Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN
dayne.ghazali@utusan.com.my
KUALA LUMPUR - Ketika ramai yang memberikan perhatian kepada Harimau Muda A yang menampilkan prestasi baik dalam Liga-S dan mampu berada pada pusingan akhir kelayakan Olimpik, ada yang terlupa aksi skuad adik, Harimau Muda B yang kini pada tangga tercorot Liga Perdana.
Selepas menempuh sembilan perlawanan liga, tiada sebarang kemenangan mampu dicatatkan. Hanya dua keputusan seri sahaja mampu dicapai, lantas memberikan petanda membimbangkan mengenai kemampuan Harimau Muda yang juga skuad Bawah 19 tahun negara.
Jika mahu dibandingkan Harimau Muda A, ia ibarat 'langit dan bumi'. Malah jika pencapaian pada Piala Hassanal Bolkiah bulan lalu dijadikan rujukan, masa depan bola sepak negara menimbulkan persoalan besar.
Adakah ini generasi terbaik bagi skuad Bawah 19 tahun yang akan membawa nama negara dalam masa beberapa tahun lagi?
No comments:
Post a Comment