakal mara ke pusingan akhir bermula tahun depan.
Mengulas lanjut, Kim Swee menjelaskan bahawa beliau menuntut persembahan bertenaga daripada anak-anak buahnya menjelang aksi persahabatan menentang skuad B-22 Qatar di Stadium Shah Alam petang Ahad ini.
"Aksi menentang Qatar nanti dilihat sebagai penilaian terakhir saya bagi mengenal pasti senarai akhir 23 pemain ke Myanmar berbanding 27 pelatih ketika ini, malah moral pemain juga berada pada tahap terbaik sebaik tamat siri persahabatan di Eropah dan China baru-baru ini," katanya

No comments:

Post a Comment